Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.so.lé/] | برسوليق

Definisi : 1. berhias diri (memakai bedak, mengenakan gincu, dll): Aida sedang ~ di dlm biliknya; 2. berhias dgn, menggunakan sesuatu sbg hiasan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.so.lé/] | برسوليق

Definisi : berhias diri dgn memakai bedak (gincu dll): Kalau ~ pun, janganlah lama-lama sangat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
solek
Kata Terbitan : bersolek,

Puisi
 

Sayang mati burung berjambul,
     Mari hinggap di anak tangga;
Dilihat isteri melepas sanggul,
     Sanggullah kecil bersolek bunga.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bunga layu kembang semula.

Bermaksud :

Orang tua yang bersolek seperti orang muda.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Tuan, Adakah frasa "berdandan tebal" wujud dalam bahasa Melayu. Apakah maksud yang didukung oleh frasa tersebut? Saya gagal mendapatkan makna frasa tersebut dalam Kamus Dewan edisi keempat. Sekian, terima kasih.

Salam sejahtera

Berdandan bersinonim dengan maksud bersolek dan berhias. 'Berdandan tebal' wujud dalam frasa bahasa Melayu namun yang lazimnya digunakan oleh penutur bahasa Melayu ialah 'bersolek tebal' merujuk kepada individu yang mengenakan solekan secara tebal.

Makna08.11.2012

Kembali ke atas