Salam... Pertanya mengenai TANDA BACA Tuan, Manakah yang betul: Tulis sebuah karangan bertajuk 'Aku Seekor Burung'. ATAU Tulis sebuah karangan bertajuk 'Aku Seekor Burung.' | Ayat yang betul ialah Tulis sebuah karangan bertajuk "Aku Seekor Burung." | Tatabahasa | 05.08.2010 |
" Novel bertajuk kenangan yang ......... hasilkan itu mendapat sambutan daripada pembaca remaja,"kata jurujual itu kepada Suriati. A. anda C. kami B. mereka D. kita Soalan manakah jawapan yang betul dan kenapa. | Kata Ganti nama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama seseorang (nama am) .Terbahagi kepada tiga iaitu pertama ,kedua, ketiga contohnya saya, awak dan mereka. Dalam konteks ini jawapan yang betul ialah 'anda' yang merujuk kepada kata ganti diri kedua. | Tatabahasa | 18.02.2011 |
Rujukan sajak bertajuk Di Perpustakaan.Karya Shafie Abu Bakar. | Di Perpustakaan Melangkah ke ruangmu satu pertukaran yang kontras dari kehangatan merata ke kedinginan yang menerpa terlalu hening di sini gua pendeta bersemadi di puncak sepi di sana sini kepala-kepala runduk meneliti mata dan fikir bersebati. Maju ke ruang buku terlalu kerdil aku di sini terapung di laut ilmu tercurah berzaman dalam tak terselam betapa pun kulayari bahtera ilmu di sini tak terteroka yang akan kucatat hanya setitik dari tinta yang akan kupetik hanya sebiji dari mutiara engkau adalah pusaka moyang gedung peradaban insan terhimpun berzaman. bersemadi di sini aku adalah pelayar yang dahaga di dada samudera tak berpantai betapa pun keteguk darinya dahaga tak pernah langsai | Lain-lain | 28.03.2010 |
saya nak dpt kan,sinopsis novel antologi tesk kesusasteraan melayu moden kbsm yg bertajuk madu ilmu.di bahagian drama yg bertajuk lima perwira,karya kala dewata | Sinopsis bagi drama yang berkenaan terdapat pada halaman 167 buku teks Madu Ilmu. Sila rujuk buku tersebut. | Lain-lain | 12.05.2010 |
bolehkah saya mendapatkan sajak bertajuk "sajak dan iblis" karya sabar bohari??? | Terima kasih atas soalan saudara. Saudara boleh merujuk di majalah Mastika keluaran Mei 1967 yang bertajuk "Syaitan dan Iblis". Saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, tingkat 3, Menara DBP untuk mendapatkan bahan ini. Sekian terima kasih | Lain-lain | 08.10.2010 |
Assalamulaikum dan salam sejahtera tuan/puan, Mohon pihak DBP dapat mengulang Cetak buku bertajuk Teknik Dalam Silat Melayu tulisan Arwah Tuan Haji Anuar Abd Wahab dan buku bertajuk Seni Silat Melayu: Sejarah, Perkembangan dan Budaya tulisan Abd. Rahman Ismail. buku-buku tersebut penting sebagai rujukan bagi dunia persilatan. sekian terima kasih | Assalamulaikum dan salam sejahtera tuan. Pihak DBP akan melihat dan mengkaji keperluan buku tersebut. Pihak DBP juga akan melihat aras atau baki stok buku tersebut sebelum dilakukan cetak ulang. Sekian terima kasih. | Lain-lain | 26.07.2009 |
Saya ingin mendapatkan buku bertajuk FAJAR DI HUJUNG MALAM, Karya Hasan Ali, terbitan DBP tahun 1992. Boleh bantu saya ? | Salam tuan budiman, Buku Terbitan DBP Berdasarkan semakan buku tersebut dengan Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, DBP. Dimaklumkan bahawa, buku bertajuk FAJAR DI HUJUNG MALAM, Karya Hasan Ali, terbitan DBP tahun 1992, sudah tiada dalam stok di kedai buku DBP. Buat masa ini juga, tiada cetak ulang bagi buku tersebut. Walaubagaimanapun, untuk tujuan rujukan dan pinjaman, buku tersebut boleh diperoleh dalam simpanan Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), DBP di Aras 3, Menara DBP, 50460 Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Encik Salman bin Zainol melalui talian telefon 03-2147 9637. Bersama-sama ini disertakan maklumat kedudukan simpanan buku tersebut dalam sistem http://pustaxa.dbp.gov.my/ Sekian, terima kasih.
| Lain-lain | 26.10.2019 |
Saya ingin makluman mengenai status penerbitan manuskrip saya bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' Rujukan DBP/428/100-1/1/1/90 K.11(123). | Salam tuan budiman, manuskrip bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' telah selesai disunting, dan telah diemelkan kepada penulis untuk semakan dan pengesahan penulis. Sebarang pertanyaa berhubung perkara di atas, bolehlah menghubungi: Puan Raba’ah Jaffar, Penolong Editor, Bahagian Buku Umum melalui talian telefon 03-21479429 atau e-mel rabaah@dbp.gov.my | Lain-lain | 03.12.2019 |
Ada satu buku bertajuk "Menjejaki Dinasour Abad Millineum". Buku itu hendak menceritakan mengenai penjejakian dinasour di Abad Milinia ini. Adakah tajuk buku sebegitu memadai iaitu tanpa diletakkan perkataan DI sebelum perkataan ABAD? Terima kasih | Selamat Tengah Hari, Ayat yang betul ialah "Menjejaki Dinasour pada Abad Millineum". Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 13.06.2016 |
Ahmad membaca buku bertajuk “Bukit Rahsia” yang ditulis oleh Idris Rahman. Adakah tajuk buku itu perlu ada tanda pengikat/petik? Terima kasih | Tajuk buku hendaklah diitalikkan dan tidak perlu dibuat tanda petik. | Karya | 24.04.2012 |