Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tem.pat] | برتمڤت

Definisi : 1. mempunyai tempat, tinggal (diam, duduk) di ..., berlaku (diadakan) di ...: mesyuarat agung akan diadakan pd 2 April ~ di Balai Rakyat; 2. ki kena pd tempatnya (masanya, keadaannya, dsb): mengata orang biarlah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tem.pat] | برتمڤت

Definisi : tinggal atau duduk (di); diadakan (di): Seminar yg akan dilangsungkan pd 29 Jun itu ~ di Balai Seminar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertempat

Puisi
 

Biola bertali empat,
     Digesel orang Semarang;
Anak dagang tak bertempat,
     Mencari di rantau orang.


Lihat selanjutnya...(10)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pengunaan huruf yang betul.Bertempat di Kelas 3 Bestari atau Bertempat di kelas 3 Bestari.Penggunaan huruf yang betul ialah Bertempat di Kelas 3 BestariTatabahasa09.05.2016
MOHON SEMAK STRUKTUR AYAT INI: PERSIDANGAN INI DIJANGKA AKAN DIADAKAN PADA 20 OGOS 2016 BERTEMPAT DI HOTEL...........Persidangan ini dijangka akan diadakan pada 20 Ogos 2016 di Hotel Merdeka.Tatabahasa01.08.2016
Salam.. Bagaimanakah cara penggunaan perkataan pada penerangan yang diletakkan di setiap gambar di dalam buku laporan tahunan jabatan?Adakah setiap perkatan di letakkan huruf besar atau permulaan ayat sahaja atau kedua-duanya blh digunakan.. contoh : Gambar 1 : Kakitangan Yang Hadir Di Majlis Ceramah Agama Bertempat Di Auditorium Seri Negeri Ayer Keroh, Melaka. atau Gambar 1 : Kakitangan yang hadir di Majlis Ceramah Agama bertempat di Auditorium Seri Negeri Ayer Keroh, Melaka. yang mana satukah harus d gunakan bagi penerangan gambar yang akan diletakkan?Lazimnya huruf pertama sahaja ditulis dengan huruf besar, kecuali ada nama khas dalam keterangan gambar tersebut, seperti "Kakitangan yang hadir di Majlis Ceramah Agama bertempat di Auditorium Seri Negeri Ayer Keroh, Melaka".Ejaan04.10.2011
Suhaiza Ibrahim WED Dec 16 11:31AM Salam... saya just nak confirmkan Jualan Gudang DBP ni bermula pada 19hb Disember bertempat di Kedai Buku DBP di Hulu Kelang kan? Sebab saya tak menjumpai sebarang maklumat mengenainya menerusi laman web DBP. Satu lagi, boleh bagi alamat lengkap tak untuk Kedai DBP Hulu Kelang? Terima kasih...Program ini dirancangkan pada 19 - 27 Disember 2015, di Kedai Buku DBP Hulu Kelang. Tuan juga boleh menghubungi talian 03-41012409 untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain16.12.2015
Pada 14 November 2017, sekitar jam 9.13 pagi saya telah masukkan RM30 untuk bayaran kelulusan pengiklanan DBP. Mesin CDM yang saya gunakan bertempat di SP Plaza Sungai Petani. Nombor akaun 14023010018002. Mesin tersebut tidak mengeluarkan resit. Oleh itu tiada bukti bagi pihak saya untuk dirujuk. Mohon pihak tun semak dan maklumkan kepada saya. Terima kasih.Mohon tuan menelefon kami di Bahagian Penguatkuasaan, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-21472000/9400/9500 dan memaklumkan perkara ini serta memberikan nombor permohonan supaya kami berusaha mengesan bayaran yang telah diterima. Sekian. Terima kasih.Lain-lain14.11.2017
Cantik kembang bunga melati, Tumbuh sebatang di tepi kota, Hilang tumbuh patah berganti, Adat pusaka terpelihara juga. Pergi ke pulau menggali ubi, Singgah ke beting dilayar juga, Sepuluh kali kita berbudi, Kalau miskin terbung jua. Pijak galah sambil berlari, Rupanya hujung sudah patah, Banyakkan usaha pada diri, Masa diri muda dan mentah. Jika masak pisang setandan, Mari disimpan dalam kereta, Jika ada tuah di badan, Kaca kupegang jadi permata. Kajang tuan kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu, Dagang tuan dagang bertempat, Dagang saya sidagang lalu. Anak Cina bertimbang madat, Dari Makasar langsung ke Deli, Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. apa tajuknya? dan siapa yang tulis?Jenis puisi yang di atas ialah puisi Melayu Tradisional yang dikenali sebagai PANTUN. Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Oleh itu, pantun tidak mempunyai pencipta yang khusus, kerana ia bersifat warisan. Secara keseluruhan pula, pantun di atas bertemakan budi dan adat bangsa Melayu.Lain-lain23.06.2008
Salam....saya ingin mencadangkan agar DBP lebih aktif dalam menganjurkan lebih banyak pertandingan menulis esei terutamanya yang bersifat akademik yang mampu mencabar keupayaan daya fikir pelajar IPT di Malaysia.Saya dapati pertandingan seperti ini amat kurang di anjurkan dan juga kurang publisiti.Mohon kerjasama agar hal ini dapat diberi perhatian agar langkah yang sewajarnya diambil bagi memperkasakan daya intelektual mahasiswa tempatan.sekian

