Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tem.pur] | برتمڤور

Definisi : 1. berlanggaran, berlaga, bertubrukan: ombak ~; 2. berkelahi, bergaduh, berjuang, berperang: lalu ~lah mereka dan beramuk-amuk dgn lebih hebat lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tem.pur] | برتمڤور

Definisi : 1 berlanggar atau berhantuk antara satu dgn yg lain; berlaga: Ombak ~ dgn batu karang. 2 bergaduh antara satu dgn yg lain; berkelahi; berjuang; berperang: Kedua-dua belah pihak telah ~ dgn hebatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempur
Kata Terbitan : bertempur, menempur, mempertempurkan, pertempuran, penempur,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan di talian. Soalan saya ialah adakah istilah selain bergaduh/ bertengkar untuk menunjukkan pergaduhan secara fizikal dalam bahasa melayu? Soalan saya merujuk kepada perkataan bahasa Inggeris iaitu, fight yang bermaksud pergaduhan yang melibatkan fizikal. Terima kasih.Menurut takrifan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Fight ditakrifkan sebagai ; vt 1. do battle with, bertempur dengan: America fought Japan for three years, Amerika bertempur dengan Jepun selama tiga tahun; 2. contend with in physical combat, berlawan: my father fought the burglar with his bare hands, bapa saya berlawan dengan pencuri itu dengan tangan saja; 3. oppose, menentang: the senator fought the bill with determination, senator itu menentang rang undang-undang tersebut dengan penuh keazaman; we are going to ~ the action, kami akan menentang tindakan itu; 4. strive to overcome; a. (disease, social evil) berusaha /menghapuskan, membasmi/, (berusaha) membanteras; b. (fire) melawan; c. (fear, pain) melawan; 5. (in boxing) berlawan (tinju) dgn: he fought the champion until the third round, dia berlawan dengan jaguh itu sehingga pusingan ketiga;.

Berdasarkan takrifan tersebut, berlawan dan bertempur boleh digunakan selain bertengkar dan bergaduh.
Tatabahasa23.04.2013

Kembali ke atas