Jom Ria | Jom Bersuka Ria | Tatabahasa | 18.09.2008 |
Assalaamu'alaikum WBT, Tuan, saya ada kemusykilan, mengapa "bergelak ketawa" tidak boleh digunakan sedangkan "bersuka ria" pula boleh? Apa bezanya penggunaan imbuhan ber- dalam kedua-dua perkataan? Saya mohon pencerahan. Salam hormat, terima kasih | Dalam bahasa Melayu, tidak terdapat perkataan "bergelak". Perkataan yang ada ialah "tergelak" dan "gelak ketawa". "Tergelak" ialah kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek atau penyambut sesudahnya. Contoh kata kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek ialah "terjatuh". "tersenyum" dan "terduduk" | Tatabahasa | 28.09.2014 |
Saya ingin membuat pertanyaan berikut: 1) Penggunaan huruf besar atau huruf kecil Contoh ayat: Di Sarawak, tarian ngajat merupakan tarian bersuka ria dalam kalangan orang Ibanda dan tarian datun julut sebagai tarian menjemput tetamu dari suku kaum Orang Ulu. Soalan: ejaan tarian ngajat adakah dieja Tarian Ngajat - huruf besar kerana nama khas. Ejaan tarian datun julut adakah dieja Tarian Datun Julut kerana nama khas? 2) Ejaan nama-nama tarian yang ada di Malaysia seperti tarian asyik, tarian payung, tarian piring, tarian mak yong dan sebagainya adakah dieja dengan huruf besar? Kekeliruan berlaku kerana ada editor saya yang mengatakan ia adalah nama khas untuk tarian tersebut. Setelah saya rujuk kepada KD ke3 dalam sub tarian, ejaan adalah huruf kecil Sila beri jawapan selengkapnya dengan segera. Kerjasama pihak anda sangat diperlukan kerana saya telah cuba menelefon talian tertera tetapi tiada jawapan walaupun 10 minit deringan berbunyi. Terima kasih. | Setiap kata nama khas mestilah dieja dengan huruf besar. Contohnya, Tarian Ngajat, Datun Julut, Tarian Payung, Tarian Asyik, Tarian Piring, Tarian Mak Yong dan sebagainya. | Tatabahasa | 10.09.2008 |
maksud bercengkerama | Saudara Fuad, Maksud perkataan bercengkerama ialah 1. pergi berjalan-jalan atau bersiar-siar; bertemasya. 2. bercakap-cakap atau bersenda gurau utk bersuka ria. | Makna | 16.06.2010 |
Mengikut kamus maksud pantai ialah tebing atau tepi laut yg diliputi pasir. Adakah sesuai jika dikatakan bermandi-manda di pantai atau lebih sesuai bermandi-manda di laut. Jika kedua-dua boleh digunakan tolong terangkan konteks penggunaan. | Bermandi-manda di pantai bermaksud mandi beramai-ramai dengan bersuka ria di kawasan yang berpasir dan berbatu-batu di tepi laut. Contohnya, ibu membawa adik bermandi-manda di pantai kerana adik masih kecil dan tidak pandai berenang. Bermandi-manda di laut bermaksud mandi beramai-ramai dengan bersuka ria di bahagian berair masin yang menggenangi sebahagian besar permukaan bumi. Contohnya, abang dan kakak sudah pandai berenang. Mereka bermandi-manda di laut setelah mendapat keizinan daripada ayah. Rujuk Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 1261, 1406 dan 1611. | Tatabahasa | 17.08.2024 |
Adakah frasa "tiada kucing tikus menari-nari" yang merujuk kepada, ketiadaan pegawai atasan, pekerja bawahan tidak bekerja sebaiknya, ini peribahasa atau bahasa perbualan/ percakapan sahaja? Mohon penjelasan. | Peribahasa yang tepat ialah "kucing pergi tikus menari" yang membawa maksud perbuatan bersuka ria oleh pekerja apabila ketua tiada. | Lain-lain | 21.12.2020 |