Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.si.si/] | برسيسيق

Definisi : ada sisiknya, mempunyai sisik: dgn takdir Allah, dapatlah seekor ikan ~ emas bermatakan intan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersisik

Puisi
 

Sudah tahu langit bersisik,
     Kuupahkan rasa segantang;
Sudah tahu aku berusik,
     Kuharamkan mata memandang.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perkataan 'bersisik' dalam ayat 'Ikan merah bersisik' kata adjektif atau kata nama terbitan?Perkataan 'bersisik' dalam ayat 'Ikan merah bersisik' berfungsi sebagai kata adjektif.Tatabahasa14.04.2008
apakah maksud armadilo?Armadilo ialah sejenis binatang kecil daripada famili Dasypodidae yang bersisik tebal, mengorek tanah dan menggulingkan badannya seperti bola apabila diserang. Binatang ini biasanya terdapat di bahagian tengah dan selatan benua Amerika.Makna10.04.2008
apakah makna perkataan 'tenggiling' yang digunakan dalam aktiviti pertanian (sawah padi) tradisional?Dalam data kami, hanya  terdapat perkataan tenggiling iaitu sejenis binatang yang bersisik dan yang panjang muncungnya untuk memakan semut dan anai-anai, Manis javanica.Tatabahasa13.09.2013

Kembali ke atas