Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tem.pia.ran] | برتمڤيارن

Definisi : 1. berserak-serak tidak keruan, bercerai-cerai, berkucar-kacir; bertemperas: mereka lari ~ mencari perlindungan; 2. ki bertaburan (ke sana ke mari), berhamburan (benih dll): siapa tahan melihat anak-anaknya ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tem.pia.ran] | برتمڤيارن

Definisi : 1 berlari ke sana ke mari dgn tidak tentu haluan (ttg kumpulan orang dsb): Apabila polis tiba, penyamun-penyamun itu ~. 2 ki berselerak merata-rata; bertaburan; berhamburan (ttg beras, benih dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempiar
Kata Terbitan : bertempiaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud hiruk-pikuk?

Saudara Muhammad Farhan,

Perkataan hiruk-pikuk bermaksud  keadaan riuh-rendah, sibuk dan bising, gempar, huru-hara: dlm ketika ~-pikuk itu, perahu-perahu lanun bertempiaran lari arah ke selatan; ketawa hilai yg bercampur dgn ~-pikuk suara orang yg mabuk.  Untuk mengetahui makna perkataan, saudara perlu memilki dan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.   

Makna10.01.2010
Terima kasih atas jawapan yang diberikan. 1. Ayat berikut yang mana betul. i) Peter memberi itiknya makan dedak. ii) Peter memberikan itiknya makan dedak. 2. Penjahat itu berlari ____________ kerana dikejar oleh polis. A. tunggang-langgang B. lintang-pukang terima kasih

1. Ayat yang betul ialah ayat (ii)

2. Kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, lintang-pukang bermaksud a) tidak menentu arahnya (orang berlari dll); b) bergerak bertempiaran, tunggang-langgang. Lintang-pukang ditakrifkan sebagai berlari pontang-panting (lintang-pukang), tunggang-tenggang; menunggang-langgangkan 1. menjadikan berguling-guling, mengguling-gulingkan, men-jungkirbalikkan; 2. menjadikan berlari tunggang-langgang (mengusir, mengejar, dll); 3. memutar-mutar atau membelit-belitkan (perkara, perkataan, perjanjian, dll), memu­tar­balikkan.

Tatabahasa03.08.2010

Kembali ke atas