1. Kita harus bersikap bertanggungjawab. / Kita harus bertanggungjawab. 2. Kita patut bersikap bermurah hati. / Kita patut bermurah hati. | Saudara Ang, Ayat yang dikemukakan kesemuanya tidak salah. Penggunaannya bergantung pada gaya dan cara penyampaian penulis. | Tatabahasa | 15.03.2010 |
Siapakah yang bertanggungjawab memastikan capaian internet agar berjalan lancar? | Bahagian yang bertanggungjawab memastikan capaian internet agar berjalan lancar ialah Bahagian Sistem Maklumat, DBP. | Lain-lain | 22.06.2009 |
Terjemahan "Desk Officer" ke Bahasa Melayu. Sama ada pegawai bertanggungjawab atau pegawai rujuk | Tidak ada padanan Bahasa Melayu untuk"Desk Officer " dalam data kami. Menurut carian kami "Desk Officer" merujuk kepada penyelia yang bertugas di balai polis yang bertanggungjawab memastikan keselamatan barangan berharga, menjaga bahan bukti dan lain-lain yang berkepentingan. Oleh itu, cadangan terjemahan yang sesuai ialah pegawai bertanggungjawab. | Makna | 24.04.2019 |
Tepat atau tidak ayat di bawah: Jawatankuasa ini bertanggungjawab mengenalpasti beberapa garis panduan untuk diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan dan mempercepatkan adjudikasi kes-kes pertikaian. | Ayat yang betul : Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mengenal pasti beberapa garis panduan bagi diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan dan mempercepat adjudikasi kes-kes pertikaian. | Tatabahasa | 12.05.2008 |
Salam. Harap pihak tuan/puan dapat mengesahkan pengejaan perkataan di bawah: - BUDIBICARA / BUDI BICARA - BERTANGGUNGJAWAB / BERTANGGUNG JAWAB - WARGANEGARA / WARGA NEGARA - TATASUSILA / TATA SUSILA - BERPUASHATI / BERPUAS HATI Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul : budi bicara; bertanggungjawab; warganegara; tatasusila; berpuas hati. | Ejaan | 13.11.2009 |
Assalamualaikum tuan, Umum mengetahui bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan agensi atau badan yang bertanggungjawab dalam perancangan bahasa Melayu di Malaysia. Namun saya ada persoalan yang ingin diajukan, adakah DBP juga merupakan agensi yang bertanggungjawab dalam merancang perancangan bahasa Inggeris di Malaysia? Jika bukan siapakah yang memainkan peranan tersebut. Sekian, terima kasih. | Waalaikumussalam. Mohon tuan menghubungi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk hal berkaitan perancangan bahasa Inggeris di Malaysia. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 26.02.2017 |
Salam. Mohon pencerahan mengenai penggunaan perkataan 'ketinggalan' ataupun 'kelewatan'. Misalnya, Syarikat tidak bertanggungjawab dalam sebarang ketinggalan atau kegagalan dalam melaksanakan perjanjian ini. Adakah perkataan 'kelewatan' lebih sesuai digunakan untuk menggantikan perkataan 'ketinggalan'? Terima kasih atas bantuan pihak tuan/puan. | Syarikat tidak bertanggungjawab dalam sebarang ketinggalan atau kegagalan dalam melaksanakan perjanjian ini. Ketinggalan bermaksud tercicir di belakang kerana tidak dapat menyaingi atau kerana tidak dapat mengejar sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 22.07.2016 |
Assala Mualaikum & Salam sejahtera. Saya ingin memperolehi maklumat lebih lanjut mengenai peluang menerbitkan buku: - berkaitan pertanian (falsafah pembajaan) - berkaitan bahasa (belajar bahasa Peranchis - dalam Bahasa Melayu) Mohon diberi nama pegawai yang bertanggungjawab supaya saya dapat berhubung dengan dia/mereka. Terima kasih. | Untuk makluman saudara, Jabatan Penerbitan bertanggungjawab dalam hal penerbitan buku DBP. Bahagian-bahagian di jabatan tersebut bertanggungjawab menangani kerja penerbitan buku daripada pelbegai bidang. Bidang pertanian misalnya di pertanggungjawabkan kepada Bahagian Buku Umum, antara pegawainya ialah Encik Abd. Karim A. Bakar, e-mel karim@dbp.gov.my dan Puan Wardati Sharif, e-mel wardati@dbp.gov.my dan buku bahasa ditangani oleh Bahagian Penerbitan Bahasa. Bahagian Penerbitan Bahasa menangani buku-buku yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Untuk sekadar bertanya peluang menerbitkan bahasa-bahasa lain boleh bertanya dengan pegawainya Puan Noraini Shukor dan Encik Razid Shahran, razid@dbp.gov.my. | Lain-lain | 06.09.2011 |
Aminah membalut buku-buku teks yang telah diberi oleh gurunya. Apakah nilai murni yang kita peroleh daripada ayat ini? Menghargai harta benda atau bertanggungjawab? | Kedua-dua nilai murni, iaitu menghargai harta benda dan bertanggungjawab boleh dikaitkan dengan ayat tersebut. Untuk tujuan peperiksaan sila rujuk guru di sekolah saudara. | Lain-lain | 01.05.2013 |
tuan, saya ingin menanya tentang --> Pihak berkenaan akan bertanggungjawab "di atas/ ke atas" sebarang kemalangan yang berlaku. ?? | Kedua-dua "di atas" dan "ke atas" adalah salah. Kata arah "atas" hadir sebelum frasa nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contohnya: Buku itu ada di atas meja. Perkataan yang betul ialah "terhadap". Pihak berkenaan akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan yang berlaku. | Tatabahasa | 20.03.2012 |