Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.taq.wa] | برتقوى

Definisi : mempunyai sifat takwa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.taq.wa] | برتقوى

Definisi : menaruh perasaan takut, kasih, hormat, serta patuh kpd Allah: Sesungguhnya orang yg paling ~ kpd Allah ialah orang yg benar-benar taat kpd perintah-Nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takwa
Kata Terbitan : bertakwa, ketakwaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Adakah selepas elipsis pada awal ayat, digunakan huruf kecil, contoh ayat, ("...aku akan ikut" balas Fahmi.) Adakah sama juga kaedah penulisan elipsis pada awal ayat untuk penulisan petikan terjemahan al-Quran dan hadis? Dimulakan huruf kecil atau besar. Terima kasih.

Elipsis ialah tiga titik berderet (...) yang mempunyai jarak biasa yang boleh digunakan sebagai penanda pengguguran teks, khususnya petikan, sama ada pada bahagian awal, bahagian tengah atau bahagian akhir sesuatu ayat atau teks.

Oleh yang demikian, selepas tanda elipsis pada awal ayat atau teks perlu dijarakkan dan diikuti dengan huruf besar. Contoh “ ... Aku akan ikut,” balas Fahmi. Demikian juga petikan terjemahan al-Quran, contohnya ... Sesiapa yang bertakwa dengan Allah ... . (Surah al-Talaq 65:2)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 117-118.

Tatabahasa03.07.2025

Kembali ke atas