Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersudut


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Abang menolong ayah memasang siku-siku di bilik saya. Apakah maksud siku-siku di dalam ayat di atas?Siku-siku ialah alat yang berbentuk berbentuk tiga segi (bersudut 90, 60 dan 30 atau bersudut 90, 45 dan 45).Makna14.11.2012
Salam Lebaran... Apakah perbezaan segi tiga dengan tiga segi?Menurut data kami, segi tiga ialah rajah yang mempunyai tiga semĀ­padan dan tiga sudut yang berjumlah 180o. ~ bersudut cakah segi tiga yang salah satu sudutnya melebihi 90o. ~ bersudut tirus segi tiga yang setiap sudutnya bernilai kurang daripada 90o tetapi jumlah keseluruhannya ialah 180o. ~ dua sama segi tiga yang mempunyai dua sempadan yg sama panjang. ~ sama segi tiga yang ketiga-tiga sempadannya sama panjang. ~ serba sama dua segi tiga atau lebih yang sama ukuran sempadan dan sudutnya. ~ tak sama segi tiga yang ketiga-tiga sempadannya tidak sama panjang. ~ tepat segi tiga yang mempunyai satu sudut tepat, iaitu yang bernilai 90o. Manakala contoh ayat bagi tiga segi ialah rumahnya dihiasi rumput tiga segi.Makna10.07.2016
saya farah hani binti mohd azizuddin.saya ingin bertanyakan bahawa apakah maksud kekisi,kekuda,tetupai,dan sesiku? saya harap pihak tuan/puan akan beri jawapan dengan secepat mungkin.Kekisi bermaksud batang-batang daripada kayu atau logam (besi dan lain-lain) yang dipasang berdiri pada tingkap dan lain-lain,  atau jeruji. Kekuda bermaksud kayu penyangga tulang bumbung rumah atau kayu palang untuk menyangga (kayu yang akan ditarah dan lain-lain. Tetupai bermaksud keratan kayu yang dilekapkan (dipakukan) pada tiang dan lain-lain untuk menyangga sesuatu. Sesiku bermaksud sejenis alat berbentuk `L' atau `T' (untuk melukis atau mengukur sesuatu sudut tepat); atau sejenis alat segi tiga daripada kayu dan lain-lain (dan bersudut 90°, 60°, dan 30° atau 90°, 45°, dan 45°).Makna27.06.2009

Kembali ke atas