Waalaikumusalam wbk. Ribuan terima kasih atas cadangan menarik daripada sdr itu. Pihak kami akan mengetengahkan cadangan sdr itu untuk perhatian dan tindakan Jabatan/Bahagian yang berkaitan dalam DBP. Bagi mengetahui dan mengikuti aktiviti semasa DBP, pihak kami juga mengalu-ngalukan agar dari semasa ke semasa pihak sdr dapat melayari laman web DBP iaitu http://www.dbp.gov.my.

Berhubungan dengan program pertandingan, buat kali ketiga pada tahun ini, Bahagian Dasar dan Penyelidikan Sastera DBP dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi sedang menganjurkan program Akademi Sastera 2010 pada 28 Oktober 2010 (Khamis), pukul 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari, bertempat di Dewan Seminar, Aras 2, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Program ini melibatkan penyertaan sembilan (9) buah universiti tempatan iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). 

Objektif utama program ini adalah untuk mewujudkan kumpulan penyelidik sastera dan memupuk kemahiran berkomuniksi serta penggunaan kaedah penyampaian ilmu kritikan sastera di kalangan pelajar IPTA.

Dalam hal ini, pihak kami mengalu-ngalukan kehadiran sdr dan pelajar-pelajar IPTA yang lain untuk turut serta ke dalam program Akademi Sastera ini.

Sekian dimaklumkan, terima kasih. Wassalam.  

         

Lain-lain19.10.2010
Mana jawapan yang betul.... 1. 'Mari kita ikut ........ke bilik komputer,'kata Ani kepada Izah. dia atau mereka 2. ..............,bila agaknya tarikh pengumunan keputusan keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini! 3. i.Kakak DIAM membatu apabila dileteri ibu. ii. Kami sekeluarga telah lama DIAM di taman perumahan ini. iii. Secara DIAM pasukan perisik mencari bukti untuk menumpaskannya. iv. Sejak semalam Raihah DIAM sahaja kerana memikirkan masalah keluarga 4.1. Cara pembiakan tumbuhan ini bagaimana? ii. Yang paling pandai di kelas ini siapakah? iii. Mengapa kita harus berkumpul di makmal komputer? iv. Awakkah yang menghantar bungkusan ini kepada Cikgu Ani?

Saudari/Saudara,

Jawapan yang betul ialah:

1. Boleh digunakan perkataan 'dia' atau 'mereka' dalam konteks ayat tersebut.

2. Sila hubungi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengetahui maklumat lanjut.

3. Keempat-empat penggunaan perkataan 'DIAM' dalam konteks ayat tersebut adalah betul. Hal ini kerana,

diam, merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud, tidak bercakap, senyap, dengan senyap-senyap, tinggal (duduk, berumah, bertempat).

4.  i. Bagaimana cara pembiakan tumbuhan ini?

    II. Siapakah yang paling pandai dalam kelas ini?

    III. Ayat ketiga penggunaan ayat adalah betul. 

    IV. Ayat keempat penggunaan ayat adalah betul.

Tatabahasa14.08.2012
Assalammualaikum..dan selamat petang Terlebih dahulu saya memperkenalkan diri ini,saya Noor Azreen Binti Jalaludin bekerja sebagai Guru di sebuah Sekolah Antrabangsa Islamik Greenview.Sukacitanya,sekira pihak DBP memberi peluang kepada murid-murid saya sekiranya terdapat pelbagai bentuk pertandingan untuk Tahap 1 dan Tahap 11 dan juga Menengah sekira mereka layak. Tujuan untuk memberi keyakinan dan pendedahan kepada mereka yang belajar di sekolah swasta atau antarabangsa sekaligus meningkatkan kualiti bahasa melayu mereka di peringkat lebih tinggi. Oleh itu,besar harapan saya sekiranya ada peluang yang diberi kepada sekolah kami. Yang benar, ---------------------- (Cikgu Azreen Haji Jalaludin) TIC-BM Greenview Islamic International School Bukit JelutongSalam puan budiman,

Penyertaan dalam pertandingan anjuran DBP

Dimaklumkan bahawa, Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama beberapa buah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) akan menganjurkan Festival Perkampungan Seni 2019 7 November 2019, pukul 8.30 pagi hingga 10.30 malam, bertempat di Wisma DBP, Kuala Lumpur.

Pelbagai aktiviti telah dirancang, antaranya, Pertandingan Bengkel Seni Khat Jawi, Pertandingan Cerdas Istilah, Roda Kata, Dam Bahasa dan banyak lagi. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi:
Encik Dinie Asyraf bin Rodzi melalui talian telefon: 03-2147 9684 atau e-mel asyraf@dbp.gov.my.

 Bersama-sama ini dilampirkan jadual tentatif pengisian program untuk makluman pihak puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Lain-lain01.11.2019

Kembali ke atas