Afifah........semasa ......dengan seekor ular di luar pagar rumahnya. A. berteriak...terpijak B.teriak.....bersua C.teriakan...bertembung D. meneriak....terlihat 2........,berani kamu bersemuka dengan Panglima Hitam yang garang itu! A. wah B.syabas c.amboi d.cis | Ayat pertama tiada jawapan dan ayat kedua jawapannya ialah A. | Tatabahasa | 11.07.2012 |
Selamat Sejahtera. Saya inginkan terjemahan perkataan word-of-mouth. Perkataan ini merujuk kepada perbuatan pujukan / ayat-ayat manis oleh penjual kepada pembeli, sama ada secara bersemuka atau dalam media sosial. Terima kasih | Dalam konteks yang diberikan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk word-of-mouth ialah kata-kata manis atau janji manis. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.03.2018 |
pendidikan maya ialah pembelajaran melalui talian, tetapi mengapakah istilah maya digunakan? | Sdr. Nurhidayah, pendidikan maya lebih kepada segala bentuk pengajaran tidak disampaikan secara bersemuka - maknanya pelajar dan pensyarah atau guru tidak hadir bertemu muka tetapi hanya belajar dengan cara mendengar dan melihat skrin yang memaparkan pelajaran yang ingin disampaikan. | Tatabahasa | 15.02.2009 |
Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan nasihat tentang istilah yang bersesuaian bagi "one-to-one consultation" dalam Bahasa Malaysia | Perkataan yang bersesuaian dalam bahasa Melayu bagi one-to-one consultation ialah perundingan bersemuka. | Istilah | 17.06.2019 |
apa itu kemahiran komunikasi takrif komunikasi interpersonal dan intrapersonal | Kemahiran komunikasi ialah kemahiran berhubung antara penghantar (sumber) dan penerima (sasaran) melalui medium komunikasi. Komunikasi interpersonal adalah seperti komunikasi antara perorangan, komunikasi perseorangan, komunikasi bersemuka. Komunikasi intrapersonal ialah komunikasi yang berlaku dalam diri seseorang seperti monolog yang ditujukan kepada diri sendiri. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, saudara boleh merujuk mana-mana Jabatan Komunikasi di IPTA dan IPTS. | Lain-lain | 08.01.2008 |
terima kasih kerana menjawab.Namun ada buku rujukan tatabahasa mengatakan bahawa "anda' digunakan apabila kita berkomunikasi kepada orang yang tidak berada di depan kita.Contohnya oleh pembaca berita,papan tanda di bahu jalan dan sebaginya yang menyampaikan mesej secara tidaj bersemuka. Apakh penjelasan DBP dalam hal ini. | Untuk makluman, dalam Tatabahasa Dewan tidak menyatakan 'anda' (kata ganti nama diri orang kedua) digunakan apabila kita berkomunikasi dengan orang yang tidak berada di depan kita. Walau bagaimanapun, 'anda' memang sesuai digunakan untuk konteks tersebut kerana kata ganti diri ini tidak membezakan taraf, tingkat dan umur. | Tatabahasa | 21.02.2011 |
adakah perkataan sindikasi merujuk kepada sesi pre council atau sesi diskusi face to face. boleh kah digunakan dalam surat rasmi seperti contoh Jadual Sesi Sindikasi bagi tujuan Pemurnian dokumen | Perkataan sindikasi tiada dalam bahasa Melayu. Padanan yang sesuai untuk face-to-face discussion ialah perbincangan bersemuka. | Makna | 05.02.2020 |