1. Kita harus bersikap bertanggungjawab. / Kita harus bertanggungjawab. 2. Kita patut bersikap bermurah hati. / Kita patut bermurah hati. | Saudara Ang, Ayat yang dikemukakan kesemuanya tidak salah. Penggunaannya bergantung pada gaya dan cara penyampaian penulis. | Tatabahasa | 15.03.2010 |
Salam sejahtera. Bagaimana menentukan Kata Nama dieja dengan 1 perkataan (bertanggungjawab, warganegara, dll) dan 2 perkataan (ahli jawatankuasa, guru besar, dsb)? Apakah takrif dan panduan bagi penggunaan Kata Nama tersebut? Terima kasih. | Kata majmuk iaitu gabungan dua perkataan atau lebih yang membawa satu makna dieja dalam dua perkataan seperti bola sepak dan rumah tangga. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kata majmuk yang telah mantap dan dieja dalam satu perkataan seperti tanggungjawab, warganegara, olahraga dan pesuruhjaya. | Tatabahasa | 05.04.2013 |
Tuan, Adakah ayat-ayat di bawah betul? Jika salah, apakah sebabnya dan apakah ayat yang betul? 1) Hobi saya ialah memancing ikan. 2) Antara nilai-murninya ialah sabar. 3) Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru. 4) Akhir sekali, kita haruslah bertanggungjawab. Sekian terima kasih. | 1) Hobi saya ialah memancing ikan. - betul 2) Antara nilai-murninya ialah sabar. - betulkan ejaan nilai murni. 3) Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru. - betul 4) Akhir sekali, kita haruslah bertanggungjawab. - kata kerja bertanggungjawab memerlukan pelengkap untuk melengkapkan ayat tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 23.04.2012 |
1)bersemayam di atas mahligai(ada salah?)2)Ibu bapa bertanggungjawab dalam usaha (memupuk/pemupukan)nilai-nilai murni dalam diri anak3)Proses percubaan tanah telah dilakukan oleh pihak berkuasa untuk kelancaran projek pembinaan jalan raya di kawasan tersebut.(TOLONG BETULKAN.TERIMA KASIH.) | 1. Mahligai ialah istana yang menjadi tempat tinggal dan bukannya tempat bersemayam. 2. Ibu bapa bertanggungjawab dalam usaha memupuk nilai-nilai murni dalam diri anak. 3. Percubaan tanah telah dilakukan oleh pihak berkuasa untuk kelancaran projek pembinaan jalan raya di kawasan tersebut. | Tatabahasa | 13.09.2012 |
1) Saya nak tahu erti perkataan Akauntabiliti 2) Penerangan tentang Akauntabiliti kepada seseorang guru | 1. Akauntabiliti bermaksud sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan, justifikasi dan sebagainya yang diperlukan. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 24. 2. Berdasarkan makna di atas, maka akauntabiliti kepada sesorang guru bermaksud tanggungjawab kepada guru tersebut . | Makna | 03.04.2009 |
1. bagaimanakah penulisan kata majmuk tanggung jawab apabila ditambah dengan imbuhan ber-. bertanggungjawab atau bertanggung jawab. 2. apakah makna jargon? bolehkah pihak tuan menberikan contoh untuk perkataan jargon ini? 3. yang manakah betul, kata-kata aluan atau kata alu-aluan? 4. adakah perkataan kompelin diterima dalam bahasa melayu? atau kita sepatuttnya guna perkataan aduan? 5. sebagai kata sapaan atau rujukan dalam ucapan, yang manakah betul tuan-tuan dan puan-puan atau tuan dan puan sahaja. 6. cara penulisan yang manakah betul Yang di-Pertuan Agong, Yang di Pertuan Agong, Yang diPertuan Agong atau Yang Di Pertuan Agong? terima kasih. | 1. Ejaan yang betul ialah bertanggungjawab. 2. Jargon ialah istilah linguistik merujuk bentuk ungkapan yang dipadatkan atau diringkaskan, yang biasanya tidak lengkap dari segi tatabahasa dan digunakan dalam pertuturan bahasa basahan atau jargon khusus, misalnya BERHENTI dan BERI LALUAN pada papan tanda jalan raya. 3. Yang betul ialah Kata alu-aluan. 4. Tidak diterima, perkataan yang betul untuk maksud tersebut ialah aduan. 5. Yang biasa digunakan dalam ucapan ialah tuan-tuan dan puan-puan. 6. Yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong. | Tatabahasa | 08.10.2009 |
Bagaimanakah hendak perbetulkan ayat-ayat berikut : 1) Murid-murid khusyuk membaca buku cerita di perpustakaan. 2) Seorang murid menolak troli yang berisi penuh dengan buku-buku cerita. 3) Kita haruslah bertanggungjawab dengan menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. 4) Kita haruslah bersikap prihatin terhadap orang lain. | 1) Murid-murid membaca buku cerita di perpustakaan dengan khusyuk. 2) Seorang murid menolak troli yang penuh berisi buku-buku cerita. 3) Kita haruslah bertanggungjawab dengan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. 4) Kita haruslah prihatin terhadap orang lain. | Tatabahasa | 25.06.2012 |
