Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tan.da] | برتندا

Definisi : 1. ada tandanya, bercap dgn (tanda nama dll): penutupnya ada ~ rusa, kotaknya dicetak dgn perkataan yg berbentuk lekuk dan warna-warni; 2. sudah bertunang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tanda
Kata Terbitan : petanda, pertanda, bertanda, menanda, menandai, menandakan,

Puisi
 

Kain batik kain pelikat,
     Batu di sawah bunga mencena;
Tuan cantik saya tak mendapat,
     Khabarnya tuan sudah bertanda.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Ditangkap buaya,
     nampak riaknya;
ditangkap malas tak bertanda.

Bermaksud :

Sifat malas seseorang tak dapat dilihat sebelum disuruh membuat sesuatu kerja.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum tuan/puan, Mohon khidmat nasihat berkaitan pengguna perkataan masing-masing. Ayat yang mana paling tepat atau betul? 1. Empat peket plastik bertanda "K1" hingga "K4" 2. Empat peket plastik masing-masing bertanda "K1" hingga "K4" 3. Empat peket plastik masing-masing bertanda "K1", "K2", "K3" dan "K4" sekian terima kasih.

Ketiga-tiga ayat tersebut boleh digunakan dengan penambahbaikan yang berikut:

1. Empat paket plastik bertanda K1 hingga K4.

2. Empat paket plastik masing-masing bertanda K1 hingga K4.

3. Empat paket plastik masing-masing bertanda K1, K2, K3 dan K4.

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2014), halaman 431 - 575.

Tatabahasa08.11.2024
Saya mempunyai beberapa pertanyaan dan cadangan. 1. Adakah perkataan-perkataan yang bertanda “id” seperti perkataan “bisa” yang membawa maksud “boleh” dikira sebagai kata pinjaman dari bahasa Indonesia dan boleh digunakan dalam bahasa Melayu? 2. Adakah perkataan “karna” yang bertanda bp merupakan kata serapan dari bahasa Indonesia? Atau ianya bahasa percakapan dalam kalangan penutur bahasa Melayu? 3. Adakah perkataan “apakah” dan “adakah” mempunyai makna yang sama? 3. Saya ingin mencadangkan kepada pihak DPB untuk menyerap dan merakamkan perkataan “ghibah” yang bermaksud mengumpat dalam bahasa Arab di dalam Kamus Dewan sebagai alternatif/sinonim bagi perkataan “umpat”.1. Bahasa Indonesia (yang berlabel Id dalam kamus DBP) dikategorikan sebagai bahasa serumpun dan mempunyai ciri-ciri yang sama dengan bahasa Melayu. Pengguna bahasa boleh menggunakan kata-kata daripada bahasa serumpun tersebut dalam berkomunikasi, yang sesuai dengan khalayak, makna dan konteksnya.

2. Kata karna dalam kamus terbitan DBP ialah penggunaan masyarakat dalam bahasa percakapan atau bahasa basahan dalam bahasa Melayu.

3. Kata apakah dan adakah tidak mempunyai makna yang sama. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 11 dan 124) dan Tatabahasa Dewan.

4. Kata ghibah telah pun terakam dalam kamus terkini terbitan DBP; Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 684) seperti yang berikut:

ghibah
kata nama
kata-kata yang dituturkan untuk memburuk-burukkan orang lain di belakangnya, biasanya boleh menimbulkan kemarahan, dendam dan sebagainya; umpat:
Islam mengharamkan ghibah kerana boleh mengakibatkan perbalahan dan menimbulkan permusuhan.
Makna27.05.2023
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Adakah perkataan-perkataan bertanda IB atau Indonesia Belanda boleh digunakan dalam penulisan formal bahasa Melayu atau hanya disertakan untuk tujuan rujukan? Terima kasih.
Perkataan yang terakam dalam Kamus Dewan yang ditandai dengan IB tidak digalakkan digunakan dalam penulisan rasmi. Pengguna bahasa di Malaysia, perlulah mengutamakan penggunaan bahasa Melayu dalam penulisan dan mengikut konteks bidang tertentu. 
Tatabahasa14.02.2021
Assalamualaikum Saya ingin bertanyakan berkaitan perkara yang bertanda warna merah. Adakah ayat seterusnya huruf kecil atau seperti cth yang disertakan. Terima kasihAyat tersebut boleh dikekalkan penggunaan huruf besar pada permulaan setiap perkataan kerana nama program merupakan nama khas, iaitu nama yang merujuk kepada sesuatu yang khusus seperti manusia, tempat atau benda.Tatabahasa11.11.2019
Tepatkah penggunaan huruf besar / kecil untuk ayat yang bertanda " "berikut: Noni tinggal di "bandar raya Kota Bharu Islam / Islamik"?Kota Bharu Bandar Raya Islam .Tatabahasa07.03.2007
Soalan pertama: Apakah definisi Institusi? Soalan Kedua: Apakah yang dimaksudkan dengan "Institusi" yang bertanda bintang (*) pada borang pendaftaran pelanggan/pengguna baru Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) DBP, dan apakah yang patut ditulis pada ruangan tersebut? Agak membingungkan bagi pendaftar baru di kalangan orang awam. Terima Kasih.

Institusi bermaksud:

1. Badan atau organisasi yang ditubuhkan untuk sesuatu tujuan tertentu. Contohnya, institusi kewangan bank, institusi pengajian tinggi universiti atau maktab dan sebagainya.

2. Sesuatu seperti agama, ciri-ciri budaya dan lain-lain yang sudah berakar umbi atau menjadi kukuh dalam masyarakat. Contohnya, institusi pawang, bomoh atau dukun yang sudah ada dalam budaya Melayu sejak berabad-abad lamanya.

 

Institusi yang bertanda (*) pada borang pendaftaran pelanggan/pengguna baru Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) DBP bermaksud seseorang pelanggan/pengguna itu daripada badan atau organisasi mana. Contohnya, institusi kewangan, institusi pengajian tinggi, maktab, pelajar sekolah, pekerja swasta dan sebagainya.
Lain-lain12.02.2021
Tepatkah ayat berikut dari segi penggunaan huruf besar / kecil bagi yang bertanda " ": Hazman tinggal di "bandar raya Melaka Bersejarah."Penggunaan huruf besar atau kecil yang betul ialah 'Hazman tinggal di Bandar Raya Melaka Bersejarah kerana bandar raya tersebut digandingkan dengan penerang nama khas.Tatabahasa01.03.2007
saya ingin bertanya, pada bahagian glosari dialek kelatan, terdapat fonetik yang yan bertanda petak ([]) seperti yang saya lampirkan sebagai gambar untuk entri congok. adakah bentuk tersebut dikira sebagai fonetik? minta penjelasan . terima kasihTanda kurung yang dimaksudkan ialah kurung suku yang digunakan untuk untuk mengapit huruf atau perkataan. Ini bukanlah simbol fonetik tetapi digunakan dalam bidang fonetik untuk mengapit huruf/kata.Tatabahasa23.04.2020
Kami ingin mendapat nasihat daripada pegawai Dewan Bahasa bagi susunan ayat yang melibatkan perkataan bertanda sempang (-). Sila rujuk lampiran di bawah.Penggunaan tanda sempang pada ayat nombor satu (1) dan tiga (3) adalah betul.Ejaan15.05.2024
Adakah 'kubur tidak bernisan' padanan sesuai untuk 'unmarked grave'?Padanan yang sesuai ialah "kubur tidak bertanda"Istilah05.09.2018
1234

Kembali ke atas