Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ték.no.lo.gi] | برتيکنولوݢي

Definisi : mempunyai teknologi: masyarakat ~ tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ték.no.lo.gi] | برتيکنولوݢي

Definisi : mempunyai teknologi: kenderaan ~ tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berteknologi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Malaysia perlu berusaha menjadikan bidang pertanian berteknologi tinggi sebagai suatu agenda penting dalam pembangunan negara. Pertanian yang menggunakan teknologi tinggi adalah asas penting bagi mencorakkan pembangunan ekonomi negara maju di abad ke 21. Kemajuan dalam bidang pertanian yang negara kita miliki sepatutnya merintis perubahan ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara pertanian berteknologi tinggi. Untuk menjadikan suatu realiti memerlukan komitmen semua pihak. Soalan: Apakah kesalahan dalam bahasa dalam petikan di atas dan jika terdapat kesalahan apakah alasannya?

Ayat yang dibetulkan adalah seperti yang berikut:

Malaysia perlu berusaha menjadikan bidang pertanian berteknologi tinggi sebagai suatu agenda penting dalam pembangunan negara. Pertanian yang menggunakan teknologi tinggi ialah asas penting bagi mencorakkan pembangunan ekonomi negara maju pada abad ke-21. Kemajuan dalam bidang pertanian di negara kita sepatutnya merintis perubahan ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara pertanian berteknologi tinggi. Untuk menjadikan suatu realiti memerlukan komitmen semua pihak.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Bab 9 Kata Tugas untuk maklumat lanjut. 

Tatabahasa09.09.2009
Ingin memastikan penggunaan kata sendi nama yang betul pada ayat di bawah ini : Bertukarlah ke / kepada pembelajaran interaktif dan berteknologiJawapan yang betul ialah bertukar kepada pembelajaran interaktif dan berteknologi.Tatabahasa18.02.2010
Semakin dunia teknologi berkembang pesat dan ciptaan alat berteknologi tinggi bertambah, ramai orang kian menggunakan pelbagai alat komunikasi bergerak (mobile devices) seperti iPod Touch, iPhone, dan MacBook Air. Syarikat Apple telah menyediakan gedung muat turun yang menjual pelbagai perisian untuk alat-alat yang disebutkan di atas. Malangnya dan dukacitanya, tidak ada satu pun pihak yang menghasilkan Kamus bahasa Melayu untuk iPhone dan iPod Touch. Malah versi kamus untuk sistem komputer Macintosh juga tidak ada di pasaran. Saya mohon pertimbangan DBP untuk menghasilkan kamus Melayu untuk alat iPod/iPhone dengan segera kerana jumlah kamus untuk bahasa-bahasa lain semakin banyak ditawarkan untuk iPod dan iPhone tetapi tidak kamus Melayu. Saya yakin tawaran kamus Melayu untuk iPhone bukan sahaja memartabatkan bahasa Melayu secara hebat tetapi satu kaedah DBP juga boleh meraih keuntungan yang besar dengan jumlah muat turunnya sehari mencecah 1 juta setiap hari.

 

Salam Sejahtera Hairudin Bin Djorimi,

Soalan : Semakin dunia teknologi berkembang pesat dan ciptaan alat berteknologi tinggi bertambah, ramai orang kian menggunakan pelbagai alat komunikasi bergerak (mobile devices) seperti iPod Touch, iPhone, dan MacBook Air. Syarikat Apple telah menyediakan gedung muat turun yang menjual pelbagai perisian untuk alat-alat yang disebutkan di atas. Malangnya dan dukacitanya, tidak ada satu pun pihak yang menghasilkan Kamus bahasa Melayu untuk iPhone dan iPod Touch. Malah versi kamus untuk sistem komputer Macintosh juga tidak ada di pasaran. Saya mohon pertimbangan DBP untuk menghasilkan kamus Melayu untuk alat iPod/iPhone dengan segera kerana jumlah kamus untuk bahasa-bahasa lain semakin banyak ditawarkan untuk iPod dan iPhone tetapi tidak kamus Melayu. Saya yakin tawaran kamus Melayu untuk iPhone bukan sahaja memartabatkan bahasa Melayu secara hebat tetapi satu kaedah DBP juga boleh meraih keuntungan yang besar dengan jumlah muat turunnya sehari mencecah 1 juta setiap hari

Jawapan : Terima kasih atas cadangan yang diberi, kami akan membawa cadangan ini kepada pihak pengurusan DBP.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yang menjalankan tugas,

Abdul Razak Mohammad

Lain-lain09.07.2009

Kembali ke atas