Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berskala


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah istilah bahasa melayu yang sesuai bagi scalability?Salam sejahtera,

Tuan,

Pihak kami belum ada padanan perkataan scalability. Tetapi, kami ada padanan terjemahan untuk perkataan scalabale fon = fon boleh berskala dan scale drawing= lukisan berskala. Jadi, pihak kami mencadangkan padanan terjemahan untuk scalability ialah boleh skala jika sesuai dengan konteks ayat tuan.

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan09.12.2017
Menterjemah Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu: -"Large Commercial" -"Retail Commercial"Dalam data kamai, tiada padanan khusus bagi perkataan large commercial dan retail commercial dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, cadangan kami  bahasa Melayu bagi perkataan large commercial ialah perniagaan/perdagangan berskala besar dan retail commercial pula dipadankan sebagai perniagaan/perdagangan runcit.Penyemakan dan penterjemahan14.06.2016
perkataan yang sesuai peta/pelan ? peta laluan keluar kecemasan bangunan. / pelan laluan keluar kecemasan bangunan.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "peta" bermaksud 1. lukisan (gambar) pd kertas dll yg menun­jukkan kedudukan negeri, sungai, gunung, dll; 2. lukisan (gambar) yg menunjukkan keduduk­an bintang dll di langit; ~ angin peta yg menunjukkan arah peredaran angin; ~ antarabangsa peta dunia yg biasanya berskala 1:1 000 000; ~ bahasa peta yg meng­gambarkan daerah bahasa-bahasa tertentu di­gunakan; ~ bumi peta yg khusus menunjuk­kan tanah (gunung, sungai, dll); ~ kontur peta yg dilukiskan dgn garisan-garisan kontur; ~ kosong peta yg belum ditandai dgn nama tempat (letak sungai, gunung, dll); ~ lakar peta sesuatu kawasan dll yg dilukis dgn secara kasar dan mengandungi hal-hal yg penting sahaja; ~ laut peta yg khusus menunjukkan laut (pulau­pulau, aliran ombak, dll); ~ timbul peta yg dibuat drpd tanah liat (plastisin) dgn gambaran bukit (gunung, sungai, dll) spt yg terdapat di muka bumi; ~ topo peta lengkap sesuatu tempat (yg menunjukkan bandar, jalan, dll); berpeta berupa peta: mendedahkan panau ~-peta di bahu dan di lengannya; memeta membuat peta; memetakan 1. membuat peta tentang se­suatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dsb) sesuatu dlm bentuk peta: sebahagian besar daerah itu masih belum dipetakan; 2. meng­gambarkan, melukiskan: Nasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~ bagaimana seorang kerani muda yg bergaji kecil hidup; pemetaan perihal membuat peta; pemeta orang yg membuat peta.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula, "pelan" bermaksud 1 rajah yg menggambarkan bentuk serta ukuran sesuatu bangunan, kawasan dsb. 2 rancangan yg sudah diatur utk dilaksanakan. ~ induk rancangan menyeluruh yg merangkumi seluruh dasar dan segala rancangan kegiatan yg akan dilaksanakan (dlm pembangunan, perekonomian, dsb): Beberapa kajian terkandung dlm ~ induk projek tsb. ~ lantai lukisan mengikut skala bagi susun atur bilik dsb pd satu lantai sesebuah bangunan. ~ tindakan rancangan yg diatur yg terdiri drpd langkah-langkah utk bertindak secara bijak.

Oleh itu, jawapan yang lebih sesuai ialah "pelan".
Istilah09.04.2013

Kembali ke atas