BINA AYAT 1)bersenam-Murid-murid bersenam dengan berhati-hati. ( Mohan dan murid-murid)bersenam di padang. Adakah kedua-dua ayat ini tidak bermasalah? 2)mengayuh-Aiman mengayuh basikal di halaman.(halaman atau halaman rumah??) TERIMA KASIH. | Berikut merupakan ayat yang telah diperbaik: 1. a. Murid-murid bersenam/ bermain dengan berhati-hati. b. Cikgu Mohan dan murid-murid bersenam di padang. 2. Penggunaan perkataan halaman sudah gramatis dalam ayat "Aiman mengayuh basikal di halaman."
| Tatabahasa | 09.05.2014 |
Bersenam dapat menyihatkan badan. Jika saya ingin membina soalan dengan berdasarkan ayat tersebut,jawapan saya yang mana betul ? Apakah kebaikan bersenam ? atau Bagaimanakah dapat menihatkan badan ? Bolehkah pihak tuan membuat penerangan. | Soalan yang pertama yang saudara bina lebih tepat iaitu: Apakah kebaikan bersenam? Soalan kedua tidak dapat menjawab jawapan yang diberikan secara langsung. | Lain-lain | 21.04.2009 |
'Saya bersenam pada setiap hari.' 'Saya bersenam setiap hari.' ayat di atas, yang manakah betul? Terima kasih. | Kedua-dua ayat ini betul. Penggunaan kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. | Tatabahasa | 16.01.2008 |
Tuan, antara ayat di bawah yang mana salah? 1. Mereka bersenam selalu di padang. 2. Mereka bersenam di padang selalu. | Ayat kedua salah kerana kata adverba (selalu) boleh hadir selepas atau sebelum kata kerja seperti dalam ayat pertama. | Tatabahasa | 20.03.2011 |
Yang manakah ayat yang betul bagi penggunaan ialah dan adalah. Cara- cara untuk menjaga kesihatan diri ialah kita perlu bersenam setiap minggu. Cara-cara untuk menjaga kesihatan diri adalah kita perlu bersenam setiap minggu. Sila memberikan penerangan. Terima kasih | Jawapan yang betul ialah "Cara-cara untuk menjaga kesihatan diri ialah kita perlu bersenam setiap minggu." | Lain-lain | 31.07.2023 |
Macam mana nak bezakan kata kerja yang jadi subjek dalam ayat penyata "Bersenam menyihatkan badan."? | Dalam tatabahasa bahasa Melayu, ada sejenis kata kerja yang penggunaannya dalam ayat berfungsi sebagai subjek, iaitu kata kerja yang mengambil tugas kata nama. Oleh itu, subjek (kata kerja) dalam ayat contoh yang diberikan ialah bersenam, manakala predikatnya ialah menyihatkan badan. | Tatabahasa | 31.05.2010 |
1. Semua calon peperiksaan dikehendaki supaya menghantar kertas jawapan. 2. Cikgu sedang perhatikan murid-muridnya bersenam di padang. 3. John membeli banyak cenderamata ketika melawat Pulau Tioman. Adakah ketiga-tiga ayat tersebut betul @ terdapat kesalahan? Terima kasih | 1. Semua calon peperiksaan dikehendaki menghantar kertas jawapan. 2. Cikgu sedang memerhati murid-muridnya bersenam di padang. 3. John membeli banyak cenderamata ketika melancong di Pulau Tioman. | Tatabahasa | 09.09.2015 |
Kepada Tuan/Puan yang dihormati, Saya ingin tanya, " Kita perlu bersenam untuk menjaga kesihatan. Tambahan pula, kita harus mengambil makanan yang seimbang Dan berkhasiat." Penggunaan penanda wacana"Tambahan pula" dalam perenggan ini betul stay salah. Sebab ada pihak yang kata bahawa "Tambahan pula" tidak boleh digunakan sebagai permulaan dalam sesuatu ayat. | Tambahan pula bermaksud lebih-lebih lagi dan tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat yang berikut. Ayat pertama dan kedua bersifat setara dan lazimnya kata sendi nama dan atau serta digunakan dalam konteks yang berikut, seperti "Kita perlu bersenam dan mengambil makanan yang seimbang serta berkhasiat untuk menjaga kesihatan". | Tatabahasa | 28.10.2022 |
Assalamualaikum/Selamat sejahtera, Tuan/Puan. Maaf, saya ingin bertanya. Adakah wujud perkataan "bersenaman" dalam DBP? Betulkah penggunaan perkataan tersebut? Atau hanya perkataan bersenam sahaja yang boleh digunakan? Contoh ayat: Bilangan murid yang bersenaman. Adakah betul penggunaan ayat tersebut? Sekian, terima kasih. | Perkataan yang betul ialah "bersenam". Contoh ayat tersebut salah. | Tatabahasa | 12.10.2020 |
Adakah dua ayat di bawah ini adalah betul? Kalau salah ,mengapa? 1)Semua calon peperiksaan itu dikehendaki supaya menghantar kertas jawapan. 2)Cikgu Lim sedang perhatikan murid-muridnya bersenam di padang. | Ayat yang lebih gramatis 1) Semua Calon peperiksaan dikehendaki menghantar kertas jawapan 2) Cikgu Lim Sedang memerhati murid-muridnya bersenam di padang. | Tatabahasa | 09.09.2015 |