1. Mengapakah masalah kesalahan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan apan ikalan harus ditangani oleh kerajaan? 2. Patutkah orang lain mengambil tanggungjawab untuk mengatasi masalah ini? 3. Apakah akta sedia ada kepada individu yang menyalah gunakan penggunaan bahasa Melayu di papan tanda dan papan iklan? | 1. Sewajarnyalah kerajaan melalui agensinya pihak berkuasa tempatan bertanggungjawab menangani masalah penggunaan bahasa pada papan tanda, papan iklan dan lain-lain penggunaan bahasa di tempat awam, kerana kerajaan berkuasa dan melalui peruntukan yang ada mampu menangani masalah tersebut. 2. Semua lapisan masyarakat bertanggungjawab dalam menangani masalah ini berdasarkan upaya dan kuasa yang ada. 3. Terdapat garis panduan untuk dalam hal penamaan jalan, banguna, tempat dan sebagainya. Walau baaimanpun akta sedang digubal untuk menguatkuasakan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan dan sebagainya dan akan ada kesannya kepada pihak yang ingkar. | Tatabahasa | 04.09.2009 |
Salam sejahtera Untuk makluman, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam sedang dalam proses menyediakan Pelan Strategik Perbadanan bagi tempoh 2014 hingga 2020. Sehubungan itu, antara Teras yang telah dipersetujui adalah seperti berikut: 1. MENDIDIK MASYARAKAT SUPAYA BERTANGGUNGJAWAB DALAM PENGURUSAN SISA PEPEJAL YANG LESTARI; 2. PENGGUNAAN TEKNOLOGI SISA PEPEJAL YANG TERKINI, KOS EFEKTIF DAN LESTARI. Merujuk kepada Teras berikut, sukacita dipohon jasa baik tuan/puan untuk melakukan semakan kesesuaian penggunaan bahasa merujuk kepada perkataan LESTARI. Segala perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini diucapkan terima kasih. Sekian. Zaitun Araship Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam 0322459335, 0127527042 | Pada pandangan kami perkataan "lestari" tidak sesuai digunakan kerana lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal, tetap. Manakala penggunaan frasa "kos efektif" tidak dibenarkan kerana tidak menetapi tatabahasa bahasa Melayu. Frasa yang boleh digunakan ialah keberkesanan kos. | Tatabahasa | 21.10.2013 |
Salam sejahtera, Encik, adakah ayat-ayat di bawah betul atau sebaliknya. 1) Pelbagai aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh pihak sekolah perlu para pelajar sertai untuk menimba pengetahuan dan pengalaman. 2) Para pelajar di sekolah itu sangat sayang akan Cikgu Hamzah yang baik hati, penyayang dan bertanggungjawab. 3) Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kediaman akan diadakan oleh kami pada minggu hadapan. 4) Puan Ani menasihati anak-anaknya agar mencontohi akan kejayaan anak-anak Puan Ainun dalam pelajaran. 5) Saya tidak tahu mengapa Adik Induk duduk di samping ibu sejak dari tadi. 6) i) Kerja-kerja memperlebar lebuh raya itu sedang dijalankan dengan giat. ii) Saya yakin akan keikhlasannya dalam menjalin persahabatan dengan saya. iii) Kereta perkarangan rumah banglo itu mewah-mewah belaka. 7) Sejak daripada tadi pemuda itu termenung di situ. 8) Ali terpinga-pinga bila ditegur oleh lelaki yang bukan dikenalinya. 9) Beberapa orang kanak-kanak merupakan penduduk yang tertinggi sekali di kampung kami. | Ayat yang betul :1. Pelbagai aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh pihak sekolah perlu disertai oleh para pelajar untuk menimba pengetahuan dan pengalaman. 2. Para pelajar di sekolah itu sangat sayang akan Cikgu Hamzah yang baik hati, penyayang dan bertanggungjawab. 3. Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kediaman akan kami adakan pada minggu hadapan. 4. Puan Ani menasihati anak-anaknya agar mencontohi kejayaan anak-anak Puan Ainun dalam pelajaran. 5. Saya tidak tahu mengapa Adik Induk duduk di samping ibu sejak tadi. 6. Ayat ini betul. 7. Sejak tadi pemuda itu termenung di situ. 8. Ali terpinga-pinga apabila ditegur oleh lelaki yang tidak dikenalinya. 9. Beberapa orang kanak-kanak merupakan jumlah penduduk yang tertinggi di kampung kami. | Tatabahasa | 14.07.2008 |