SALAM SY NAK TANYE CARA NAK MEMOHON JWTN DI DBP??? | Sdr, Semua permohonan jawatan kosong yang diiklankan hendaklah menggunakan Borang Personel 27/99. Borang ini boleh didapati dengan cara mengirimkan kepada Bahagian Pengurusan Personel, DBP ibu pejabat sampul surat beralamat sendiri/bersetem 40 sen, atau datang untuk mengambil sendiri di pejabat kami di alamat seperti yang berikut: Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Sdr juga boleh memuat turun borang tersebut melalui laman web DBP. Kami ingin memaklumkan bahawa sdr boleh mengemukakan borang permohonan jawatan pada bila-bila masa. Namun sebaik-baiknya permohonan tersebut dikemukakan selepas sesuatu jawatan kosong itu diiklankan. | Lain-lain | 09.09.2009 |
KEKOSONGAN JAWATAN DI DBP | Sdr, Sekiranya terdapat keperluan untuk mengisi sesuatu jawatan kosong, kami akan mengiklankannya melalui akhbar utama berbahasa Melayu iaitu akhbar Mingguan Malaysia dan juga disiarkan melalui laman sesawang DBP. Sdr. boleh menyemak iklan tersebut dan sekiranya berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan sdr bolehlah mengisi borang permohonan jawatan yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang kami, atau datang untuk mengambil sendiri di Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KL atau mengehantar sampul surat bersetem RM0.40 berukuran 38cm x 25cm dan beralamat sendiri ke alamat seperti yang dinyatakan di atas. Pastikan permohonan sdr. sampai kepada kami pada atau sebelum tarikh tutup yang dinyatakan di dalam iklan. | Lain-lain | 10.11.2009 |
Bagaimana memohon pekerjaan di Dewan Bahasa dan Pusataka ? | Sdr, Sekiranya terdapat keperluan untuk mengisi sesuatu jawatan kosong, kami akan mengiklankannya melalui akhbar utama berbahasa Melayu iaitu akhbar Mingguan Malaysia dan juga disiarkan melalui laman sesawang DBP. Sdr boleh menyemak iklan tersebut dan sekiranya berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan sdr bolehlah mengisi borang permohonan jawatan yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang kami, atau datang untuk mengambil sendiri di Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KL atau mengehantar sampul surat bersetem RM0.40 berukuran 38cm x 25cm dan beralamat sendiri ke alamat seperti yang dinyatakan di atas. Pastikan permohonan sdr sampai kepada kami pada atau sebelum tarikh tutup yang dinyatakan di dalam iklan. | Lain-lain | 09.11.2009 |
Bagaimana saya memohon sebarang kekosongan jawatan di DBP?Saya lulusan Diploma tapi tidak mempunyai pekerjaan buat masa ini dan sangat memerlukan pekerjaan yang tetap.Saya sudah mencuba untuk membuka borang kosong melalui Intenet tapi tidak berjaya. | Sdr boleh mendapatkan borang permohonan jawatan kosong dengan memuat turun melalui laman web DBP atau datang sendiri ke Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 54000 Kuala Lumpur atau melalui pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 38sm x 25 sm bersetem RM0.40 dan beralamat sendiri. | Lain-lain | 28.04.2008 |
Jika ingin berkhidmat dengan DBP, di manakah biasanya iklan jawatan kosong diiklankan? Bagaimana untuk memohon sebarang jawatan jika ingin berkhidmat dengan DBP? Terima kasih. | Sdr Shafarila, Bagi setiap jawatan kosong, kami akan mengiklankannya di dalam akhbar Mingguan Malaysia. Di samping itu, perincian butiran iklan juga akan kami paparkan di dalam laman web kami. Sdr boleh mengemukakan permohonan dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman web kami, atau datang sendiri ke pejabat kami di alamat seperti yang berikut: Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Sdr juga boleh mendapatkan borang permohonan jawatan dengan mengemukakan sampul surat berukuran 38cm x 25cm bersetem RM0.40 dan beralamat sendiri ke alamat seperti yang dinyatakan di atas. Pertimbangan akan dibuat berasaskan syarat-syarat yang ditetapkan di dalam skim perkhidmatan bagi sesuatu jawatan. | Lain-lain | 24.10.2009 |