Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.ju/.ta.ju/] | برتاجوق - تاجوق

Definisi : bertingkat-tingkat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertajuk-tajuk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang dimaksudkan dengan keragaman bahasa?

Dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang Melayu, Za'ba membahagikan ragam bahasa atau gaya bahasa kepada dua bahagian, iaitu gaya cakap mulut dan gaya surat. Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ragam bahasa dibahagikan kepada tajuk-tajuk berikut :

 i. Ragam bahasa lisan

ii. Ragam bahasa Melayu tulisan

iii. Bahasa-bahasa daerah

iv. Laras-laras bahasa Melayu moden.

Sila rujuk buku-buku berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Makna24.02.2008
selamat sejahtera saya ingin bertanya mengenai tajuk pembentangan yang bertajuk 'Warga yang Berbudaya,Memahami Tradisi Bangsa'.Apakah yang perlu saya bincangkan mengenai tajuk tersebut?Sila rujuk bahan ini : 1. Warga yang berbudaya, memahami tradisi bangsa oleh AGA Dewan Budaya 01/01/2007. 2. Budaya identiti bangsa [diwawancara oleh Ghafar Abdullah] A. Aziz Deraman Dewan Budaya 01/10/1986. 3. Cabaran dan masa depan Dasar Kebudayaan Kebangsaan A. Aziz Deraman Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 01/12/2004. 4. Menghayati budaya bangsa Hassan Ahmad Dewan Budaya 01/08/2004 TLain-lain07.08.2007
Ahmad membaca buku bertajuk “Bukit Rahsia” yang ditulis oleh Idris Rahman. Adakah tajuk buku itu perlu ada tanda pengikat/petik? Terima kasihTajuk buku hendaklah diitalikkan dan tidak perlu dibuat tanda petik.Karya24.04.2012
Sekiranya tajuk rencana adalah dalam bahasa Inggeris, bagaimanakah cara penulisannya? Adalah perlu diletak tanda pembuka dan penutup kata? Contoh ayat adalah seperti berikut: 1. Penyiar TV Arts & Entertainment menyiarkan filem rencana berkenaan kegiatan John bertajuk, Headhunters of the Amazon. 2. Italian Cosmopoliton menerbitkan artikel yang panjang lebar tentang bengkel-bengkelnya di Eropah yang bertajuk Shapeshifting.Menurut buku Gaya Dewan, tajuk rencana dalam bahasa Inggeris perlu ditulis dengan huruf condong.Ejaan04.10.2011
apakah yang dimaksudkan dengan ragam bahasa. contoh- contoh ragam bahasa. serta kepentingan ragam bahasa

Dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang Melayu, Za'ba membahagikan ragam bahasa atau gaya bahasa kepada dua bahagian, iaitu gaya cakap mulut dan gaya surat. Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ragam bahasa dibahagikan kepada tajuk-tajuk berikut :

 i. Ragam bahasa lisan

ii. Ragam bahasa Melayu tulisan

iii. Bahasa-bahasa daerah

iv. Laras-laras bahasa Melayu moden.

Sila rujuk buku-buku berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Makna23.02.2010
Selamat Pagi, Dimohon khidmat nasihat untuk tajuk draf penulisan saya yang bertajuk : "Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Dari Menghadiri Kuliah Tepat Pada Masanya di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Seberang Perai, Malaysia" Sekian, terima kasih, Penulis.

Tajuk ini boleh dibaiki seperti dua cadangan yang berikut:
(1)  Faktor yang Mempengaruhi Pelajar Menghadiri Kuliah Tepat pada Masanya di Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
       Politeknik Seberang Perai, Malaysia.
(2)  Faktor yang Mempengaruhi Pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Seberang Perai, Malaysia Menghadiri 
      KuliahTepat pada Masanya.

Tatabahasa02.06.2014
Assalamualaikum, Saya bercadang untuk mengadakan program komunti bertajuk "Garbageman Day" untuk meraikan petugas dalam sektor pembersihan. Untuk makluman pihak tuan/puan, tajuk program ini telah diasaskan dan dilaksanakan di luar negara sejak tahun 2011. Pada pendapat pihak tuan/puan, adakah "Garbageman Day" boleh dikategorikan sebagai kata nama khas atau saya perlu menukar tajuk tersebut dalam Bahasa Melayu? Apakah cadangan pihak tuan/puan sekiranya perlu ditukar kepada Bahasa Melayu? Sekian, terima kasih.Pihak kami mencadangkan "Garbageman Day" sebagai "Hari Pemungut Sampah" dalam bahasa Melayu.Istilah02.06.2020
Saya sedang membuat terjemahan buku cerita bahasa Inggeris bertajuk Alice in Wonderland. Apabila diterjemahkan, tajuk buku itu akan menjadi Alice di Alam Ghaib. Soalan saya, bagaimanakah pembahagian suku kata untuk perkataan Alice itu?

Terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata)  dengan pemenggalan sebutan bagi kata bahasa Melayu.  Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan.  Lazimnya pemenggalan suku kata perkataan dalam bahasa Melayu sahaja.  

Tatabahasa12.09.2018
Ada satu buku bertajuk "Menjejaki Dinasour Abad Millineum". Buku itu hendak menceritakan mengenai penjejakian dinasour di Abad Milinia ini. Adakah tajuk buku sebegitu memadai iaitu tanpa diletakkan perkataan DI sebelum perkataan ABAD? Terima kasihSelamat Tengah Hari,

Ayat yang betul ialah "Menjejaki Dinasour pada Abad Millineum". Sekian, terima kasih.
Tatabahasa13.06.2016
Assalamualaikum team DBP. Saya sedang menjalankan kajian bertajuk "Pertumbuhan antara negeri di Malaysia". Jadi saya ingin bertanya jika saya hendak menulis tajuk yang kesemua awalan huruf adalah besar, adakah saya perlu menulis "antara" dengan huruf A besar seperti ini - "Pertumbuhan Antara Negeri di Malaysia". Ataupun seperti ini - "Pertumbuhan antara Negeri di Malaysia". Terima kasih banyak atas perhatian tuan/puan. Selamat berpuasa.Penulisan tajuk yang betul ialah  "Pertumbuhan antara Negeri di Malaysia". Ejaan16.05.2020
123

Kembali ke atas