Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.su.kan] | برسوکن

Definisi : melakukan atau menyertai akti­viti sukan: Andy sering mengajaknya ~ di kawasan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.su.kan] | برسوکن

Definisi : bergiat dlm sukan; melakukan atau menyertai akti­viti sukan: Dia sentiasa kelihatan sihat kerana sering ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersukan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mereka sudah mempelajari teknik bersukan dengan betul. pasifkan akan jadi Teknik bersukan sudah dipelajari mereka dengan betul. atau Teknik bersukan sudah dipelajari dengan betul oleh mereka. yang mana satu betul? atau kedua2nya. tqKedua-dua ayat pasif tersebut betul, yang berbeza hanyalah ayat pertama meletakkan frasa keterangan di hujung ayat; Teknik bersukan sudah dipelajari mereka dengan betul, manakala ayat kedua meletakkan frasa keterangan di tengah-tengah ayat; Teknik bersukan sudah dipelajari dengan betul oleh mereka.Tatabahasa14.04.2009
Faedah-Faedah bersukan dalam kalangan murid IALAH DAPAT....... atau Faedah-faedah bersukan dalam kalangan murid ADALAH DAPAT...... yang mana betul?Faedah bersukan dalam kalangan murid dapat menyihatkan tubuh badan. Kata pemeri ialah/adalah tidak perlu hadir dalam ayat ini.Tatabahasa17.05.2021
Aktiviiti bersukan /aktiviti sukan? Apakah perbeazannya dari segi semantik??Dari segi semantik sukan merujuk segala jenis latihan gerak badan dan permainan yang memerlukan tenaga dan ketangkasan, manakala bersukan bermaksud melakukan atau bergiat dalam sukan. Oleh itu frasa yang betul ialah aktiviti sukan, iaitu kegiatan yang berkaitan dengan sukan, manakala frasa "aktiviti bersukan" bermaksud aktiviti itu yang melakukan kegiatan sukan dan dari segi semantik adalah tidak tepat.Tatabahasa29.05.2011
Adakah ayat-ayat berikut betul? a. Antara cara yang saya lakukan untuk memanfaatkan masa ialah bersukan. b. Antara cara yang sya lakukan untuk memanfaatkan masa adalah dengan bersukan.
Jawapan yang lebih tepat ialah Ayat a. Antara cara yang saya lakukan untuk memanfaatkan masa ialah bersukan.
Tatabahasa01.09.2019
Antara (kebaikan-kebaikan/kebaikan) bersukan ialah......Frasa yang betul ialah Antara kebaikan bersukan ialah...Tatabahasa29.04.2021
Salam, betulkan struktur ayat ini " Mereka gembira kita mahu bersukan bersama-sama mereka". Sekian terima kasih.Mereka gembira kerana kita mahu bersukan bersama-sama mereka.Tatabahasa15.04.2013
Salam sejahtera. Ayat yang manakah betul? 1. Muthu memandu kereta dengan cermat. 2. Muthu memandu kereta dengan cermatnya. 3. Kita perlu bersukan mengapa? 4. Kita boleh bersukan bagaimana?

Pelbagai kaedah boleh digunakan sebagai rujukan dan panduan untuk mendalami ilmu tatabahasa antaranya ialah buku Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah atau Tatabahasa  Dewan Edisi Sekolah Menengah. Walau bagaimanapun, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menjadikan buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan yang lebih komprehensif.

Selain itu, tuan juga boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”.

Lain-lain25.06.2022
Tuan, saya ingin bertanya tentang maksud *handal* frasa *handal bersukan* adakah betul? dalam konteks ini, handal ialah kata adjektif atau kata penguat? adakah frasa ini sama maksud dengan handal dalam sukan? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud handal ialah:
1. boleh diharap (dipercayai) setia;
2. kenamaan, bijak, gagah, cekap, pandai
3. amat baik (dlm sesuatu kemahiran dll)
Maksud handal bersukan di sini bermaksud pandai bersukan atau cekap dalam sukan, jadi boleh digunakan.
Makna01.09.2021
Tuan, saya ingin memastikan adakah soalan saya ini betul tatabahasanya. 1) Bermain sukan, saya belajar untuk tidak berputus asa. 2) Bersukan, saya belajar untuk tidak berputus asa. dan, yang mana satukah yang lebih tepat? terima kasih.Ayat kedua Bersukan, saya belajar untuk tidak berputus asa adalah betul.Tatabahasa29.06.2012
1)Sesetengah orang tidak berminat untuk bersukan dan beriadah. 2) Dua daripada pemain berjersi merah-kuning itu dibuang padang kerana melanggar peraturan permainan 3) Masing-masing pelajar yang tidak membuat sebarang latihan itu didenda oleh Puan Low. 4) Sesetengah pejabat swasta tidak dibuka pada hari Sabtu. 5)Satu perdua deretan rumah kedai itu musnah dijilat api. Munsyi, apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat 1 - 5. haraplah tunjuk ajar daripada tuan . Terima kasih terlebih dahulu.Buang perkataan itu dalam ayat 2, 3 dan 5. Untuk membina ayat gramatis, rujuk buku Tatabahasa Dewan dan lihat tajuk Pembentukan Kata dan Pembentukan Ayat.Tatabahasa11.06.2012
12

Kembali ke atas