Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin membuat susulan akan soalan yang saya ajukan di portal ini pada 28 April 2020. Soalan tersebut masih lagi berstatus "Dalam Proses" manakala soalan-soalan lain yang diajukan pada tarikh terkemudian telah pun dijawab dan berstatus selesai. Pertanyaan saya adalah seperti berikut: Saya ingin bertanya, apakah terjemahan Bahasa Melayu yang betul untuk "multi currency feature (mcf) enabled account"? Adakah (a) "akaun yang diupayakan dengan mcf"; (b) "akaun berkemampuan mcf"; atau (c) "akaun diupayakan mcf"? Adakah terdapat cadangan terjemahan lain yang lebih ringkas/padat? Terima kasih. | Sila berikan konteks penggunaan perkataan dalam ayat untuk kami cari padanan dalam bahasa Melayu. | Istilah | 15.05.2020 |
Apakah gelaran/panggilan rasmi bagi seorang perempuan yang berjawatan Ketua Jabatan yang berstatus janda? Puan atau Cik Puan | Gelaran/panggilan yang sesuai ilah Puan. | Makna | 21.03.2011 |
salam, saya ingin bertanya 1. tentang penggunaan Yang Berbahagia dan Yang Berusaha, jika ketua jabatan saya berstatus Prof Madya Dr. mana yang lebih sesuai? sebelum ini Yang Berbahagia hanya untuk individu yang mendapat gelaran tan sri/dato/datuk. 2. bahaimana dengan Yang Dihormati dan Yang disegani,Yang Setia, Yang Dikasihi, mcm mana dengan susunan kekananan? | Jika tidak mempunyai sebarang gelaran Prof. Madya disapa sebagai tuan kecuali apabila beliau berperanan sebagai pengerusi atau ketua sesuatu majlis bolehlah disapa sebagai Yang Berusaha. Tidak ada maklumat tentang kekananan sapaan yang tuan berikan melainkan disusun mengikut kekananan fungsi jawatan, contohnya Yang Berusaha Pengerusi Seminar ..., Encik Ahmad bin Ali, Setiausaha Seminar dan Encik Abu bin Kassim, Bendahari Seminar . | Tatabahasa | 02.11.2012 |
Perkataan empunok ada tidsk dalam bahasa Melayu | Setakat ini, entri empunok belum ada dalam Kamus Dewan, masih berstatus bahasa sukuan Sarawak yang bermaksud anak udang/udang kecil. | Istilah | 09.07.2014 |
Assalamualaikum, Saya ingin mendapatkan pengesahan sama ada istilah 'perluasan' atau 'peluasan' yang digunakan untuk ayat berikut: KWSP telah memperluaskan manfaat pengeluaran kepada ahli yang berstatus bukan warganegara Malaysia selain dari pengeluaran yang telah dibenarkan sebelum ini iaitu Pengeluaran Meninggalkan Negara, Pengeluaran Hilang Upaya dan Pengeluaran Kematian. 'Perluasan' / 'Peluasan' Manfaat ini diberikan kepada Ahli Bukan Warganegara yang bekerja atau berkhidmat di Malaysia. Mohon pengesahan pihak DBP berkaitan perkara ini. Kerjasama dan perhatian tuan/puan amat dihargai. Sekian, terima kasih. | Peluasan bermaksud usaha meluaskan, manakala perluasan bermaksud hasil daripada usaha memperluas (menjadikan lebih luas). Penggunaan kata memperluas dalam konteks ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 21.07.2016 |
Assalamualaikum Tuan / Puan, Saya ingin mendapat pengesahan dari pihak tuan / puan : Saya selalu menerima panggilan rasmi yang menggunakan gelaran Cik Puan dan saya dimaklumkan bahawa gelaran Cik Puan merujuk kepada seseorang yang berstatus janda. Adakah wujud penggunaan gelaran Cik Puan di dalam urusan rasmi? Mohon pengesahan pihak tuan / puan. Terima kasih. | Dalam konteks rasmi, kata sapaan yang digunakan bagi wanita ialah "puan" tanpa mengira status diri mereka sama ada belum atau telah berkahwin. Walau bagaimanapun terdapat sesetengah organisasi menggunakan sapaan "cik" bagi yang belum berkahwin. Tidak ada gelaran "cik puan" bagi wanita biasa yang belum atau telah berkahwin. | Tatabahasa | 23.03.2016 |
Pertanyaan nama betul untuk PERSATUAN PERIKATAN PENGIKLANAN BERSEPADU NEGERI PAHANG | Berdasarkan carian kami melalui Internet, terdapat nama Persatuan Pengiklanan Negeri Pahang yang berstatus aktif, namun tidak menemukan nama Persatuan Perikatan Pengiklanan Bersepadu Negeri Pahang. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan pihak yang berkaitan atau buat carian melalui laman sesawang yang mempunyai pangkalan data mengenai senarai nama persatuan yang berdaftar. | Lain-lain | 26.05.2022 |
TUAN/PUAN, BELUM TERIMA SIJIL PENGESAHAN BAHASA DAN PUSTAKA UNTUK PAPAN ILAN PERNIAGAAN YANG TELAH DILUS. NO.RUJUKAN KAMI 8364/2018. | Untuk mencetak sijil pengesahan bahasa, tuan/puan perlu mengklik ikon cetak di sebelah kanan permohonan yang berstatus lulus. Nombor sijil akan tertera pada kotak dialog. Klik pada nombor sijil tersebut dan sijil pengesahan akan dipaparkan untuk dicetak. | Lain-lain | 26.02.2018 |
Assamulaikum Tuan, mohon semak ejaan dan penggunaan bahasa dalam iklan yang saya lampirkan dibawah. Terima kasih. | Untuk makluman, permohonan pengesahan bahasa untuk iklan perlu dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Betulkan seperti yang berikut: - PERLU MENJELASKAN KESELURUHAN CUKAI PINTU BAGI TAHUN 2021 TERMASUK TUNGGAKAN
- PEMILIKAN BERSTATUS INDIVIDU SAHAJA
- Rapatkan titik bertindih dengan teks sebelumnya
SEBARANG PERTANYAAN: TARIKH TUTUP: - ELEKTRIK, (rapatkan tanda koma)
- PERBANKAN SECARA DALAM TALIAN (JOMPAY DAN PBT-PAY)
| Lain-lain | 17.06.2021 |
No permohonan 86389/2020 Permohonan kami sudah melebihi sebulan tetapi tiada kelulusan diberikan. Kami telah perbetulkan kesalahan ejaan pada papan tanda kami. Tolong luluskan permohonan kami secepat mungkin. Pembetulan telah dihantar 4 hari yang lepas. | Berdasarkan semakan daripada pihak kami, permohonan iklan tuan telah pun diluluskan pada5/11/2020 yang lalu. Sila cetak sijil pengesahan tersebut. Tuan/puan perlu mengklik ikon cetak (berwarna merah) di sebelah kanan permohonan yang berstatus lulus. Terima kasih. | Lain-lain | 05.11.2020 |