Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.nya.kan] | برتاڽاکن

Definisi : bertanya bkn sesuatu, me­minta keterangan mengenai sesuatu: maka aku pun ~lah hal negeri itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertanyakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan di antara "bertanyakan" dengan "menanyakan"?Bertanyakan bermaksud bertanya berkenaan sesuatu, manakala menanyakan bermaksud bertanya berkenaan sesuatu kepada. Lihat contoh ayat ini untuk melihat perbezaan penggunaan kedua-dua kata tersebut, "Ayah bertanyakan keadaan kesihatan Pak Long melalui anaknya" dan "Ani menanyakan doktor tentang keseriusan penyakit ibunya".Makna07.06.2013
Encik, Apakah perbezaan penggunaan perkataan 'bertanya', 'bertanyakan', 'menanya' & 'menanyakan'? Bukankah selepas perkataan 'bertanyakan' & 'menanyakan' tidak memerlukan kata sendi? Bolehkah encik memberikan penjelasan yang detail. Terima kasih.Bertanya bermaksud meminta supaya diberitahu tentang sesuatu atau meminta keterangan, contohnya maka ia bertanyalah khabar ibu dan saudaranya bertanyakan bermaksud meminta keterangan mengenai sesuatu, contohnya maka aku pun bertanyalah hal negeri itu menanya bermaksud bertanya kepada, contohnya seorang guru sekolah tempatan menanya Profesor Arthur Lew satu soalan dan menanyakan bermaksud meminta keterangan tentang sesuatu kepada, contohnya temuilah doktor utk menanyakan apakah berpenyakit atau tidak. Berdasarkan huraian dan contoh yang diambil daripada Kamus Dewan itu, perkataan bertanya dan bertanyakan banyak digunakan dalam teks lama, manakala perkataan menanya dan menanyakan banyak digunakan dalam teks moden.Tatabahasa24.06.2012
Ayat yang manakah yang betul? a. Saya ingin menanyakan beberapa soalan khusus. atau b. Saya ingin bertanyakan beberapa soalan khusus.Yang betul ialah, "Saya ingin bertanyakan beberapa soalan khusus" kerana bertanyakan bermaksud bertanya berkenaan sesuatu, meminta keterangan mengenai sesuatuTatabahasa18.12.2007
saya bertanyakan mengenai loghat(bahasa dialek) nak dapatkan rujukan, dapatlah kiranya pihak tuan membantuTerima kasih kerana menggunakan perkhidmatan khidmat nasihat bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka. Jika saudara memerlukan maklumat berkaitan bahan (loghat ) - dialek, saudara boleh mengunjungi laman web DBP (www.dbp.gov.my) dan terus ke perkhidmatan menu utama dan saudara boleh klik pada katalog awam dalam talian serta mendapatkan maklumat berkaitan bahan yang diperlukan. Terdapat banyak paparan berkaitan loghat atau dialek yang diperlukan. Terima kasih sekali lagi kerana menggunakan KNB DBP.Lain-lain08.11.2006
Saya meminta maaf kerana keliru akan keterangan yang encik berikan. Keterangan encik seolah-olah tiada wujud perbezaan antara perkataan 'bertanyakan' & "menanyakan'. Setakat yang saya maklum, 'bertanyakan' ialah kata kerja intransitif yang diikuti oleh sesuatu yang ditanya. Contohnya, Saya bertanyakan keadaan kesihatan ibunya. Kata 'bertanya' perlu diikuti oleh kata sendi. Contohnya, Saya bertanya tentang keadaan kesihatan ibunya. Manakala kata 'menanyakan' ialah kata kerja transitif yang diikuti oleh kata ganti nama atau kata nama orang yang ditanya. Contohnya, Saya menanyakan dia tentang keadaan kesihatan ibunya. Kata 'menanya' perlu diikuti oleh kata sendi. Contohnya, Saya menanya kepada dia tentang keadaan kesihatan ibunya. Adakah pemahaman saya di atas betul dari segi rumus bahasa Malaysia? Harap pihak encik dapat memberikan jawapan yang konkrit tentang soalan ini. Terima kasih.Pendapat saudara memang benar. Dalam halaman 194 dan 200, buku Tatabahasa Dewan menjelaskan bahawa kata kerja yang terhasil dengan apitan meN-...-kan ialah kata kerja transitif dan kata kerja yang terbentuk melalui beR-...-an ialah kata kerja tak transitif. Jawapan kami sebelum ini merujuk data daripada kamus.Tatabahasa25.06.2012
Saya ingin bertanyakan soalan berkaitan ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua.. Apakah perbezaan antara; 1. Surat itu telah saya tulis semalam.. 2. surat itu saya telah tulis semalam penggunaan kata bantu dalam ayatyang telah dipasifkan harus berada di kedudukan sebelum atau selepas KGND? 1. saya telah makan semalam? atau telah saya makan semalam? diharapkan pihak PRPM dapat membantu saya..Hukum Aneksi Persona ialah peraturan yang menetapkan frasa kerja pasif diri pertama atau kedua, iaitu kedudukan ruang di antara kata ganti nama diri pertama atau kedua dengan kata kerja pasif tanpa awalan tidak boleh diselitkan sebarang kata. Sebagai contohnya, ...akan saya baca ....[_/] , saya akan baca [ x].. Frasa yang betul ialah ...telah saya tulis semalam.Tatabahasa30.08.2013
Saya ingin bertanyakan jawapan sama ada dari atau daripada untuk soalan berikut : "Kami menunggu kepulangan ibu ___________ menunaikan haji di Mekah." Terima kasih!Kata sendi nama dari dan daripada tidak sesuai digunakan dalam ayat. Ayat yang betul ialah "Kami menunggu kepulangan ibu yang menunaikan haji di Mekah".Tatabahasa19.05.2013
MENGAPA PERLU BERTANYAKAN SOALAN??Ayat tanya tersebut betul.Tatabahasa30.11.2012
saya ingin bertanyakan soalan...bolehkah saya tahu,buku apakah yang boleh kita buat rujukan untuk lihat apakah fungsi dan peranan Bahasa Melayu?saya tidak mahu menggunakan sepenuhnya maklumat daripada internet...jadi saya mahu tugasan Bahasa Melayu Komunikasi saya ada sumber rujukan buku..terima kasih...Beberapa buku yang boleh tuan jadikan rujukan seperti Peranan bahasa Melayu dalam pembinaan tamadun tinggi, terbitan DBP. Untuk melihat senarai buku yang berkaitan untuk tuan jadikan rujukan, klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=peranan+bahasa+melayu&d=9.Lain-lain16.11.2012
saya ingin bertanyakan berkaitan penggunaan ayat (pihak merakamkan ucapan billion terima kasih atas keperihatinan pihak tuan). Bolehkah perkataan 'billion' digunakan bagi menggantikan 'jutaan'?. Isu ini telah mendapat maklumbalas yang negatif dari pihak pengurusan kami. mohon pihak tuan memaklumkan semula. sekian.Ungkapan "kami merakamkan ucapan terima kasih" betul dan dapat menyampaikan hasrat pemberi ucapan. Tidak perlu ada bilangan dalam merakamkan ucapan terima kasih. Walau bagaimanapun ungkapan yang dicadangkan itu tidaklah salah cuma perlu disaring penggunaannya kerana boleh memberi ruang kepada ungkapan yang lain pula seperti trilion terima kasih.Tatabahasa17.07.2012
12345678910...

Kembali ke atas