Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sya.rah] | برشر»

Definisi : memberi ceramah, berpidato, ber­ucap: ia hendak ~ kpd pengundi-pengundi pd masa pilihan raya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sya.rah] | برشر»

Definisi : membuat ucapan di hadapan orang ramai; memberi ceramah; berpidato. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
syarah
Kata Terbitan : bersyarah, syarahan, pensyarah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin bertanya tentang khutbah serta contuhnya terima kasih.Menurut data kami, maksud khutbah ialah syarahan yang berisi ajaran atau nasihat mengenai agama dan lain-lain: ~ itu pendek tetapi bernas. berkhutbah bersyarah atau berpidato mengenai hal-hal agama dan lain-lain: Ketika imam ~, para jemaah mendengarnya dengan  khusyuk. mengkhutbahkan menerangkan atau menjelaskan sesuatu (ajaran agama dan lain-lain) dalam khutbah: Dia khusyuk mendengar segala yang dikhutbahkan oleh pak lebai itu. Untuk melihat contoh teks khutbah, tuan bolehlah melayari http://www.jawi.gov.my/my/e-khutbahLain-lain11.11.2015
Mohon khidmat nasihat ejaan yang manakah lebih tepat digunakan: Perkuliahan atau Pengkuliahan contoh ayat: Setiap sesi pengajian mengandungi 20 minggu pengkuliahanPerkuliahan dan pengkuliahan, kedua-duanya tiada dalam Kamus Dewan. Berdasarkan pembentukan kata dalam Kamus Dewan, berkuliah bermaksud memberi kuliah atau bersyarah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. Oleh itu, pembentukan yang boleh dibentuk ialah perkuliahan yang bermaksud perihal atau proses makna yang terkandung dalam berkuliah. Kata mengkuliah tidak dirakam dalam kamus.Tatabahasa24.03.2020

Kembali ke atas