| saya berminat untuk menghantar karya-karya saya kepada DBP.soalan saya,apakah syarat yang ditetapkan oleh DBP untuk saya menghantar karya-karya itu?berapa muka surat dan sebagainya. | Bagi karya yang berbentuk rencana, jumlah halaman antara 6-7 halaman bertaip dua langkau saiz A4, ditulis dalam bahasa Melayu, karya asli, dan tidak pernah terbit dalam mana-mana media. | Lain-lain | 03.04.2010 |
| bagaimana cara untuk menghantar artikel ke dalam majalah DBP, sama ada dewasa, pelita bahasa dan sebagainya? saya ada puis, artikel bahasa, komen.. dan apakah kriteria-kriteria yang melayakkan sesuatu karya itu diterbitkan di dalam sesuatu majalah? dan mengeai bayaran.. | Terima kasih kerana berminat menyumbangkan karya dalam majalah DBP. Karya seharusnya bertaip dua langkau, dikirim melalui e-mel , pos, atau faks dan alamatnya ada dinyatakan dalam majalah DBP. Setiap karya yang terbit memungkinkan penulisnya menerima honoraruim mengikut kadar DBP. | Lain-lain | 22.07.2008 |
| Sayua hendak menerbitkan sebuah novel "Hujan Emas Di Stadium Merdeka" melaui DBP. | Terima kasih dan syabas kerana puan berminat hendak menerbitkan buku dengan DBP. Puan boleh mengirimkan manuskrip novel puan kepada Ketua Editor, Bahagian Buku Sastera, Jabatan Penerbitan, Tingkat 10, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Sila kirimkan: (a) Satu salinan manuskrip bertaip komputer atas kertas A4 yang berjilid kemas. (b) Satu salinan lembut (soft copy) manuskrip tersebut dalam disket atau CD. (c) Surat iringan penyerahan manuskrip kepada Ketua Editor. Manuskrip novel puan akan dinilai terlebih dahulu, dan jika sesuai baharulah akan diterbitkan. Selamat menulis dan semoga berjaya. | Lain-lain | 05.08.2011 |
| assalamualaikum saya ingin mendapat khidmat nasihat penerbitan untuk penghantaran artikel. jadi untuk memudahkan penghantaran boleh saya mendapatkan nombor individu yang terlibat atau emel dalam bidang penerbitan. selain itu, saya juga ingin mengetahui panduan untuk penulisan artikel gaya Dewan. terima kasih. | Alamat e-mel editor setiap majalah DBP ada tertera dalam majalah itu. Gaya Dewan hanyalah gaya penerbitan, bukannya gaya penulisan. Artikel untuk majalah hanya perlu bertaip dua langkau menggunakan perisian Words dan boleh terus dihantar ke alamat e-mel editor majalah DBP. | Lain-lain | 26.05.2009 |
| Saya berminat untuk menulis novel. Kini sedang menulis. soalannya; 1. Apakah yang diperlukan oleh penerbit untuk penerbitan sesebuah novel? 2. Dimanakah saya akan mendapat penerbit? 3. Adakah pihak DBP mempunyai free kamus download bahasa Melayu untuk memudahkan saya menyemak ejaan dalam karangan saya? Sekian, terima kasih | Tahniah kerana saudara berminat untuk menjadi seorang pengarang novel. Untuk makluman saudara, selain penerbit swasta seperti PTS Publications, Alaf 21 Sdn Bhd, Utusan Publications & Distributors dan lain-lain. DBP juga menerbitkan karya novel untuk pembaca kanak-kanak, remaja dan dewasa. Saudara boleh menghantar manuskrip novel saudara itu kepada mana-mana penerbit yang saudara suka untuk dinilai sebelum ia dapat diterbitkan. Bagi novel dewasa, tebal novel biasanya sekitar 300-500 halaman kertas A4 bertaip komputer langkau dua baris, sementara novel remaja tebalnya 200-300 halaman dan novel kanak-kanak tebalnya 100-200 halaman. Jika saudara berminat untuk menghantar kepada DBP, bolehlah menghubungi Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, di alamat e-mel norimah@dbp.gov,my (bagi novel dewasa ) atau Ketua Editor Bahgian Buku Kanak-Kanak dan Remaja di alamat arshad@dbp.gov.my (bagi novel kanak-kanak dan remaja). DBP juga ada menyediakan kamus untuk orang awam menyemak ejaan atau makna istilah yang diperlukan dengan membuka laman rasmi DBP. Terima kasih. | Lain-lain | 09.08.2010 |
| Saya ingin memohon pihak dewan bahasa untuk pengesahan bahasa papan nama kedai dan sijil pengesahan | PERMOHONAN PENGESAHAN BAHASA MELAYU DALAM IKLAN Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang dbpsahbahasa.my (pautan https://dbpsahbahasa.my/). Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung kepada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses. Untuk mendapatkan pengesahan visual pada papan tanda premis, sila daftar akaun melalui laman sesawang dbpsahbahasa.my (pautan https://dbpsahbahasa.my/) dan rujuk Panduan Pelanggan atau Video Penggunaan DBP Sah Bahasa yang tertera. Bagi iklan yang dilampirkan, mohon buat dulu pembetulan, seperti yang berikut: i. Sila lampirkan visual iklan bertaip komputer dalam satu bingkai untuk pengesahan sahaja, potong bahagian lain yang tidak berkaitan. ii. Logo pada sebelah kanan - sekiranya belum berdaftar dengan MyIPO sila daftar dahulu, ataupun betulkan kepada bahasa Melayu yang baik dan betul nahunya. iii. Nasi Ayam Big Bro’s - Adakah nama perniagaan/syarikat ini telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mempunyai tanda dagang (trademark)? Jika telah berdaftar, sila nyatakan No. SSM atau No. TM pada bahagian Maklumat tentang Iklan untuk rujukan kami dan jika belum berdaftar, sila gunakan nama yang telah berdaftar dengan SSM atau yang mempunyai tanda dagang sahaja. Bagi nama yang mempunyai tanda dagang, sila letak simbol ™ atau ® pada nama tersebut. Sekiranya tuan ingin menggunakan nama yang berbeza, sila gunakan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul atau buat dwibahasa (Melayu - Inggeris) dengan bahasa Melayu diutamakan dari segi saiz, kedudukan dan warna huruf. | Lain-lain | 21.02.2023 |