Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.si.no.nim] | برسينونيم

Definisi : mempunyai kata-kata yg sama atau hampir sama maknanya: perkataan can­tik ~ dgn perkataan indah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersinonim


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Slm, berikan saya contoh kata seerti "tuntut" Dan "menuntut"..?Perkataan tuntut bersinonim dengan minta, pohon, desak, gesa, tagih dan lain-lain. Manakala, menuntut pula bersinonim dengan meminta, memperjuangkan, belajar, mendakwa dan lain-lain.Lain-lain02.02.2013
1) Apakah perbezaan makna bagi kata “sinonim” dan “sinonimi”? 2) Bagaimanakah perbezaan penggunaannya? 3) Mana satukah kata berimbuhan yang betul iaitu “bersinonim” atau “bersinonimi” Sila semak penggunaan kata di atas dalam ayat-ayat di bawah. a) Senarai Kata Sinonim bagi Kata Kerja ‘gigit’ dan ‘hiris’. b) Senarai Kata Bersinonim dengan Kata Kerja. c) Kata Kerja Bersinonimi Akibat Faktor Dialek. d) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Sinonim Kata Kerja‘makan’. e) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Kerja ‘lihat’ dan Kata Sinoniminya. f) Kata Kerja Bahasa Jerman dan Frasa Kerja Sinonimnya. g) Senarai Kata Kerja Mengikut Faktor-Faktor Kewujudan Sinonim. h) Kata Kerja Bersinonim dan Faktor-Faktor Penyebab Kewujudannya.1) Apakah perbezaan makna bagi kata “sinonim” dan “sinonimi”? 2) Bagaimanakah perbezaan penggunaannya?

Sinonim ialah kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain, misalnya cantik dengan indah dan cepat dengan pantas. Manakala sinonimi pula ialah hubungan antara sinonim yang digunakan dalam istilah linguistik.


3) Berikut penggunaan perkataan sinonim dan bersinonimi yang betul ;

 a) Senarai Kata Sinonim bagi Kata Kerja ‘gigit’ dan ‘hiris’.

b) Senarai Kata Bersinonim dengan Kata Kerja.

c) Kata Kerja Bersinonimi Akibat Faktor Dialek.

d) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Sinonim Kata Kerja ‘makan’.

e) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Kerja ‘lihat’ dan Sinonimi.

f) Kata Kerja Bahasa Jerman dan Frasa Kerja Sinonim.

g) Senarai Kata Kerja Mengikut Faktor-Faktor Kewujudan Sinonim.

h) Kata Kerja Bersinonim dan Faktor-Faktor Penyebab Kewujudannya
.
Tatabahasa12.08.2013
dialek kata-kata bersinonim dengan kata 'bawa' dan Kata 'potong'

Sinonim kata bawa = angkut, pikul, dukung, junjung, jinjing, jinjit, bimbit, kendong, galas, tanggung, angkat, usung (penggunaannya bergantung pada konteks ayat)

Sinonim kata potong =   kerat, penggal, hiris (penggunaannya bergantung pada konteks ayat)

Istilah05.04.2009
Saya mendapati perkataan "masak" bersinonim dengan "matang", jadi boleh puan jelaskan dengan selanjutnya perbezaan antara dua perkataan ini ? "Buah-buahan masak" atau "Buahan-buahan matang."? Terima kasih puan.

Salam sejahtera,

Frasa yang betul ialah 'buah-buahan yang masak' atau 'buah-buahan yang matang'


Sekiranya saudara merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat saudara akan dapat melihat perbezaanya.

Untuk memudahkan saudara, saudara boleh layari laman web http://prpm.dbp.gov.my dan masukkan perkataan masak atau matang di kotak cari untuk mengetahui perbezaan di antara kedua-dua perkataan tersebut.

Tatabahasa07.11.2012
Salam, 1. Apakah peribahasa yang bersinonim dengan 'pantang ajal sebelum maut'? 2. Apakah peribahasa yang sesuai untuk seseorang yang sangat berani dan tidak takut mati? Adakah peribahasa 'pantang ajal sebelum maut' itu sesuai ataupun ada peribahasa lain yang lebih baik? Terima kasih.Tidak ada kamus sinonim peribahasa, oleh itu setiap entri peribahasa perlu disemak satu persatu untuk mencari persamaan maksud antara peribahasa yang ada. Peribahasa "sebelum ajal berpantang maut" bermaksud tak akan mati sebelum sampai waktunya yang ditentukan oleh Tuhan.Lain-lain14.04.2014
Apakah sinonim bagi "mutiara kata"?Perkataan yang bersinonim dengan mutiara kata ialah kiasan kata dan kata hikmat.Tatabahasa14.08.2013
mohon penjelasan penggunaan kata KEMAS yang betul. 1. Soraya memegang tangan adiknya dengan KEMAS semasa mereka hendak melintas jalan. 2. Encik Omar menyemak hasil laporan itu dengan KEMAS sebelum menghantarnya kepada Tan Sri Hashim.Perkataan "kemas" adalah bersinonim atau seerti dengan "rapi, terurus, teratur, tersusun, dll.". Perkataan "kemas " juga bersinonim dengan "kuat, teguh, erat, kukuh,bersih, segar, selesai, dll."Tatabahasa19.05.2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 1. Adakah istilah "lompat gagak" bersinonim dengan "berjengket-jengket"? 2. Bagaimanakah istilah "lompat gagak" boleh digunakan sebagai kata kerja dalam sesuatu ayat? 3. Apakah terjemahan paling sesuai untuk perkataan "tiptoe" dalam bahasa Melayu? Harap maklum dan terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "lompat gagak" bermaksud berjalan berjengket-jengket.



Contoh ayat: Dia berjalan lompat gagak membawa sekole kopi.







Menurut Kamus Melayu-Inggeris Dewan, tiptoe bermaksud berjalan berjengket-jengket.
Makna17.02.2022
Adakah perkataan 'mengenai' boleh digunakan untuk menggantikan 'tentang'?Perkataan mengenai bersinonim dengan tentang, sehubungan dengan itu kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa28.10.2015
Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak DBP mengenai perkataan 'menurun'. Menurut PRPM, 'menurun' bersinonim dengan 1) menjunam: jatuh; 2) susut: berkurang; 3) berpindah kepada: mewarisi; 4) konteks bomoh - bersawai; Adakah salah jika saya menggunakan 'menurun' untuk menggambarkan kadar yang semakin berkurangan bagi penulisan bidang ekonomi/perniagaan/kewangan? Maklum balas daripada pihak Institut Terjemahan Negara mengatakan menurun tidak sesuai digunakan kerana lebih digunakan untuk konteks 'bomoh yang sedang menurun'.Untuk makluman perkataan menurun telah diterima dalam Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan terbitan DBP (2001) sebagai padanan untuk istilah yang berikut:

1. declines - menurun (Pelaburan)
2. decline rate - kadar menurun (Ekonomi)
3. descending order - susunan menurun (Ekonomi)
4. descending power - kuasa menurun (Ekonomi)
5. falling market - pasaran menurun (Perakaunan, Ekonomi, Perniagaan)

Berdasarkan contoh yang diberikan, DBP memang telah menerima istilah menurun dalam bidang ekonomi, perniagaan dan kewangan dan tidak terhad dalam konteks "bomoh yang sedang menurun".
Istilah29.08.2012
123456

Kembali ke atas