Adakah kan dan pun boleh digunakan di hujung ayat secara bersendirian? | Penggunaan kan boleh digunakan di hujung ayat secara bersendirian biasanya dijumpai dalam penulisan kreatif seperti di dalam novel atau penggunaan dalam dialog (bahasa percakapan), manakala perkataan pun dijumpai bersendirian apabila membawa sesuatu maksud, hendaklah dijarakkan seperti dia pun, begitu pun, sesiapa pun dan lain-lain. | Tatabahasa | 11.06.2020 |
Sya berada bersendirian di rumah. Ayat ini betul ke? | Ayat yang betul ialah "Saya bersendirian di rumah." | Tatabahasa | 28.10.2022 |
Adakah perkataan 'silih' boleh digunakan bersendirian atau mesti digunakan bersama perkataan berganti seperti 'silih berganti'? Contoh ayat arahan: Silih dua item yang bersebelahan. Terima kasih. | Perkataan silih tidak boleh berdiri sendiri dan perlu diikuti oleh perkataan lain untuk membentuk makna contohnya, silih berganti, bersilih ganti, silih jadi dan lain-lain. | Tatabahasa | 13.11.2017 |
1.Pakaian itu telah dia basuh semalam. 2.Sesetengah murid lebih suka belajar secara bersendirian. Yang mana satu betul ayatnya.Boleh jelaskan kenapa? | Kedua-dua ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 10.05.2010 |
Assalam tuan...saya ingin bertanya tentang perkataan lain dalam bahasa Melayu yang boleh merujuk kepada "selfie" (bergambar bersendirian) seperti yang biasa digunakan di laman sosial Facebook dan sebagainya...sekian pertanyaan saya | Perkataan selfie belum ada dalam data kami, oleh itu penggunaannya dalam tulisan perlu diitalikkan. | Istilah | 25.06.2014 |
Salam sejahtera. Bolehkah perkataan "berkhalwat" digunakan dalam ayat seperti berikut: Muhammad ( merujuk kepada Nabi Muhammad S.A.W ) sedang bersendirian berkhalwat di dalam Gua Hira? Pertanyaan ini diajukan kerana terdapat sebuah buku yang dijual oleh Wholesale-Mart Business Point Sdn. Bhd di Kota Kinabalu, Sabah. Buku tersebut ditulis oleh Nanwawi Dusuki, Dicetak oleh Triple Print WMBP Sdn Bhd, Se;angor Tahun 1996 dan cetakan ke limanya pada tahun 2009. Sekian terima kasih. | Khalwat ialah perkataan Arab yang bermaksud perihal (perbuatan) mengasingkan atau memencilkan diri (kerana menenangkan fikiran, bertafakur, dan lain-lain. Dalam buku sirah Rasulullah sering ditemukan perkataan berkhalwat apabila merujuk peristiwa Rasulullah di Gua Hira. Tidak menjadi suatu kesalahan dalam penggunaan kata khalwat tersebut kerana bersesuaian dengan konteks ayat dan latar budaya/ceritanya. Hal ini berbeza dengan penggunaan perkataan khalwat dalam konteks umum yang membawa maksud negatif dalam kalangan masyarakat kita. | Tatabahasa | 07.04.2013 |
Apakah yang dimaksudkan nafsi- nafsi 'siapa lu, siapa gua' ? | Nafsi-nafsi bermaksud mementingkan diri sendiri atau bersendirian. Ungkapan siapa lu dan siapa gua bukan ungkapan baku tetapi merupakan ungkapan bahasa percakapan atau bahasa pasar. | Makna | 10.11.2008 |
Terdapat anggapan bahawa satu-satu emosi adalah berasingan daripada satu-satu emosi yang lain. Walhal, emosi tidak harus wujud secara bersendirian. Satu-satu emosi tidak semestinya berdiri sendiri. Malahan, ia harus atau boleh wujud bersama (_co-exist_). Emosi sedih boleh wujud bersama emosi gembira pada satu-satu masa. Walaupun, jika dilihat pada permukaannya, kedua-dua emosi tersebut adalah bertentangan, hal ini adalah harus kerana emosi ialah makhluk atau ciptaan Allah S.W.T. Perumpamaan yang sesuai bagi perkara berkenaan dan situasi tersebut ialah lautan air tawar dan lautan air masin yang wujud bersama (al-Furqan: 53). | Padanan bagi istilah co-exist dalam bahasa Melayu ialah wujud bersama. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 25.01.2025 |
Saya Abdul Rahman, ingin bertanya apakah morfem bebas dan mofem terikat. Terima kasih wassalam. | Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Sebagai contoh, perkataan sekolah dan laut ialah morfem bebas, tetapi imbuhan ber- dalam bersekolah dan -an dalam lautan ialah morfem terikat, oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar.
| Tatabahasa | 03.12.2015 |
"Kumpulan perkataan ' tempurung, gelanggang, maharaja, jurutera, juruterbang' ini tergolong daripada gabungan morfem bebas atau morfem terikat?" | Perkataan tempurung, gelanggang, jurutera, juruterbang ialah morfem bebas, iaitu morfem yang dapat wujud bersendirian. | Tatabahasa | 18.10.2013 |