Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.ling.kah] | برتليڠکه

Definisi : 1. tidak sepakat, ber-balah, berbantah, berselisih: dua orang tokoh yg sentiasa ~; 2. banyak tingkahnya, banyak olahnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.ling.kah] | برتليڠکه

Definisi : tidak ber­sepakat; berselisih faham: Mereka sent­iasa ~, tidak pernah sepakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertelingkah

Peribahasa

Bertelingkah antan di lesung,
     ayam juga yang kenyang.

Bermaksud :

Dua orang berselisih tentang wang atau harta, orang lain (orang tengah) juga yang mendapat untung. bertelingkah = berselisih.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Dalam kajian ini, masalah semasa akan ditimbangtarakan dari sudut fiqah dengan asal hukum". Betulkah penggunaan perkataan ditimbangtarakan dalam ayat ini? Saya ingin menggambarkan dalam bahasa Arabnya al-takyif al-fiqhi. Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan timbang tara bermaksud cara penyelesaian perte­lingkahan di luar mahkamah melalui pihak ketiga yang telah dipersetujui oleh pihak yang bertelingkah. Berdasarkan makna tersebut penggunaan kata timbang tara tidak tepat dalam konteks ayat "Dalam kajian ini, masalah semasa akan ditimbangtarakan dari sudut fiqah dengan asal hukum", perkataan yang lebih tepat ialah diselaraskan atau disesuaikan.Tatabahasa09.02.2011
APAKAH DEFINISI BAGI DIALOG DALAM TULISAN, DIALOG RASMI, DIALOG TIDAK RASMI, DIALOG BAKU DAN DIALOG KOLOKIAL

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dialog bermaksud: 1. kata-kata yg dituturkan oleh watak-watak dlm drama atau fiksyen: pengucapan ~ sesetengah pelakonnya masih lemah; 2. karya sastera dlm bentuk perbualan; 3. perbincangan atau perundingan antara dua pihak yg bertelingkah kepentingannya: satu majlis ~ diadakan antara penduduk kam­pung dgn wakil rakyat mereka; kami mengadakan ~ dgn pengusaha hotel, pe­mandu-pemandu teksi, malah tuan-tuan punya kedai emas juga; berdialog mengadakan dialog, bertukar-tukar pendapat mengenai sesuatu isu secara terbuka: mereka ~ dgn wakil-wakil dr Kementerian Perdagangan mengenai masalah harga minyak petrol. Dalam konteks soalan yang dikemukakan, dialog dalam tulisan bermaksud tulisan yang berkaitan dengan perbualan atau percakapan yang ditulis dalam skrip, novel dan cerpen. Dialog rasmi ialah perbincangan atau perundingan rasmi antara dua pihak  yang berkisar hal-hal rasmi. Dialog tidak rasmi: perbincangan atau perundingan  tidak rasmi yang berkisar pada perkara-perkara tidak rasmi   seperti perbualan di warung, kedai kopi dll. Dialog baku: perbualan atau percakapan yang menggunakan sebutan yang betul mengikut sistem tatabahasa yang betul. Dialog kolokial: perbualan/percakapan yang menggunakan laras bahasa basahan/bahasa pasar/slanga/bahasa daerah.  

Tatabahasa28.09.2010
Apakah perbezaan antara kedamaian dengan pendamaian?Sila berikan contoh ayat. terima kasih.

Kedamaian bermaksud keadaan damai (keadaan tidak terdapat atau tidak berlaku pergaduhan, peperangan, persengketaan, dan sebagainya; manakala pendamaian bermaksud perihal usaha membaikkan dua pihak (negara dsb) dengan menamatkan atau menyelesaikan perselisihan dan sebagainya, mewujudkan (memulihkan) perhubungan berbaik-baik antara dua atau beberapa pihak (negara dsb) yang bermusuhan (berperang, bertelingkah, berselisihan, dsb).

Tatabahasa06.04.2011
Apakah yang dimaksudkan dengan wawancara? Apakah perbezaan antara wawancara dengan forum dan dialog?

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat wawancara bermaksud soal jawab antara wartawan dsb.dengan orang yang terkemuka dll. untuk mendapatkan keterangan atau pandangan untuk disiarkan.  

Forum bermaksud perjumpaan untuk perbincangan terbuka tentang perkara yang menjadi kepentingan awam.

Dialog bermaksud perbincangan atau perundingan antara dua pihak yang bertelingkah kepentingannya.

Daripada keterangan di atas diharap saudara dapat melihat perbezaan antara ketiga-tiga perkataan tersebut. Wawancara melibatkan dua orang, iaitu wartawan dan orang yang diwawancara. Forum dan dialog melibatkan sekumpulan orang atau panel.  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat .  

Makna30.01.2008
Apakah terjemahan atau terma yang sesuai bagi menggantikan istilah 'executive talk'? Bagi kegunaan rasmi dan pengendalian majlis, apakah terma yang sesuai bagi menerangkan sesi dialog yang melibatkan interaksi dua hala? Terma tersebut ingin saya masukkan dalam atur cara program/majlis. Terima kasih.

Istilah executive talk tidak ada dalam pangkalan data kami. Padanan istilah bahasa Melayu untuk talk ialah wacana atau ceramah. Cadangan istilah untuk executive talk ialah wacana eksekutif. Dalam Kamus Dewan, wacana bermaksud perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. Dialog pula bermaksud perbincangan atau perundingan antara dua pihak yang bertelingkah kepentingannya. 

Istilah18.03.2011

Kembali ke atas