Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ten.ta.ngan] | برتنتڠن

Definisi : 1. = ~ dgn = bertentang-tentangan berhadap-hadapan, berhadapan: dia duduk ~ dgn aku; 2. sl berdekatan dgn: setelah itu maka sampailah kapal itu ~ dgn Gunung Sailan; 3. berlawanan (arah, ke­dudukan, dll): arah yg ~; sudut yg ~; 4. ber­lawanan, bermusuhan: mungkin kita dgn mereka kadang-kadang bergaduh dan ~, tetapi dgn mereka juga kita mesti makan, bekerja serta bermain-main; 5. tidak sesuai (cocok, selaras) dgn, bersalahan dgn: tiap-tiap kebebasan seseorang itu akan ~ dgn kebebasan seseorang yg lain; 6. berselisih (faham, pendapat, dll): kami berdua jarang ~ pendapat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Peribahasa

Lain teringat lain disebut;
     bertukar angguk dengan ilallah.

Bermaksud :

Perbuatan yang bertentangan dengan perkataan. ilallah = hujung kalimat lailahailallah.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu, pilihan frasa di bawah yang manakah adalah betul? 1. bertentangan dengan ajaran Islam 2. bertentangan ajaran Islam 3. bertentang dengan ajaran Islam 4. bertentang ajaran Islam Tolong jelaskan sebab frasa yang betul dan sebab frasa yang salah. Terima kasih atas usaha DBP.Frasa yang gramatis ialah "bertentangan dengan ajaran Islam". Penggunaan kata sendi nama "dengan" lebih tepat digunakan kerana berfungsi sebagai keterangan cara yang menerangkan ayat induk. Keterangan cara ialah  unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku.

Tatabahasa13.05.2014
Ungkapan sedikit sebanyak wajar digantikan dengan sedikit banyak. Hal ini menyalahi kebiasaan dan kelihatan bertentangan. Tolong berikan ulasan ringkas terhadap kenyataan ini.Merujuk kepada Kamus Dewan, ungkapan yang kebiasaannya digunakan ialah "sedikit sebanyak". Mohon agar saudara dapat memberikan sedikit maklumat apakah yang dimaksudkan dengan menyalahi kebiasaan dan kelihatan bertentangan agar pihak kami dapat berkongsi maklumat tersebut serta sumber yang saudara perolehi berkaitan perkara ini.Tatabahasa14.06.2007
(iii) Amalan rasuah dapat dihapuskan jika semua pihak dapat menerima hakikat bahawa amalan itu bertentangan dengan ajaran agama dan etika masyarakat yang bertamadun. bolehkah perkataan etika digantikan dengan kata 'norma'?Perkataan etika boleh digantikan dengan norma. Amalan rasuah dapat dihapuskan jika semua pihak dapat menerima hakikat bahawa amalan itu bertentangan dengan ajaran agama dan norma masyarakat yang bertamadun.Lain-lain05.05.2010
Ingin bertanya tentang jawapan yang sesuai mengikut konteks ayat seperti berikut Pakaian yang ketat dan jarang bukan sahaja______mata malah bertentangan dengan nilai ketimuran. A. menjolok B. mencolok C. mencucuk b) Bagaimanakah hendak membezakan penggunaan perkataan tersebut?Pakaian yang ketat dan jarang bukan sahaja mencolok mata malah bertentangan dengan nilai ketimuran. Untuk melihat perbezaan penggunaan setiap perkataan yang diberi sila rujuk kamus dan memilih makna yang paling sesuai dengan ayat tersebut.Tatabahasa01.09.2008
Selamat tengah hari, soalan pertama, selain kata "berkenaan dengan", "berkaitan dengan", "bertentangan dengan" dan "berhampiran dengan", kata apa lagi yang diperlukan padanan kata "dengan" selepasnya? Soalan kedua, memperoleh maklumat atau memperolehi maklumat? Mohon perinciannya. Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,


Kata sendi 'dengan' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud seperti yang berikut:
1. membawa maksud bersama-sama atau berserta
2. membawa maksud cara sesuatu dilakukan
3. membawa maksud memakai atau menggunakan
4. menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk makluman lanjut.
Tatabahasa14.06.2019
apakah maksud sistem eko-dualisme?

Eko-: awalan asing berkaitan dgn ekologi, mis ekopelancongan.

Dualisme: 1. faham yg berasaskan dua prinsip yg saling bertentangan spt antara kebaikan dan kejahatan, dan antara terang dan gelap; 2. keadaan apabila wujud dua sifat yg ketara saling bertentangan pd diri seseorang. 

Lain-lain01.09.2009
maksud perkataan PARADOKS

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, paradoks bermaksud sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum.

Makna07.01.2011
Tuan, Kami sebagai guru sering berhadapan dengan konflik kerana pihak JPN selalu memberikan keterangan bahasa yang bertentangan dengan DEP. Misalnya, perkataan jarang mengikut Kamus Dewan ialah tidak selalu, sekali-sekala; Jadi, ayat yang berbunyi 'Ali jarang balik ke kampung setelah mula bekerja di bandar' . betul atau sebaliknya? Mengikut jawapan daripada JPN, ialah jarang-jarang. Bukankah jarang-jarang bermaksud tidak rapat untuk gigi atau rambut? Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan jarang bermaksud 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; 3. jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai. Berdasarkan makna tersebut, perkataan jarang-jarang yang diberikan oleh pihak JPN dalam ayat tersebut adalah betul, iaitu Ali jarang-jarang balik ke kampung setelah mula bekerja di bandar. Tatabahasa30.05.2010
Makna dikotomidikotomi: pembahagian (pemisahan) antara dua kumpulan (kelompok dll) dlm sesuatu hal yg saling bertentangan: dasar tadi menyebabkan kita selalu berfikir secara ~; ~ ini tidak terbatas kpd dunia sastera dan budaya, malah menyebar ke seluruh lapangan kehidupan.Makna21.06.2009
Terjemahan yang biasa dipakai bagi perkataan bahasa Inggeris 'natural' adalah 'semula jadi'. Contoh,' alam semulajadi'. Pada pandangan saya, ini bertentangan dengan shariat Islam kerana tiada sesuatu pun di muka bumi ini yang terjadi dengan sendirinya atau secara semulajadi. Semuanya dijadikan atau dicipta oleh Allah SWT. Mohon pihak DBP memberi perhatian terhadap perkara di atas.Kami ambil maklum pandangan tuan. Sedikit maklumat yang dapat diberikan ialah Kamus Dewan menakrifkan semula jadi sebagai bukan buatan manusia. Kami berpandangan takrifan ini jika tidak persis serratus peratus tetapi hampir kepada maksud semula jadi mengikut konteks tertentu.Makna16.09.2018
1234

Kembali ke atas