Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sum.ber] | برسومبر

Definisi : berasas (pd), bersandar (pd): konsep sejarah ~ pd peristiwa-peristiwa yg berunsurkan kebenaran hakiki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sum.ber] | برسومبر

Definisi : 1 ada sumber; berasal: Khabar-khabar yg tidak ~. 2 berasas (pd); bersandar (pd): Laporan yg ~ pd kejadian sebenar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sumber (kata nama)
1. Bersinonim dengan mata air: perigi, sumur, telaga, ocak-ocak,

2. Bersinonim dengan asal: punca, mula, punat, benih,

Kata Terbitan : bersumber,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ialah penggunaan ejaan berdasarkan buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, termasuk ejaan “insya-Allah”. Saya berasa keliru apabila ada pihak menyebarkan kelemahan ejaan itu di Facebook. Bahan yang disebarkan itu dikatakan bersumber daripada Dr. Zakir Naik. Sebaran itu meminta pengguna bahasa Melayu agar menggunakan ejaan “In Shaa Allah” (tiga patah perkataan). Saya mendapati sudah ada guru menggunakan ejaan ini. Apakah pendirian DBP?Ejaan yang telah ditetapkan oleh DBP ialah insya-Allah.Ejaan30.12.2012
Adakah perkataan kaunterfit atau kaunterfeit wujud dalam Bahasa Malaysia? Saya cuma mencari di laman web DBP tapi tiada perkataan tersebut. Namun begitu, laman web KKM menggunakan perkataan tersebut. Mohon pencerahan daripada pihak DBP. Terima kasih.Kata "kaunterfit" yang bersumber daripada kata bahasa Inggeris "counterfeit" masih belum terakam dalam kamus bahasa Melayu terbitan DBP. Namun, pihak kami memaklumi bahawa kata tersebut telah digunakan oleh pihak KKM bagi produk/ubat palsu atau tiruan.Ejaan17.10.2024

Kembali ke atas