[ber.ta.bur] | برتابور
Definisi : 1. = ~ dgn = bertaburkan disebari (dgn), dihamburi (dgn): bilik tidur pengantin itu ~ dgn bunga rampai; 2. penuh dihiasi (dgn): di dadanya tersemat bintang yg ~ intan berlian; 3. memberikan derma, bersedekah: hendak tuah ~ urai; 4. ki banyak terdapat (kelihatan), berselerak (di merata-rata tempat): di langit kelihatan bintang-bintang ~ memancarkan cahaya yg muram; 5. rintik-rintik, borek: ayam ~; 6. bersongket: kain ~; ~-tebar = bertaburan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.ta.bur] | برتابور
Definisi : 1 = ~ (dgn) dihamburi dgn: Bilik tidurnya ~ dgn bunga rampai. 2 banyak terdapat atau banyak kelihatan: Langit ~ bintang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)