Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sen.di] | برسندي

Definisi : , bersendi-sendi 1. ada sendinya, berhubungan antara satu dgn yg lain dgn sendi: periksa kepala lipas dgn kanta tangan dan perhatikan sesungutnya yg panjang dan ~; 2. bersalut dgn, bersimpai dgn, berbingkai dgn: ... suatu perasapan emas, ~ suasa, berselang dgn permata; bagai tanduk ~ gading prb hal keadaan yg tidak sepadan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sen.di] | برسندي

Definisi : memakai batu sendi (alas, peng-ganjal); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sen.di] | برسندي

Definisi : memakai batu sendi: Rumah kampung ke­banyakannya tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.sen.di] | برسندي

Definisi : berhubung antara satu dgn yg lain dgn sendi; ada sendinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sendi
Kata Terbitan : persendian, bersendi, menyendi,

Peribahasa

Adat bersendi syarak,
     syarak bersendi kitabullah.

Bermaksud :

Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak. kitabullah = Quran.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud peribahasa berikut: 1. seperti bunga dengan perdunya 2. seperti tanduk bersendi tulang

Peribahasa “seperti bunga dengan perdunya” dan “seperti tanduk bersendi tulang” mempunyai maksud yang sama iaitu pasangan suami isteri yang secocok, sama cantik dan sepadan.

Lain-lain24.09.2021
Apakah maksud peribahasa berikut: 1. seperti bunga dengan perdunya 2. seperti tanduk bersendi tulang

Peribahasa “seperti bunga dengan perdunya” dan “seperti tanduk bersendi tulang” mempunyai maksud yang sama iaitu pasangan suami isteri yang secocok, sama cantik dan sepadan.

Lain-lain27.09.2021
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1.Three Car Monorail Train 2.Virtual Silent Track Monorail Train 3.Diesel Cog Locomotive 4. Flywheel Railcars 5.Shunting Vehicles 6.Articulated Railway Passenger Car Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1.Three Car Monorail Train – Tren Monorel Tiga Gerabak

2.Virtual Silent Track Monorail Train – Tren Monorel Trek Senyap Maya

3.Diesel Cog Locomotive – Lokomotif Roda Gigi Diesel

4. Flywheel Railcars – Relkar Roda Tenaga

 5.Shunting Vehicles – Kenderaan Pirau

6.Articulated Railway Passenger Car – Gerabak Penumpang Kereta Api Bersendi

Istilah17.05.2016

Kembali ke atas