Saya dan ibu bersiar-siar di pasar raya. Adakah perkataan bersiar-siar sesuai digunakan untuk di pasar raya? Atau ada perkataan yang lebih sesuai? | Perkataan “bersiar-siar” kurang sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Perkataan yang lebih sesuai ialah “membeli-belah” atau “berjalan-jalan”. | Tatabahasa | 19.11.2024 |
Salam sejahtera, Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk merujuk haiwan, khususnya kambing "bersiar-siar" di padang? Bolehkah "bersiar-siar" digunakan untuk merujuk haiwan atau adakah perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan? Sekian, terima kasih. | Bersiar-siar lazimnya dikaitkan dengan perbuatan manusia yang berjalan-jalan untuk mengambil angin atau untuk berehat-rehat. Oleh itu, bersiar-siar tidak sesuai digunakan untuk merujuk binatang yang berkeliaran di padang. Perkataan yang sesuai ialah berkeliaran atau merayau. | Tatabahasa | 31.01.2011 |
Ali dan kakkaknya mengutip siput / kulit siput / kerang ketika bersiar-siar di pantai. | Ali dan kakkaknya mengutip siput / kulit siput / kerang ketika bersiar-siar di pantai. - ketiga-tiga perkataan tersebut betul tetapi lazimnya yang dijumpai di pantai ialah siput dan kulit siput. | Tatabahasa | 17.05.2010 |
maksud bercengkerama | Saudara Fuad, Maksud perkataan bercengkerama ialah 1. pergi berjalan-jalan atau bersiar-siar; bertemasya. 2. bercakap-cakap atau bersenda gurau utk bersuka ria. | Makna | 16.06.2010 |
MANAKAH YANG LEBIH TEPAT UNTUK DIGUNAKAN: I. JALAN PERSIARAN ATAU JALAN PESIARAN 2. BAS PERSIARAN ATAU BAS PERSIARAN | Menurut Kamus Dewan, persiaran ialah hal atau perbuatan bersiar-siar. Jawapan yang betul dan tepat ialah Jalan Persiaran dan Bas Persiaran. | Ejaan | 25.09.2006 |
Selepas makan malam, ibu suka () di tepi pantai Aberlari-lari Bbersiar-siar Cberlumba-lumba Dberlepak-lepak Mana satu yang betul Terima kasih | Jawapan: Selepas makan malam, ibu suka bersiar-siar di tepi pantai. | Lain-lain | 22.03.2022 |
Assalamualaikum. Bolehkah berikan padanan yang sesuai bagi istilah "Hop-on hop-off"? Contoh: Tren yang berkonsepkan "hop-on hop-off". | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk ho--on hop-off". Padanan bahasa Melayu yang pernah dicadangkan untuk "hop-on hop-off" ialah bersiar-siar atau ronda-ronda. | Istilah | 25.12.2016 |
Assalamualaikum tuan. Apakah jawapan yang tepat bagi soalan nombor 15 ini? Skema jawapan yang diberikan memberikan D. bas persiaran sebagai jawapan. Semoga pihak tuan dapat memberikan penjelasan. Terima kasih. | Skema jawapan yang diberikan adalah betul. Jawapan yang betul ialah bas persiaran. Menurut Kamus Pelajar, bas persiaran bermaksud bas untuk bersiar-siar atau untuk melancong. | Tatabahasa | 20.08.2014 |
adakah penggunaan nama jalan dengan menggabungkan perkataan Jalan Persiaran boleh diterima.? ataupun hanya perlu memilih salah satu sahaja. ini kerana perkataan Persiaran tiada maksud yang jelas ianya berkaitan dengan Jalan. | Dalam buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan terbitan DBP, persiaran bermaksud tempat atau jalan untuk bersiar-siar; dan jalan raya dalam kawasan perumahan. Pihak tuan hendaklah memilih salah satu sahaja, sama ada persiaran atau jalan dalam penamaan nama jalan. | Tatabahasa | 14.10.2016 |
sebelum terlupa, perkataan Persiaran ini paling sesuai digunakan di mana? samada jalan kawasan perumahan kelebaran 40' ataupun jalan-jalan utama kelebaran 66' dan ke atas. | DBP tidak mempunyai maklumat yang diperlukan . DBP hanya boleh memberikan maksud perkataan "persiaran" yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, iaitu tempat (kawasan, jalan dan sebagainya) bersiar atau bersiar-siar. | Istilah | 14.10.2016 |