Encik, Antara dua ayat berikut yang manakah betul? 1. Ketua-ketua negara ASEAN sedang bersidang di Manila? 2. Ketua negara ASEAN sedang bersidang di Manila? * Persoalannya, perlukan perkataan 'ketua' digandakan padahal 'bersidang' sudah membawa maksud jamak? Terima kasih! | Kedua-duanya betul. Namun yang lebih tepat dan tidak lewah ialah 'Ketua negara ASEAN...'. Pandangan kami adalah sama dengan pandangan saudara kerana 'bersidang' 'negara ASEAN' sudah menggambarkan ramai. | Tatabahasa | 04.10.2008 |
betulkah ayat berikut? Para ilmuan sedang bersidang di dewan itu pada masa sekarang | Ayat yang betul; para ilmuwan sedang bersidang di dewan itu. | Tatabahasa | 10.01.2010 |
Apakah maksud "Dewan" dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Selangor. adakah hanya dalam dewan bersidang atau termasuk perkarangan luar dewan. Bahan ilmiah kerana menjadi percanggahan antara YB dalam dewan ini. | Saudara Yussainy, Saudara perlu mengkaji dan meneliti maksud perkataan 'dewan' yang digunakan dalam konteks Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Selangor bersama-sama dengan ahli Dewan yang lain memandangkan persoalan yang timbul melibatkan penggunaan khusus dalam konteks yang dinyatakan. | Makna | 13.07.2009 |
Assalammualaikum Tuan, saya Azmel bin Azid ingin bertanyakan soalan pada Pihak Tuan. Pada pertengahan bulan 7 yang lalu, saya telah pun pergi temuduga kerja untuk jawatan juruteknik mekanikal J17 (kontrak) di Menara DBP Kuala Lumpur. Jadi sy ingin bertanya kepada Pihak Tuan, bilakah tarikh keputusan temuduga itu akan dikeluarkan oleh Pihak Tuan. Sekian, terima kasih. | Mualaikumsalam wbt, TErima kasih di atas pertanyaan tersebut. Untuk makluman saudara, laporan keputusan temuduga tersebut akan diketahui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Lantikan dan Naik Pangkat yang dijadualkan akan bersidang pada akhir Oktober 2007. Saudara akan dimaklumkan melalui surat daripada pihak kami sebaik sahaja keputusan tersebut telah disah dan diperakukan. | Lain-lain | 06.08.2007 |
1)bagaimanakah ejaan "kongres" terhasil? 2)bilakah berlaku kongres bahasa dan persuratan melayu yang pertama? siapakah yang terlibat? dimanakah dan bilakah kongres itu berlangsung? apakah yang dibincangkan semasa kongres tersebut? 3)bagaimana pula dengan kongres kali kedua dan ketiga? seperti diatas.. 4)sekarang kali ke berapakah kongres diadakan? kali ke-7 atau ke-8? terima kasih | Kongres bermaksud mesyuarat besar wakil-wakil pertubuhan (politik, sosial, budaya, dsb) utk membincangkan sesuatu isu. Kongres (Bahasa) dan Persuratan Melayu I, diadakan di Special Hall, Sea View Hotel, Singapore, pada 12 dan 13 April 1952. Kongres ini anjurkan oleh persatuan yang menjadi kerabat Kongres, dipelopori oleh Angkatan Sasterawan ’50. Oleh sebab itu tujuan utama Kongres ini lebih kepada menjaga kepentingan ahli-ahli kerabat Kongres. Dengan demikian, Kongres memberi perhatian kepada pembentukan PIAGAM CONGRESS, yang kemudian-nya telah di-sahkan oleh Persidangan dan di-tandatangani oleh tiap2 ketua perwakilan yang hadhir bersidang hari ini. Tidak ada kertas kerja dibentangkan, tetapi tumpuan perbincangan berkisar pada isu-isu berikut: a. Perlunya ada usaha mempersatukan badan2 Persuratan Melayu di-Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo Utara. b. Badan-badan ini menjadi pihak yang mengambil keputusan muktamad atas sebarang hal mengenai kemajuan bahasa dan persuratan Melayu. c. Adanya keperluan membela hak pengarang, sasterawan dan ahli-ahli bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut kongres sila berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan di pusat pengajian tinggi. | Lain-lain | 26.06.2008 |
Salam 1 Malaysia. 1. Pensyarah kursus Penterjemahan memaklumkan yang bagi Bahasa Melaysia moden sekarang perkataan 'telah' tidak digunakan lagi. Contoh: 'saham syarikat A telah jatuh 50%'. Jadi sepatutnya 'saham syarikat A jatuh 50%'. Tetapi saya lihat melalui panduan penggunaan tatabahasa yang betul yang dibentangkan di MOSTI oleh DBP, masih digunakan perkataan 'telah'. 2. Kami jugak dimaklumkan bahawa perkataan tidak digandakan. Contoh : 'projek dilaksanakan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan' ditulis sebagai 'projek dilaksanakan dengan kerjasama agensi kerajaan yang berkaitan'. Mohon panduan berkaitan perkara ini. Terima kasih. | Maklumat yang disampaikan oleh penceramah tersebut lebih kepada gaya penulisan dan nilai ekonomi. Kecenderungan penulis pada masa kini tidak lagi menggunakan kata telah dan kata ganda dalam penulisan mereka. Penulis tidak lagi menggunakan kata telah terutamanya dalam melaporkan peristiwa yang telah berlaku, seperti "Saham syarikat A jatuh sebanyak 50% ...". Begitu juga dengan penggunaan kata jamak. Penulis lebih gemar tidak mengulangi perkataan yang sememangnya diketahui umum bersifat jamak, seperti "peserta-peserta seminar" dan "negara-negara yang bersidang". Seminar dan persidangan semestinya melibatkan ramai peserta dan banyak negara. | Tatabahasa | 22.10.2011 |