Tuan, Ayat: Afiq seorang oendiam dan berhati bersih. Penggunaan bersih dalam ayat betul atau salah ? | Bersih dikiskan juga kepada sifat jujur dan ikhlas, suci, murni. Berdasarkan makna yang tersebut contoh ayat yang diberikan adalah betul, walau bagaimanpun lazimnya kita mengungkapkan kata "berhati suci". | Tatabahasa | 21.09.2011 |
Tuan, Ayat: Afiq seorang pendiam dan berhati bersih. Penggunaan bersih dalam ayat betul atau salah? | Bersih juga dikiaskan kepada sifat jujur dan ikhlas, suci, murni. Berdasarkan makna yang tersebut contoh ayat yang diberikan adalah betul, walau bagaimanapun lazimnya kita mengungkapkan kata "berhati suci". | Tatabahasa | 21.09.2011 |
Tuan, apakah maksud yang paling tepat bagi 'net selling price'? Adakah 'harga jualan bersih' atau 'harga bersih jualan'? Terima kasih. | Istilah bahasa Melayu yang betul untuk 'net selling price' ialah harga jualan bersih. | Istilah | 27.02.2012 |
1. Ali mengelap tingkap dengan bersih. 2. Ali mengelap tingkap supaya bersih. Ayat manakah yang betul? | Ayat yang betul ialah Ali mengelap tingkap supaya bersih. Penambahan kata supaya merupakan kata keterangan harapan, yang berfungsi menerangkan sesuatu perbuatan yang dihajati atau diharapkan. | Tatabahasa | 17.03.2013 |
Adakah istilah-istilah "net carbon emission" dan "net deforestation" boleh diterjemahkan sebagai "pelepasan karbon bersih" dan "pembasmian hutan bersih"? atau adakah terdapat istilah spesifik dalam Bahasa Malaysia? Terima kasih. | Terjemahan dan istilah "net carbon emission" dan "net deforestation" dalam bahasa Melayu tiada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terjemahan yang tuan/puan cadangkan boleh digunakan. | Istilah | 12.10.2017 |
1. Ali mencuci keretanya supaya kelihatan bersih. 2. Ali mencuci keretanya supaya keretanya kelihatan bersih. Ayat manakah yang gramatis? | Ayat pertama (1) yang gramatis: Ali mencuci keretanya supaya kelihatan bersih. | Tatabahasa | 03.04.2015 |
Salah satu rangkai kata yang agak pelik dari segi tatabahasa ialah "membersihkan sampah". Rangkai kata ini biasa digunakan, tetapi kalau lihat dari maksud yang diberikan oleh kamus, membersihkan bermaksud menjadikan sesuatu bersih, dengan itu "membersihkan sampah" bermaksud "menjadikan sampah bersih". Kalaulah, rangkai kata ini dihukum sebagai salah, kecohlah seluruh masyarakat kerana sukar menerimanya. Dengan itu, bagaimana kita dapat menyampaikan maksud "membuang sampah di sesuatu kawasan supaya nampak bersih"? | membersihkan- merupakan kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek bagi menjelaskan maknanya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, membersihkan bermaksud menjadikan sesuatu bersih (dgn cara membasuh, menyapu, dll): ~ longkang; ~ sayur-sayuran sebelum dimasak;. Membersihkan sampah- menjadikan sesuatu menjadi bersih dengan cara menyapu atau membasuh sampah tersebut. sampah- boleh merujuk kepada kotoran, najis dan lain-lain. Rangkai kata tersebut tidak salah kerana sampah itu boleh dibersihkan. Contoh: membersihkan najis, membersihkan kotoran- iaitu menjadikan sesuatu itu bersih dengan mencuci atau membasuh najis / kotoran tersebut. 1. Ali membersihkan sampah itu. 2. Sampah itu dibersihkan oleh Ali. Berkenaan "membuang sampah di sesuatu kawasan supaya nampak bersih- boleh digunakan frasa ; membersihkan timbunan sampah/ rumah sampah. Ini menjelaskan perbuatan menjadikan sesuatu itu bersih dengan menyapu atau membasuh. | Tatabahasa | 08.09.2012 |
Soalan:manakah satukah jawapan yang paling tepat untuk ayat sama maksud di bawah; Pulau Pangkor sangat terkenal dengan keadaan pantainya yang cantik dan bersih a) Sangat terkenal Pulau Pangkor dengan keindahan pantainya yang cantik dan bersih. b)Keadaan pantai Pulau Pangkor yang cantik dan bersih menjadikannya terkenal. | Ayat yang sama maksudnya ialah "Keadaan pantai Pulau Pangkor yang cantik dan bersih menjadikannya terkenal". | Tatabahasa | 27.01.2015 |
Ayat yang mana lebih tepat? 1.Aminah menyapu sampah dengan penyapu di pekarangan rumah supaya kelihatan bersih. 2.Aminah menyapu sampah di pekarangan rumah supaya kelihatan bersih dengan penyapu. Terima kasih. | Ayat yang lebih tepat ialah "1.Aminah menyapu sampah dengan penyapu di pekarangan rumah supaya kelihatan bersih."
| Tatabahasa | 21.07.2014 |
Puan Farisha _____ sayur bayam itu sehingga bersih. Adakah jawapan mencuci / membilas atau membasuh | Puan Farisha mencuci/membasuh sayur bayam itu sehingga bersih. | Tatabahasa | 13.07.2016 |