Saya ingin makluman mengenai status penerbitan manuskrip saya bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' Rujukan DBP/428/100-1/1/1/90 K.11(123). | Salam tuan budiman, manuskrip bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' telah selesai disunting, dan telah diemelkan kepada penulis untuk semakan dan pengesahan penulis. Sebarang pertanyaa berhubung perkara di atas, bolehlah menghubungi: Puan Raba’ah Jaffar, Penolong Editor, Bahagian Buku Umum melalui talian telefon 03-21479429 atau e-mel rabaah@dbp.gov.my1"> 1"> | Lain-lain | 03.12.2019 |
Saya guru buku teks SMK Taman Molek Johor Bahru. Saya ingin membuat aduan berkaitan buku yang diterima pada 1 Januari 2015 bertajuk SEJAMBAK BAKTI TINGKATAN 1(F051123) tidak cukup muka surat. Jumlah buku yang bermasalah ini sebanyak 46 buah. Saya berharap pihak tuan dapat mengambil tindakan segera memandangkan jumlah buku yang bermasalah ini melibatkan 46 orang pelajar. Sekian terima kasih. | Untuk maklumat yang berkaitan mohon hubungi Encik Abdul Khalid bin Mohd Diah, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-89611836, 012-3176678 atau e-mel pp@dbp.gov.my. 1"> | Lain-lain | 14.01.2015 |
As salam tuan dan cik di talian, Berdasarkan rangkap sajak di bawah( Sajak Kunci Bahasa, antologi komsas BM Tg 1 kegunaan 2015 bertajuk Kuingin Berterima Kasih) Bahasa bermaruah tidak berbilur bahasa di lidah bolehkah kalau maksud sajak ini ditulis Bahasa yang bersopan, akan meninggalkan kesan kepada pendengarnya. Sekian, terima kasih. | Pada pandangan kami, rangkap sajak ini membawa maksud menggunakan bahasa yang indah, tidak menjatuhkan maruah dan menyakiti orang, sebaliknya bahasa yang bersopan dapat meninggalkan kesan positif kepada pendengar. | Lain-lain | 26.11.2014 |
Terima kasih kerana menjawab soalan saya yang lalu.Kali ini saya ingin bertanya adakah penggunaan tanda petik ( " " ) dalam ayat berikut betul: 1. Buku itu bertajuk "Harimau Malaya". 2. Kita sering menemukan papan tanda dengan ejaan yang salah seperti "Laluan Motorsikal", "Kedai Repair Kereta" dan sebagainya. | Penggunaan tanda petik dalam ayat-ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 08.10.2011 |
Sekiranya tajuk rencana adalah dalam bahasa Inggeris, bagaimanakah cara penulisannya? Adalah perlu diletak tanda pembuka dan penutup kata? Contoh ayat adalah seperti berikut: 1. Penyiar TV Arts & Entertainment menyiarkan filem rencana berkenaan kegiatan John bertajuk, Headhunters of the Amazon. 2. Italian Cosmopoliton menerbitkan artikel yang panjang lebar tentang bengkel-bengkelnya di Eropah yang bertajuk Shapeshifting. | Menurut buku Gaya Dewan, tajuk rencana dalam bahasa Inggeris perlu ditulis dengan huruf condong. | Ejaan | 04.10.2011 |
Ayat seperti ayat (1) disalahkan oleh Dr. Asraf dalam buku tatabahasa beliau Petunjuk Bahasa Melayu Baku KBSM (1989) pada halaman ke-170: (1) Bangunan itu tertinggi. Penyalahan ini dilakukan kerana beliau mendakwa bahawa sifat yang berawalan ter- seperti "tertinggi" tidak dapat bekerja cerita sebaliknya perlu dibetulkan kepada "paling tinggi" seperti ayat (1) (a): (1) (a) Bangunan itu paling tinggi. Saya hendak menanyakan sebab penyalahan ayat (1)? Ayat 1 (a) memang tepat kerana bahagian kata penguat "paling" dan bahagian kata sifat "tinggi" dapat membentuk frasa sifat "paling tinggi" yang dapat bekerja cerita, tetapi mengapatah kata sifat "tertinggi" sendiri tidak dapat menjadi frasa sifat? Bukankah satu kata seperti "tertinggi" apabila menjadi cerita, memegang kuasa frasa, maka "tertinggi" bukan lagi kata, tetapi frasa kerana hanya frasa yang dapat bekerja benda dan cerita. Namun begitu, Dr. Asraf menyalahkan sifat ter- "tertinggi" yang bekerja cerita pula. Apakah alasan beliau? Penyalahan ini bukan sahaja ditunjukkan dalam buku Petunjuk Bahasa Melayu Baku KBSM, malah buku Dr. Asraf yang lain yang bertajuk tatabahasa SPM 4 & 5 Nexus Asasi keluaran Sasbadi, hasil kerjasama penulisan beliau dengan Dr. Supian Mohd. Noor dan Ramlah Razali pada halaman ke-111. Adakah Dr. Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan juga mendakwa bahawa sifat yang berawalan ter- seperti tertinggi, tercantik tidak dapat bertugas cerita? | Tuan/puan, apakah yang dimaksudkan dengan "tidak dapat bertugas cerita"? Untuk makluman tuan/puan, DBP menggunakan buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan utama dalam menjawab pertanyaan bahasa. Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, tuan/puan hendaklah mengemukakan pertanyaan kepada yang lebih arif yang tidak terikat dengan rujukan DBP atau melakukan penyelidikan. Harap maklum. | Tatabahasa | 27.12.2016 |
