Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
silih
Kata Terbitan : bersilih, menyilih,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, adalah pada konteks tertentu seperti diri seseorang, kata "pada" dan "kepada" boleh digunakan bersilih ganti? Sekian, terima kasih.1. Kata sendi "pada" untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. 
Contoh: (i) Bas kami bertolak pada pukul 7 pagi. (ii) Wang itu ada pada ibu.

2. Kata sendi "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan.
Contoh: (i) Sisa makanan itu diberikan kepada kucing. (ii) Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan.


Jadi, kata sendi "pada" dan "kepada" boleh digunakan pada manusia/orang mengikut situasi tertentu.
Tatabahasa16.05.2020
Tuan, "Ayah berasa tidak sihat maka mendapatkan rawatan di hospital." 1.Adakah penggunaan perkataan "maka" dalam tersebut betul? 2. Apakah perbezaaan penggunaan perkataan "maka" dan "lalu"? Terima kasihDalam ayat yang diberikan, penggunaan perkataan "maka" dan "lalu" boleh bersilih ganti. Contoh penggunaan "maka" ialah Ayah berasa tidak sihat, maka ia mendapatkan rawatan di hospital. Contoh penggunaan "lalu" ialah Ayah berasa tidak sihat, lalu ia mendapatkan rawatan di hospital.Tatabahasa24.01.2021
1. Betul Imran! Untuk membuat buku skrap ini (bukan) mudah. Kita mesti membuatnya bersama-sama. 2. Betul Imran! Untuk membuat buku skrap ini (tidak) mudah. Kita mesti membuatnya bersama-sama. Ayat mana satu yang betul? Minta penerangan. Terima kasih.Jika dilihat kepada konteks ayat yang diberikan, kedua-dua perkataan membawa maksud susah atau payah. Sehubungan dengan itu, perkataan "bukan" dan "tidak" boleh digunakan bersilih ganti dalam ayat tersebut. Makna24.04.2020
1. Mohon penjelasan tentang perbezaan penggunaan 'ke' dan 'kepada'. 2. Juga tentang perbezaan penggunaan 'dari' dan 'daripada'. 3. Betulkan penggunaan perkataan 'mengenai' hanya boleh digunakan untuk ayat yang membawa maksud kena dan tidak lagi boleh digunakan untuk membawa maksud tentang? Contoh: Tembakan penjenayah itu mengenai dada pengawal keselamatan. 4. Singkatan perkataan selalunya ditulis dengan titik, contoh salinan kepada ditulis s.k. Mengapakah perkataan yang berbahagia dato di tulis YBhg Dato' (tanpa titik)?

1. Kata sendi nama "ke" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan juga di hadapan kata nama yang menunjukkan waktu atau masa. Contoh:

i. Mereka akan ke Kuantan esok

ii. Mereka mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa. 

Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contoh:

i. Sila kembalikan borang ini kepada kerani pejabat itu

ii. Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan

iii. Keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik.

2. Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Contoh:

i. Angin bertiup kencang dari arah selatan

ii. Kajian itu dibuat dari sudut ekonomi

iii.Kerajaan itu terkenal dari kurun ke-18 lagi.

Kata sendi nama "daripada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan unsur perbezaan atau perbandingan. Contoh:

i. Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya

ii. Ukiran itu diperbuat daripada kayu

iii. Edisi kedua buku itu lebih lengkap daripada edisi pertama.

 3. Perkataan "mengenai" boleh bersilih ganti penggunaannya dengan kata sendi nama "tentang" walaupun sebenarnya perkataan "mengenai" tergolong sebagai kata kerja  yang membawa maksud kena pada. Walau bagaimanapun, penggunaannya perlu melihat konteks ayat. Contoh ayat yang saudara kemukakan itu, perkataan yang betul dan tepat ialah mengenai, bukan kata sendi nama tentang kerana jika ditukar perkataan mengenai kepada tentang, ayat itu tidak mempunyai makna.          

Untuk keterangan lanjut tentang kata sendi nama ke, kepada, dari, daripada, dan tentang, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265.    

4. Ejaan yang betul untuk kependekan Yang Berbahagia ditulis sebagai YBhg. (ada tanda titik) bukan YBhg

Tatabahasa18.02.2010
Siapakah gerangan atau siapakah gerangan yang menyebabkan tuanku kelihatan bermuram durja? Yang mana satukah lebih tepat penggunaan bahasanya? Siapakah atau apakah? Mohon penjelasan. terima kasih

Jika dilihat pada konteks ayat, kedua-dua perkataan boleh digunakan secara bersilih ganti. Hal ini disebabkan kata “gerangan” bermaksud agaknya, rupanya dan barangkali yang merupakan kata yang ditambahkan pada kata tanya untuk menunjukkan masih berasa bimbang atau waswas. 1">

Lain-lain14.05.2020
Tiada lampiran dalam e-mel pihak tuan/puan. Tq.

