Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.nang] | برتنڠ

Definisi : mengerja­kan sesuatu dgn tenang (tidak terburu-buru, tidak tergesa-gesa): dia harus ~ utk meng­hadapi peperiksaan; Aini yg sedang berte­nang-tenang itu tidak menghiraukan apa yg dikatakan oleh ibunya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.nang] | برتنڠ

Definisi : berbuat sesuatu dgn tenang (tidak terburu-buru). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenang (adjektif)
1. Bersinonim dengan teduh: reda, hening, tidak berombak, tidak bergelora,
Berantonim dengan bergelora

2. Bersinonim dengan tenteram: lega, lapang dada, damai, bahagia, sejahtera, tabah, sabar, jenjam, kalem,
Berantonim dengan runsing gelabah

3. Bersinonim dengan aman: damai, sentosa, harmoni, rukun,
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bertenang, menenangkan, ketenangan, penenang,

Puisi
 

Ambil buluh dibuat sasak,
     Nak dipagar batas bertenang;
Akulah hodoh bertambah sesak,
     Tak ada siapa yang nak kenang.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berita yang disampaikannya sungguh mengejutkan saya. ......, saya mencuba sedaya upaya untuk bertenang. * mana satu jawapan yang paling tepat. A) oleh itu B) justeru Diharap bagi penerangan untul jawapan. Sekian terima kasih.Berita yang disampaikannya sungguh mengejutkan saya. Oleh itu, saya mencuba sedaya upaya untuk bertenang. Justeru bermaksud kebetulan atau malahan dan tidak sesuai digunakan dalam konteks yang tersebut.Tatabahasa04.09.2015
Bolehkah ayat ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu seperti ini: Can you keep cool all the way? Bolehkan anda ''kool'' sepanjang perjalanan? Bolehkah cool diterjemahkan kepada kool? Terima kasih.1. Ayat yang betul ialah "Bolehkan anda bertenang sepanjang perjalanan? "Cool" dalam ayat tersebut bermaksud "bertenang"Makna19.04.2018
Adakah "harap" merupakan salah satu kata perintah? Bagaimana pula dengan ayat "harap bertenang"?

Kata “harap” bukan kata perintah kerana harap membawa maksud kata yang digunakan apabila hendak mendapatkan perhatian, bantuan, kerjasama dan sebagainya daripada seseorang atau sesuatu pihak.

[Rujukan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 742]

Tatabahasa31.10.2025
Sila nyatakan adakah ayat di bawah betul atau salah, nyatakan sebabnya. I Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. II Majlis yang amat meriah itu dihadiri oleh rakyat dari seluruh pelosok negara. III "Minta tuan-tuan bertenang seketika kerana sistem pembesar suara mengalami masalah teknikal," kata pengacara majlis. IV Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang.I. Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. - Ayat ini tidak gramatis kerana nya (terdapatnya) ialah kata ganti nama diri ketiga dan tidak gramatis untuk aayat ini.
II. Majlis yang amat meriah itu dihadiri oleh rakyat dari seluruh pelosok negara. - Ayat ini gramatis. 
III. "Minta tuan-tuan bertenang seketika kerana sistem pembesar suara mengalami masalah teknikal," kata pengacara majlis. - Ayat ini boleh digunakan dalam konteks arahan. 
IV. Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang. - Ayat ini betul kerana tetapi ialah kata hubung untuk menyatakan kata-kata yang berlawanan.
Tatabahasa28.05.2012
Salam sejahtera. Saya telah dirujuk ke DBP untuk bertanya tentang penterjemahan satu istilah Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Istilahnya adalah seperti berikut: "Cooldown" Contoh penggunaan (pautan bergambar): https://i.redd.it/5qbrgmckg7ky.png Maksud istilah: Tempoh minima antara penggunaan sesuatu barang / item dalam permainan. Contohnya, posyen pemulihan yang hanya boleh digunakan setiap 30 saat. Oleh itu barang tersebut mempunyai "cooldown" selama 30 saat. Disebabkan istilah ini amat khusus kepada permainan komputer, saya tidak dapat mencari istilah yang bersamaan dengannya dalam Bahasa Melayu. Diharapkan pihak DBP boleh membantu dalam penterjemahan istilah tersebut. Sekian, Rizal ZulkifliSalam Sejahtera. Daripada contoh ayat yang diberikan, padanan yang dicadangkan bagi perkataan cooldown  ialah tempoh bertenang. (Oleh itu, barang tersebut mempunyai tempoh bertenang selama 30 saat.)Penyemakan dan penterjemahan04.04.2017
Salam 1.Mohon pihak tuan untuk jelaskan ayat perintah & contohnya. 2.Saya keliru dengan kata dasar yang menerima Imbuhan apitan .. Apakah ejaan yang betul bagi perkataan --menaikkan --kebanyakkan ---masukkan ---masukkan (Bagaimanakah mengetahui ejaan itu ada 1 K atau 2 K ? Terima kasih.
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada 4 jenis berikut.


1. AYAT SURUHAN
Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan.Dalam ayat suruhan subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak,kamu,engkau, dan selainnya yang biasanya digugurkan.
Contohnya: Pergi kamu dari rumah ini!


2. AYAT  LARANGAN
Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan,usah atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu.
Contohnya: Jangan ambil harta orang.

3. AYAT SILAAN
Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila hantar jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan ayat seperti contoh berikut:  Sila serahkan borang permohonan tersebut ke pejabat.

4. AYAT PERMINTAAN
Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan,seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan seperti yang terdapat dalam contoh berikut : Minta kamu semua bertenang.


Cara untuk mengetahui sama ada perkataan tersebut 1 k atau 2 k ialah:
Penggunaan satu k atau dua k dalam sesuatu perkataan bergantung pada apitan yang digunakan. Kata dasar yang berakhir dengan huruf k yang menerima apitan meN-...-kan akan menghasilkan kata kerja transitif menggalakkan. Tetapi hanya satu huruf k digunakan sekiranya menerima apitan peN-...-an.
Tatabahasa08.03.2016

Kembali ke atas