Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.te.ru] | برسترو

Definisi : mempunyai seteru, bermusuh: barangkali kerajaan akan melancarkan tindakan ~ di luar negara; drpd bersahabat dgn orang yg bodoh, baik ~ dgn orang yg berakal prb tidak ada sesuatu pun yg boleh didapati drpd orang bodoh tetapi drpd orang cerdik kita boleh mempelajari walaupun dia musuh kita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.te.ru] | برسترو

Definisi : 1 mempunyai seteru. 2 tidak ber­baik-baik antara satu dgn yg lain; bermusuh: Dia memang ~ dgn saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seteru (kata nama)
Bersinonim dengan musuh, lawan, udu, tentangan, tandingan, saingan;,
Kata Terbitan : berseteru, menyeterui, memperseterukan, perseteruan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya nama Solihah Chewae belajar bahasa melayu dasar ingin bertanya tentang bahasa melayu.Apakah makna berseteru ?Berseteru bermaksud tidak mempunyai hubungan yang baik antara satu dengan yang lain. Untuk maklumat lanjut, klik berseteru">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=berseteru.Makna28.10.2015

Kembali ke atas