Untuk makluman, kesesuaian perkataan kasar dan kesat digunakan berdasarkan maksud konteks ayat yang hendak disampaikan. Jika perkataan kesat dan kasar membawa maksud tidak halus atau tidak licin, kedua-duanya boleh digunakan bersilih ganti. Contoh: Permukaan jalan raya yang kasar atau Permukaan jalan raya yang kesat. Contoh lain: Kulitnya kesat atau Kulitnya kasar. Walau bagaimanapun, jika membawa maksud yang berbeza, tidak boleh digunakan. Contoh: Jahitan tangannya kasar. Perkataan kasar dalam ayat tersebut tidak boleh digantikan dengan perkataan kesat. 1">

Tatabahasa28.03.2019
Selamat sejahtera, Saya ingin tahu antara perkataan 'Krismas' dan 'Natal', 'Jesus' dan 'Yesus', perkataan yang manakah lebih sesuai digunakan untuk bahasa Melayu? Sebagai contohnya, bagi saya perkataan 'Krismas' dan 'Jesus' lebih membawa makna. Terima kasih. Selamat Tahun Baharu 2020!

Untuk makluman, perkataan Krismas dan Natal boleh digunakan bersilih ganti kerana kedua-duanya membawa maksud yang sama, iaitu hari yang dirayakan oleh orang yang beragama Kristian pada 25 Disember. Manakala, perkataan Yesus tidak terakam dalam Kamus Dewan. Sehubungan dengan itu, penggunaan perkataan yang betul ialah Jesus. 1">

Makna29.12.2019
Soalan Pertama:Dedah pembelian secara terperinci PAC puas hati penjelasan isu harga vaksin COVID-19 Adakah kesalahan-kesalahan tersebut? Soalan kedua:Pengerusinya,Wong Kah Woh,berkata taklimat berkenaan selari dengan hasrat PAC dalam memastikan perbelanjaan kerajaan kebanar-benar telus demi manfaat rakyat secara keseluruhannya. Mengapakah ayat di sini mengunakan perkataan 'berkenaan' bukannya berkenan?Adakah perbelanjaan ada kesalahan atau ada kesalahan lain? Soalan ketiga:Bilakah menggunakan 'Bagaimanapun dan Walau bagaimanapun'' Soalan keempat:PAC komited membantu memberikan keyakinan kepada rakyat dalam mendapatkan vaksinasi COVID-19 supaya penularan wabak ini dapat dihentikan. Saya nak tanya bolehkah menggunakan dua kali imbuhan ''mem'' dalam satu ayat ?Contoh:membantu memberikan .Hal ini ialah betul atau salah? Soalan kelima:Setiap syarikat atau semua syarikat? Soalan keenam:Di kawasan rendah (untuk sentiasa )berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri dan keluarga serta bersedia berpindah ke PPS dengan segera jika diarahkan pihak berkuasa. ''Untuk sentiasa''betul atau salah.Saya ada kekeliruan dalam ayat ini kerana ayat ini adalah ''untuk sentiasa dan diarahkan''sepatutnya diarahkan bukan ke belakang mampu tambah''oleh'' ya?Minta Puan/Tuan boleh memberikan penerangan.Terima kasih.

1. Ayat tidak lengkap. Penggunaan bahasa dalam media perlu dilihat dengan berhati-hati kerana berlaku pemendekan ayat dengan menggugurkan imbuhan dan membuang kata sendi nama. PAC berpuas hati dengan penjelasan pihak kementerian tentang isu harga vaksin COVID-19. 2. Lihat maksud perkataan berkenaan dan berkenan. Penggunaan kata berkenaan dalam konteks ayat tersebut, betul. 3. Kedua-dua perkataan ini boleh digunakan bersilih ganti, sama ada bagaimanapun atau walau bagaimanapun. 4. PAC komited membantu kerajaan memberikan keyakinan kepada rakyat dalam mendapatkan vaksinasi COVID-19 supaya penularan wabak ini dapat dihentikan. 5. Kedua-duanya betul. 6. Penduduk di kawasan rendah hendaklah sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri dan keluarga serta bersedia berpindah ke PPS dengan segera jika diarahkan pihak berkuasa.


Tatabahasa14.01.2021

Kembali ke atas