perkataan dikalangan..yang mana betul : dikalangan atau di kalangan? perkataan berserta..yang mana betul berserta atau beserta? | Jawapan yang betul ialah 1. Frasa yang betul ialah dalam kalangan kerana kata sendi nama 'dalam' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. 2. Ejaan yang betul ialah berserta. | Lain-lain | 28.10.2010 |
Salam, Saya ingin bertanya yang mana adalah betul " beserta ' atau ' berserta' Contohnya ayat : Pemohon dikehendaki mengemukakan borang permohonan 'beserta/berserta' bayaran sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus. | Ejaan yang betul ialah berserta. Contoh ayat uang betul pula ialah pemohon dikehendaki mengemukakan borang permohonan berserta bayaran sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus. | Lain-lain | 02.02.2010 |
Adakah kata kerja "beserta" perlu diikuti oleh kata sendi nama "dengan" jika belakang terdapat kata nama? Contohnya: beserta dengan surat ini atau beserta surat ini? | Ejaan yang betul ialah "berserta". Perkataan berserta tidak perlu diikuti dengan perkataan "dengan" kerana berserta itu sendiri sudah bermaksud "dengan". | Lain-lain | 21.07.2014 |
1)berserta 2)peserta | 1)berserta 2)perserta | Ejaan | 09.12.2011 |
Apakah beza BESERTA dengan BERSERTA? | Ejaan yang betul ialah berserta kerana kata dasarnya ialah serta, dan ditambah awalan ber. | Ejaan | 28.08.2014 |
Yang mana satukah yang betul? 1) mempastikan @ memastikan 2) berserta @ beserta | Yang betul ialah memastikan dan berserta. | Ejaan | 23.10.2008 |
Apakah ejaan yang lebih tepat:berserta atau beserta ?jika kedua-duanya boleh digunapakai, bilakah waktu yang sesuai penggunaan masing-masing. | Ejaan yang betul ialah berserta dan diguna pakai. | Ejaan | 09.08.2006 |
Yang manakah menggunakan pengunaan imbuhan yang lebih tepat samaada 'berserta' atau 'beserta'? Terima kasih | Penggunaan imbuhan yang tepat ialah ber-, iaitu berserta. | Tatabahasa | 16.10.2013 |
Apakah ejaan yang betul bagi perkataan-perkataan ini: Prosedur atau Prosidur?? beserta atau berserta?? Draf atau Deraf?? | Ejaan yang betul ialah prosedur, berserta dan draf. | Ejaan | 06.12.2011 |
Percayalah, apa yang dirasakan anda tentang sesuatu perkara itu hasil daripada cara mana anda memikirkan tentang perkara itu. Jika sekiranya anda menukar cara anda berfikir, bermakna anda juga telah mengubah apa yang dirasakan oleh anda. Mereka membincangkan tentang masalah hedonisme yang semakin berleluasa di kalangan remaja dewasa kini walaupun pelbagai-bagai langkah telah kerajaan ambil bagi mengatasi masalah tersebut. Pertanyaan:saya harap encik dapat mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam ayat-ayat di atas beserta dengan alasan-alasannya.Terima kasih | Sdr, berikut adalah pembetulan yang dapat difikirkan ketika ini. untuk alasannya rujuk buku Tatabahasa Nahu Melayu Mutakhir oleh Prof Datuk Dr. Asmah Hj. Omar .Terima kasih Ejaan yang salah – merialisasikan -merealisasikan Menganalisa - menganalisis Berserta - berserta. Percayalah, apa yang anda rasakan tentang sesuatu perkara itu adalah hasil daripada cara anda memikirkannya. Jika sekiranya anda menukar cara anda berfikir, bermakna anda juga telah mengubah apa yang dirasakan oleh anda. Mereka membincangkan tentang hedonisme yang semakin berleluasa dalam kalangan remaja dewasa kini walaupun pelbagai langkah telah ambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut. Pertanyaan:saya harap encik dapat mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam ayat-ayat di atas berserta dengan alasan-alasannya.Terima kasih | Tatabahasa | 26.09.2007 |