Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.o.rang] | برسأورڠ

Definisi : 1. dgn cara se­orang-seorang; pengajaran ~ pengajaran dgn cara seorang-seorang; 2. seorang diri: soalan ini tidak akan selesai kalau hanya dihadapi ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.o.rang] | برسأورڠ

Definisi : dgn cara seorang-seorang; seorang diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berseorang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Bagaimanakan kita hendak membezakan penggunaan "berseorangan" & "keseorangan"? Bolehkah pihak tuan/puan memberikan contoh ayat yang mudah difahami? Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat berseorangan bermaksud berseorang, dengan cara se­orang-seorang; dan seorang diri. Keseorangan pula bermaksud terasing seorang diri, tinggal se­orang diri, kesunyian.

Contoh ayat: 
 
Soalan ini tidak akan selesai kalau hanya dihadapi berseorangan.

Sejak isterinya meninggal dia selalu berasa keseorangan.

 

Makna14.02.2020
Adakah perbezaan antara 'perorangan' dan 'perseorangan' ?sebagai contoh, komunikasi perseorangan @ komunikasi perorangan. Terima kasih."Perorangan" merujuk kepada perihal orang seorang dan selalunya digunakan dalam karya kreatif. Contoh, sajak ini menyiarkan teknik perorangan bagi menghidupkan perasaan manusia.

"Perseorangan" pula merujuk kepada cara berseorang-seorang, tidak secara berkumpulan atau melibatkan orang lain.

Oleh itu, perkataan yang betul ialah " komunikasi perseorangan".


Makna25.07.2020

Kembali ke atas