Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.ras.kan] | برترسکن

Definisi : ki mempunyai sbg teras (asas, dasar), berasaskan, berdasarkan: Rasulullah telah berjaya menyatupadukan ketiga-tiga kaum itu di bawah perpaduan yg ~ agama Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.ras.kan] | برترسکن

Definisi : mempunyai sesuatu sbg teras (asas dsb); berasaskan; berdasarkan: Kebudayaan Kebangsaan Malaysia haruslah ~ kebudayaan Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teras (kata nama)
Bersinonim dengan asas, dasar, sendi, tapak, tonggak, lunas, pegangan, sandaran, landasan, tunjang, pokok, prinsip, rukun;,
Kata Terbitan : berteraskan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
produk berteraskan syariahproduk berteraskan syariahTatabahasa10.09.2008
"Sistem A, B dan C berteraskan teknologi X, Y dan ICT. Pengoperasian Sistem A, B dan C juga berteraskan satu pangkalan data bersepadu." Bagi mengelakkkan kekeliruan kerana kedua-duanya menggunakan perkataan "berteraskan", adakah sesuai jika diganti "bertunjangkan satu pangkalan data bersepadu" atau perkataan apakah yang lebih sesuai digunakan. Terima kasihBerteraskan sama maksudnya dengan berasaskan dan berdasarkan. Tuan boleh memilih salah satu perkataan tersebut bagi menggantikan perkataan berteraskan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa06.01.2014
sains dan teknologi berteraskan kesihatanSila kemukakan pertanyaan puan dengan jelas.Lain-lain01.11.2014
Apakah objektif pengurusan Islam.Objektif pengurusan Islam ialah melahirkan sistem kerja berteraskan nilai-nilai Islam, menghindari salah laku dalam pengurusan yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam, membentuk petugas yang amanah dan cekap, telus dan adil. Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada pihak MAMPU, Jabatan Perdana Menteri.Makna17.10.2006
adakah ayat-ayat berikut betul atau salah? 1. MERAIH KEPELBAGAIAN MENERUSI TITIK PERPADUAN. 2. MERAIH KEPELBAGAIAN BERTERASKAN TITIK PERPADUAN. 3. MERAIH KEPELBAGAIAN BERORENTASIKAN TITIK PERPADUAN. 4. MERAIH KEPELBAGAIAN BERPAKSIKAN TITIK PERPADUAN. 5. MERAIH KEPELBAGAIAN BERTUNJANGKAN TITIK PERPADUAN.Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, perkataan yang betul ialah "menerusi".
Cadangan ayat yang betul ialah: Perpaduan menerusi kepelbagaian kebudayaan. 
Tatabahasa22.08.2024
Assalamualaikum, saya seorang guru sekolah rendah pengkhususan pendidikan seni visual. saya telah hasilkan sebuah novel grafik /komik berilmiah untuk bacaan kanak-kanak, mempunyai jalan cerita seperti sebuah komik tetapi berteraskan pendidikan pengkhususan nutrien pemakanan, ia telah disemak oleh pegawai zat makanan daerah di sekolah. Adakah pihak tuan boleh mencadangkan bagaimana untuk saya mengetengahkan karya ini ke pasaran? untuk makluman, sebelum ini saya telah pun menghasilkan sebuah novel grafik/ komik yang lain untuk syarikat penerbitan buku Pekan Ilmu Publication, ianya telah diterima, namun hampir 2 tahun ia masih tidak diterbitkan.Salam Sdr. Yazid, Tahniah kerana berjaya menghasilkan buku dalam bentuk komik. Sekiranya novel sdr. telah lengkap (teks dan ilustrasi), bolehlah diajukan ke DBP untuk dinilai. Memang pihak kami sedang merancang untuk menerbitkan karya/buku informatif kanak-kanak dan remaja. Walau bagaimanapun, pihak kami tidak menerima sebarang karya yang telah diberikan kepada syarikat lain (menunggu untuk proses penerbitan). Sila hantar manuskrip kepada Pengarah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 10, Menara DBP, Jalan Dewan bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain14.06.2012
Salam. Saya merupakan salah seorang pelajar universiti dan saya ingin memohon untuk sumbangan dan tajaan bersama untuk program terkemuka di universiti saya. Organisasi juga berminat untuk berkolaborasi berikutan dengan program yang dianjurkan ini berteraskan bahasa melayu. Bolehkah untuk saya mendapatkan emel dan nombor yang boleh dihubungi untuk permohonan sumbangan dan tajaan ini.Untuk bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, sila e-melkan permohonan kerjasama kepada Ketua Pengarah DBP melalui e-mel hazami@dbp.gov.my dan salinan kepada (cc) dina@dbp.gov.my.Lain-lain14.01.2025
Pihak kami memohon pengesahan perkataan sebenar bagi ayat di bawah iaitu samada 'menyelenggara' atau 'menyenggara' untuk kenyataan ayat didalam Piagam Pelanggan kami. Mohon mendapat maklumbalas pihak tuan. "Kami komited untuk menyedia dan menyelenggara ATAU menyenggara aset kerajaan bagi memenuhi keperluan pembangunan negara dengan memberikan perkhidmatan profesional yang berkualiti berteraskan penekanan kepada: 1. Jangka masa yang ditetapkan 2. Kos yang ekonomik 3. Reka bentuk yang berkualiti dan mapan"Senggara dan selenggara, kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama iaitu mengurus atau mengendalikan. Perkataan selenggara dari aspek Linguistik - berlaku  pengimbuhan (el, em, er, dan sebagainya) yang disisipkan di tengah-tengah sesuatu kata pokok (senggara - selenggara, guruh - gemuruh, cerlang - cemerlang).Tatabahasa07.05.2010
Mohon semak tema konvokesyen 1. "Graduan Lestari Aspirasi Industri" 2. "Teknologi Hijau Tonggak Kebolehpasaran Graduan"1. Lestari bermaksud tidak berubah-ubah atau kekal dan lazimnya digunakan dalam konteks hutan serta alam sekitar. Sila gantikan perkataan lestari dengan perkataan lain yang sesuai dengan konteks penggunaannya.
2. Adakah tepat jika dikatakan teknologi hijau sebagai asas/dasar kebolehpasaran graduan? Pada pandangan kami, frasa ini seolah-olah menyempitkan asas kebolehpasaran graduan. Walau bagaimanapun jika universiti ini berteraskan teknologi hijau, frasa tersebut boleh digunakan dengan sedikit pindaan seperti "Penguasaan/Kemahiran Teknologi Hijau Tonggak Kebolehpasaran Graduan".
Tatabahasa20.06.2015
Salam, saya ingin bertanyakan tentang penggunaan ayat seperti ini: "..hidup dan bernafaskan inovasi" adakah penggunaan ayat tersebut betul "bernafaskan inovasi"? Terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, inovasi bermaksud sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat, dan lain-lain yang baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dalam perkhidmatan bank, misalnya rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yang baru.

Daripada takrifan tersebut, penggunaan frasa "...hidup dan bernafaskan inovasi" tidak tepat. Cadangan kami ialah "kehidupan berteraskan inovasi", "inovasi dalam kehidupan".
Tatabahasa19.06.2015
12

Kembali ke atas