maksud pertandingan | Pertandingan membawa maksud; perihal bertanding, perlawanan (bola dll), perlumbaan (berlari, berenang, dll), peraduan: satu ~ menembak dgn menggunakan pistol akan diadakan di Jalan Padang Tembak; 2. perihal bersaing, perlumbaan (utk mencapai kejayaan dll), persaingan; 3. perbandingan. | Makna | 24.04.2009 |
Saya petik ayat ini dari Utusan Online. "...jauh meninggalkan pencabar 'sekejab mahu bertanding sekejab tidak' iaitu..." Setahu saya ejaan yang betul ialah sekejap, bukannya sekejab. Mohon penjelasan. | Ejaan yang betul ialah sekejap, tidak ada ejaan sekejab (kejab) dalam sumber rujukan kami. | Ejaan | 17.11.2010 |
Apakah bezanya syarahan dengan pidato dari segi penyampaian dan nada suara ketika bertanding ? Saya selalu mengambil bahagian dalan pertandingan syarahan Bahasa Malaysia antara sekolah. teks syarahan disediakan oleh pihak JPN. Namun saya adakalanya dikomen terlalu keras dan garang seperti berpidato. Harap huraikan dengan terperinci agar saya tidak serba salah. | Mengikut Kamus Dewan, syarahan dan pidato sama maksudnya. Oleh itu, tidak ada ciri khusus yang membeza antara kedua-dua kata tersebut. | Makna | 02.12.2008 |
Adakah penggunaan `baru-baru` dalam ayat berikut betul? ~Pengawas yang segak itu baru -baru sahaja dilantik sebagai ketua pelajar sekolah tersebut. penggunaan kata`haluan` ~haluan ke rumahnya sangat sempit ~pakar bahasa diminta untuk menyemak haluan kata buku karangan penulis itu ~para peserta yang bertanding dalam kira cepat itu dikehendaki menjumlahkan angka-angka dalam masa yang ditetapkan ~jarang sekali dia balik ke kampung selepas pindah ke K.L ~penduduk taman itu menceritakan tentang masalah serangan anjing liar ~cikgu memaklumkan bahawa peperiksaan akan dijalan dalam masa 2 minggu | Pengawas yang segak itu baru sahaja dilantik sebagai ketua pelajar sekolah tersebut. Laluan ke rumahnya sangat sempit. Manakala soalan-soalan yg lain, sila diolah semula agar pihak kami dapat bertindak selanjutnya. T.kasih. | Lain-lain | 11.09.2008 |
menama atau menamakan? terima kasih | Salam sejatera, Tiada istilah menama dalam bahasa Melayu. Hanya terdapat istilah menamakan yang bermaksud memberikan sesuatu gelaran sbg nama; menjadikan sesuatu sbg nama: Dia menamakan Adli kepeda anaknya. Orang Melayu telah menamakan tir bagi buah catur yang berbentuk seperti kota. 2 mencalonkan seseorang (utk bertanding dlm pilihan raya dll); mencadangkan atau memberikan nama seseorang sbg wakil (calon dsb): Mereka menemakan beberapa orang calon dalam pemilihan itu. | Tatabahasa | 25.11.2012 |
salam hormat, apakah makna tajuk: Keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar dan remaja,di mana penyelesaiannya??? Terima kasih... | Sdr Frederick anak Gon, Pertanyaan sdr ini berkaitan dengan tajuk Pertandingan Forum Remaja dan Pelajar 2009 yang dianjurkan oleh DBP, kini sedang giat berlangsung di seluruh negeri. Kami menasihat agar sdr membaca buku dan majalah yang berkaitan dengan akhlak Remaja dan Pelajar. Sdr juga dinasihatkan agar berbincang dan berlatih bersungguh-sungguh dengan rakan-rakan supaya bersedia untuk menyertai pertandingan ini. Selamat membaca dan bertanding. | Lain-lain | 29.04.2009 |
salam sejahtera: adakah sesuai jika saya menggunakan kosa kata yang baru dikeluarkan untuk disematkan dalam teks forum pasukan sekolah kami? untuk makluman tuan, pasukan kami telah menjuarai pertandingan forum remaja peringkat bahagian dan saya mendapati bahawa masih ada kekurangan dalam teks yang saya olah...tajuk: keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar dan remaja,di mana penyelesaiannya? saya ingin mendapatkan tips daripada tuan dan saya berharap ada tips yang berguna untuk kami supaya dapat menjuarai sekali lagi pertandingan forum remaja peringkat negeri sarawak pada tahun ini.. salam hormat, frederick.. | Pihak panel penilai semasa mengadili pertandingan sentiasa mematuhi peraturan pemarkahan dari setiap aspek yang ditetapkan pihak penganjur. Penggunaan kosa kata yang betul semasa bertanding akan diambil kira dalam pemberian markah. Pihak tuan digalakkkan banyak merujuk Kamus Dewan dan buku Tatabahasa Dewan untuk memastikan ketepatan sesuatu perkataan dan ayat. | Istilah | 29.04.2009 |
Bagaimana cara menganalisis gaya bahasa cerpen dan contohnya. Selain itu boleh lampirkan contoh ucapan perasmian untuk mesyuarat agung sekolah atau pengacara pertandingan nasyid sekolah. | 1. Gaya bahasa dalam cerpen merupakan "gaya bercerita". Justeru untuk menganalisisnya memerlukan kefahaman inti cerita. Apakah jenis penerangan, dialog atau satira? Paling utama gaya bahasa yang digunakan harus "lebih menggambarkan daripada menjelaskan". 2. Ucapan perasmian - contohnya dapat diakses/dicapai dalam internet. 3. Skrip pengacara pertandingan perlu meliputi: i. Sapaan - tetamu. ii. Objektif pertandingan. iii. Hadiah pertandingan. iv. Nama peserta/pasukan bertanding. v. Urutan/ atur cara pertandingan. vi. Rakaman terima kasih kepada semua yang terlibat. | Lain-lain | 05.03.2009 |