perkataan berlawanan dengan dinamik? | Dinamik bermaksud bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan, perkataan berlawanan yang hampir dgn dinamik ialah pasif (walau bagaimanapun perkataan berlawanan yg paling tepat bagi pasif ialah aktif) | Lain-lain | 02.08.2007 |
Sesuaikah perkataan berikut dijadikan satu slogan untuk produk minuman bertenaga? "KEUNGGULAN PRESTASI JUARA" | Yang sesuai ialah "Keunggulan Prestasi" | Tatabahasa | 13.11.2007 |
teguh | Antara makna teguh ialah tegap, kukuh, keras, bertenaga, dan berdaya. | Makna | 21.05.2010 |
Sesuaikah perkataan berikut dijadikan satu slogan atau "tagline" untuk minuman bertenaga? "KEUNGGULAN PRESTASI JUARA" | Yang sesuai ialah "Keunggulan Prestasi" | Tatabahasa | 13.11.2007 |
Jelaskan maksud dinamika dalam kepimpinan wanita | Ejaan yang betul ialah dinamik yang bermakna bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan: pembangunan masyarakat yg lebih ~ harus mendapat perhatian yg tajam drpd orang ramai; | Makna | 22.07.2010 |
What is the BM translation for 'Energy Drink', as in 'Power Root Energy Drink'? Is it 'Minuman Bertenaga' or 'Minuman Tenaga'? | Terjemahannya ialah minuman tenaga. | Istilah | 14.12.2007 |
Salam. Saya ingin bertanya, apakah perkataan ini wujud dan apakah ertinya. 'memberdaya' | Tidak ada perkataan "memberdaya" (mem + berdaya) dalam dalam data kami, yang ada ialah "berdaya" dan "memperdaya". Berdaya bermaksud 1. mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya 2. mempunyai kemampuan (keupayaan 3. mempunyai muslihat (fikiran, ikhtiar); . Memperdaya pula bermaksud melakukan tipu helah (muslihat); menipu. | Ejaan | 12.02.2019 |
Ingin bertanya maksud ayat ini dalam Bahasa Melayu: My body feels as if it was falling apart. Badan saya terasa seakan-akan...? Terima kasih | Tidak ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk perkataan yang diberikan. "Falling apart" mungkin bermaksud sangat lemah, tidak bertenaga atau tidak berdaya. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.10.2016 |
apakah perbezaan antara perkataan 'rebah' dengan perkataan'tumbang'? bolehkah anda jelaskan perbezaanya ? terima kasih.. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, rebah bermaksud jatuh terbaring (orang dll), terletak berbaring atau bertiduran (pokok dll), tumbang: ia ~ pengsan; ~ menyembah tikar; ~ terlentang di atas lantai; membawa (memberi) ~ menjatuhkan (menggagalkan); ~ bek Kl rebah kerana sudah tidak bertenaga lagi; ~ belakang Kl, bp berehat (menghilangkan penat); ~-rempah rebah terguling-guling; dapat tebu ~ prb mendapat untung; sokong membawa ~ prb dikhianati (dicelakakan) oleh kawan sendiri. Tumbang ditakrifkan sebagai jatuh (benda yg tegak), rebah: pokok getah yg telah tua itu ~ sebatang demi sebatang; 2. ki jatuh atau runtuh (kerajaan, negara, dll): Port Arthur ~ pd hari terakhir tahun 1904; 3. ki disembelih (binatang spt kerbau, lembu, dll): dua ekor lembu jantan ~ dan berpuluh-puluh ekor ayam lagi mengikutinya; ~ harapan putus harapan. | Istilah | 01.04.2010 |
Assalamualaikum Saya ingin bertanya mengenai ayat dinamika. Adakah boleh menggunkan perkataan dinamika bagi ayat mengenal pasti dinamika baitulmal pada zaman kegemilangan Islam. Atau ada ayat yang sesuai digantikan dengan dinamika bagi menunjukkan kebolehan dan baitulmal baitulmal pada zaman kegemilangan Islam. Terima kasih atas bantuan dan pertolongan yang diberikan. Moga Allah memudahkan urusan tuan. | Ejaan yang betul ialah dinamik yang bermakna bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan: pembangunan masyarakat yang lebih ~ harus mendapat perhatian yang tajam daripada orang ramai. | Tatabahasa | 21.09.2016 |