Tuan, Apakah perbezaan di antara "bertaburan" dan "berselerakan" ? Jawaban yang paling tepat untuk ayat di bawah ialah "bertaburan" atau "berselerakan"? 1) Buku sekolahnya ______ di atas mejanya. Sekian terima kasih. | Buku sekolahnya bertaburan/berserakan di atas mejanya. Berserakan bermaksud tidak tersusun atau tidak kemas, atau bertaburan. Untuk maklumat lanjut, lihat berserakan">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=berserakan. | Makna | 23.04.2012 |
1) Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat di bawah?Mohon pihak tuan jelaskan dengan lebih lanjut kesalahan(jika ada) dalam ayat di bawah. - Sampah-sarap berserakan di tepi bangunan itu. - Kebanyakan haiwan-haiwan di zoo itu jinak-jinak. | Ayat pertama betul. Penanda jamak boleh hadir sekali sahaja dalam satu ayat. Ayat yang gramatis ialah "kebanyakan haiwan di zoo itu jinak-jinak". | Tatabahasa | 30.07.2013 |
Cucu Adam sepaian nabi( Rangkap 2 Pantun 8 Kerat, Antologo Dirgahayu Bahasaku, Teks komsas T5). apakah maksud sepaian? | saudara, Perkataan sepaian menurut kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud berserakan, bertebaran ke merata-rata tempat. Sepaian dalam konteks pantun ini bermaksud manusia yang menjadi khalifah di dunia ini adalah pilihan tuhan yang berasal daripada Nabi Adam, kemudian berkembang biak dan bertebaran ke suluruh pelosok alam. Untuk mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat halaman 1458. sekian. | Sastera | 23.02.2011 |
Apakah perkataan yg sama erti dengan bertaburan tetapi hanya boleh digunakan di orang. | Perkataan yang sama erti dengan bertaburan dan hanya boleh digunakan untuk manusia ialah sebaran dan serakan. Apabila diapitkan dengan imbuhan ber...an, akan menjadi bertebaran dan berserakan.Terima kasih. | Lain-lain | 28.12.2006 |
1) Adakah perkataan rapat BOLEH digunakan dalam ayat di bawah? Adik memeluk ibu dengan rapat apabila mendengar bunyi guruh. 2) Adakah selepas perkataan oleh di bawah boleh disertakan kata ganti nama diri kami? - Kuih-muih yang terhidang di atas meja itu dimakan oleh kami. 3) Adakah penggunaan perkataan berulang-ulang kali betul dalam konteks ayat di bawah? Peserta yang berjaya itu menjerit-jerit kegembiraan berulang-ulang kali. 4) Adakah kata ganda sampah-sampah boleh digunakan dalam ayat di bawah? - Sampah-sampah berserakan di tepi bangunan itu. | 1. Adik memeluk ibu dengan rapat apabila mendengar bunyi guruh. Adik memeluk ibu dengan erat apabila mendengar bunyi guruh. 2. Kuih-muih yang terhidang di atas meja itu dimakan oleh kami. Kuih-muih yang terhidang di atas meja itu kami makan. 3. Peserta yang berjaya itu menjerit-jerit kegembiraan berulang-ulang kali. Peserta yang berjaya itu menjerit-jerit kegembiraan. 4. Sampah-sampah berserakan di tepi bangunan itu. Sampah sarap berserakan di tepi bangunan itu. | Tatabahasa | 30.07.2013 |
1)Istilah manakah yang sesuai untuk serpihan kaca?:- a) bertaburan b)berhamburan c) berserak-serakan 2) Apakah penjodoh bilangan untuk satu buku kupon/tiket? a) sebuku b) senashkah 3) Manakah antara berikut yang betul penggunaannya? a) membeli banyak hadiah b) banyak membeli hadiah | 1. bertaburan atau berserakan. 2. keping. 3. membeli banyak hadiah. | Tatabahasa | 08.10.2009 |