Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berseronok


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ini mengenai istilah BM, SALUN. Dalam BI ialah SALOON. SALOON maknanya ialah tempat orang minum arak. Kalau kita tengok cerita koboi, SALOON ialah tempat koboi minum arak dan berseronok. Di Malaysia apa yang menarik perhatian saya ialah mengenai ejaan kedai kecantikan iaitu SALUN Kecantikan yang diterjemahkan dari BI, Beauty SALON. Cadangan saya iaalh pihak DBP membetulkan tentang ejaan SALUN Kecantikan kepada SALON Kecantikan. Saya menulis kepada pihak DBP kerana saya pernah ditanya oleh beberapa orang profesor luar negara tentang makna Salun Kecantikan. Saya adalah seorang pensyarah di UPM. Tolong pertimbangkannya.Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, salun bermaksud 1. ruang (bilik besar dan sebagainya) untuk sesuatu kegunaan tertentu (biasanya sebagai tempat perniagaan), sejenis kedai atau tempat perniagaan. Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, penyesuaian ejaan bagi kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain dibuat menurut peraturan penyesuaian huruf. Dalam konteks ini huruf "oo" dalam bahasa Inggeris ditukar menjadi "u" dalam bahasa Melayu.  Oleh itu, saloon menjadi salun, cartoon menjadi kartun, tattoo menjadi tatu dan sebagainya.Istilah01.10.2012
Adakah terdapat perbezaan antara 'seronok' dengan 'menarik'? Kalau ada, apakah perbezaannya? Adakah kedua-dua perkataan ini sama dengan 'have fun' dalam bahasa Inggeris? Sekian, terima kasih.Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, padanan bahasa Melayu untuk "have fun" ialah berseronok-seronok. "Menarik" mempunyai beberapa padanan bahasa Inggeris seperti "attractive, interesting,striking dan lain-lain bergantung pada konteks penggunaan., ". 
Makna12.08.2016
Mohon untuk mendapatkan maksud/makna perkataaan dan ejaan yang betul. 1. Seseorang peleser 2. peleser perkataan ini tidak diperolehi semasa membuat carian DBP secara onlineDalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) tiada kata "peleser" yang dijadikan kata masukan.

Ejaan sebenarnya ialah "pelesir" dan makna bagi "berpelesiran" ialah:

1. berfoya-foya atau berseronok-seronok dan menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah;

2.  berjalan-jalan tanpa arah dan tujuan;

Untuk maklumat yang lebih jelas, sila rujuk halaman 1655 Kamus Dewan Perdana.

Penggunaan kata adalah bergantung kepada konteks penggunaan sesuatu kata.
Lain-lain10.01.2022

Kembali ke atas