apakah isi yang perlu ada untuk membuat satu assignment yang bertajuk sentimen perkauman di kalangan masyarakat malaysia | Antaranya anda perlu beberapa topik seperti : 1. Sejarah Pelbagai Kaum 2. Kenapa pemisahan kaum mengikut populasi berlaku 3. Faktor Penarik 4. Faktor Penolak 5. FAktor Pendorong Walaubagaimanapun ini hanya cadangan, dan anda boleh memperincikan dengan merujuk buku sejarah dan peristiwa terbitan DBP. | Lain-lain | 16.08.2007 |
selamat sejahtera saya ingin bertanya mengenai tajuk pembentangan yang bertajuk 'Warga yang Berbudaya,Memahami Tradisi Bangsa'.Apakah yang perlu saya bincangkan mengenai tajuk tersebut? | Sila rujuk bahan ini : 1. Warga yang berbudaya, memahami tradisi bangsa oleh AGA Dewan Budaya 01/01/2007. 2. Budaya identiti bangsa [diwawancara oleh Ghafar Abdullah] A. Aziz Deraman Dewan Budaya 01/10/1986. 3. Cabaran dan masa depan Dasar Kebudayaan Kebangsaan A. Aziz Deraman Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 01/12/2004. 4. Menghayati budaya bangsa Hassan Ahmad Dewan Budaya 01/08/2004 T | Lain-lain | 07.08.2007 |
salam.. 1)boleh terangkan penggunaan kata ''melalui'' sebagai kata kerja dengan terperinci. 2)apa itu frasa endosentrik?contoh penggunaan ayat? trma ksih.. | 1. Melalui daripada kata dasar lalu membentuk kata baru yang membawa pelbagai makna. Apa yang fahamkan daripada soalan saudara bukanlah makna langsung dari perbuatan lalu tetapi makna baru seperti melalui yang bermaksud "dengan perantaraan" atau "menerusi", contoh ayatnya: Rancangan Dewan Bahasa di udara seringkali disiarkan melalui radio dan Ahmad telah memajukan tuntutannya melalui peguamnya. 2. Frasa endosentrik ialah frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif kerana frasa-frasa ini mempunyai satu unsur inti yang dapat menjadi wakil bagi frasanya. Frasa nama, misalnya, mempunyai kata nama sebagai unsur intinya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 81 dan artikel bertajuk "Konsep Endosentrik dan Eksosentrik" dalam akhbar Berita Harian, 31 Julai 2000 yang ditulis oleh Nik Safiah Karim. | Tatabahasa | 01.08.2011 |
Pengetahuan saya tentang penulisan adalah sangat lemah. Saya berhasrat untuk menghasilkan dan menerbitkan sebuah buku yang bertajuk - Teknik dan Panduan Jawab Sains UPSR. Buku ini diharap akan menjadi buku panduan seluruh pelajar sekolah rendah di Malaysia. Bolehkah pihak tuan membantu saya dalam 1. penyediaan manuskrip. 2. cipta 3. ilustrasi 4. penerbitan | Sdr. wangsapertiwi, salah satu matlamat DBP adalah menerbitkan buku yang dikendalikan oleh Jabatan Penerbitan. Terdapat beberapa bahagian dalam Jabatan Penerbitan yang menerbitkan buku bahasa, buku sastera, buku kanak-kanak dan remaja, buku teks sekolah, buku umum dan majalah. Semua penerbitan dalam bahasa Melayu merangkumi pelbagai bidang ilmu untuk memenuhi keperluan pembaca. Menjawab soalan sdr. setakat ini DBP tidak membuat perolehan judul yang berkaitan dengan teknik dan panduan menjawab soalan untuk sekolah rendah atau sekolah menengah. Bahagian Buku Sekolah hanya menerbitkan buku teks untuk sekolah rendah dan menengah yang diperlukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Manakala Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja pula menerbitkan buku sokongan pendidikan sebagai bacaan tambahan kepada buku teks. Jika sdr. berminat untuk menulis dengan DBP, bolehlah diajukan permohonan untuk mengikuti bengkel penulisan buku kanak-kanak dan remaja pada tahun 2014. Sila emelkan kepada: rosnah@dbp.gov.my. Sekian, terima kasih. Hajah Rosnah Awang Ketua Editor Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja Jabatan Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 29.10.2013 |