Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.taut] | برتاءوت

Definisi : 1. menjadi rapat (bkn sesuatu yg renggang, bercerai, luka, dll), berkatup rapat-rapat: kemudian bibir mereka ~ beberapa detik; 2. bercantum, berpaut (pd, dgn): sewaktu tangan mereka ~, Dewi merasakan tangan-nya diramas; 3. tumbuh serta melekat menjadi satu, berlekatan (pd, dgn): corong asap dr rumah-rumah kelihatan berkepul sebumbung atap, dan asapnya yg kelabu ~ dgn kabut pekat di udara; 4. berpusat (pd, pandangan, dll), bertumpu (pd): fikirannya ~ pd soal pelajaran; 5. bertemu (sungai dgn sungai dll): mata mereka ~ lagi, senyum masing-masing me-lebar; 6. berhu­bungan (dgn), bertalian (dgn), berkaitan (dgn): kesihatan badan ~ rapat dgn kebahagiaan hidup (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.taut] | برتاءوت

Definisi : bertemu antara satu dgn yg lain (bkn bibir, luka dll); menjadi rapat (bkn sesuatu yg renggang dll): Biduk lalu kiambang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taut
Kata Terbitan : bertaut, menautkan, mempertautkan, pertautan,

Puisi
 

Pokok keladi di tepi paya,
     Bunga teratai kembang bertaut;
Kalau berbudi pada yang kaya,
     Sama mencurah garam ke laut.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti kiambang dilempar.

Bermaksud :

Bercerai sebentar, lalu berkumpul kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Boleh saya tahu jika "Majlis bertaut kasih" ini boleh digunakan untuk majlis pertunangan dan pernikahan? Terima kasih.Frasa “Majlis Bertaut Kasih” boleh digunakan untuk majlis pertunangan dan perkahwinan.  Tatabahasa15.07.2024
Assalamualaikum saya ingin bertanya, bagaimanakah cara untuk saya menemui penulis kumpulan cerpen "Biduk Lalu Kiambang Bertaut", Darus Ahmad Apakah prosedur yang perlu saya lalui untuk menemuinya? Adakah perlu saya menghubungi DBP atau terus berhubung dengannya? sekian terima kasihWaalaikumusalam wbk. Terima kasih atas komitmen sdr. itu. Dalam hal ini, kami difahamkan penulis kumpulan cerpen "Biduk Lalu Kiambang Bertaut" (Darus Ahmad) telah meninggal dunia pada sekitar tahun 2005 atau sebelum. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang karya dan diri penulis, sdr. bolehlah menghubungi waris (anak) beliau iaitu Nuraishah Darus di talian 03-41085682 (rumah) atau 019-2706047 (t/bimbit). Sekian dan selamat berjaya! Salam.Lain-lain23.05.2008

Kembali ke atas