1. air sangat berguna kepada manusia. atau untuk manusia. 2. mereka sedang menepuk tangan sambil menyanyi atau bertepuk tangan sambil menanyi. 3. gantinama "nya" boleh digunakan untuk bukan manusia contoh anjing itu sedang makan daging itu. daging yang dimakannya itu sangat besar. dia membeli banyak barang antaranya ialah ...... . Terima kasih | 1. Yang paling tepat ialah "air sangat berguna kepada manusia". 2. Yang paling tepat ialah "mereka bertepuk tangan sambil menyanyi". 3. Nya ialah kata ganti nama diri orang ketiga, oleh itu tidak boleh digunakan untuk bukan manusia. Walau bagaimanapun nya juga bermaksud oleh, iaitu yang tersebut terlebih dahulu. | Tatabahasa | 10.10.2009 |
Mengikut Kamus Dewan (ms 498), entri hadirin bermaksud sekalian yang hadir. Mengikut pemahaman saya, daripada maksud yang diberikan oleh KD, kata hadirin itu merupakan kata nama majmuk. Sekiranya perkataan tersebut sudah menunjukkan penanda majmuk, maka tidak perlu lagi ada perkataan lain yang juga menunjukkan penanda majmuk untuk mengelakkan kelewahan. Tetapi frasa contoh yang diberikan oleh KD iaitu "...para hadirin bertepuk tangan", mengikut pemahaman saya adalah lewah. Hal ini kerana kata "para" itu sudah menandakan jamak, maka kata tersebut tidak perlu digandingkan dengan kata "hadirin". Mohon penjelasan daripada pihak tuan. | Pada pendapat saya,ayat para hadirin bertepuk tangan boleh ditulis sebagai hadirin bertepuk tangan. Tidak timbul soal lewah atau sebagainya. Itulah sebenarnya keunikan bahasa Melayu. Untuk keterangan lanjut sdr boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Tkasih. | Tatabahasa | 07.08.2008 |
lepak lapuk | Kata yang lazim ialah lepak lepuk dan bukannya lepak lapuk. Lepak lepuk ialah bunyi seperti bunyi barang jatuh ke tanah. Manakala lapuk ialah reput atau terlalu lama atau usang ; atau bunyi orang bertepuk tangan. | Makna | 15.06.2008 |