Salam sejahtera, Mohon pihak tuan mengesahkan tajuk yang sesuai daripada pilihan berikut: (i) Kerangka Rekabentuk Program Pendidikan Berterusan (berorientasikan teknikal) yang Lestari (ii) Kerangka Rekabentuk Program Teknikal yang Lestari untuk Pendidikan Berterusan Untuk makluman pihak tuan, program yang ingin dibangunkan adalah berkenaan program pendidikan berterusan yang berorientasikan teknikal dan mestilah bersifat lestari. Lestari yang dimaksudkan adalah sifat-sifat pembangunan lestari iaitu pembangunan yang memenuhi kehendak generasi masa kini tanpa mengorbankan keperluan generasi yang akan datang dari aspek alam sekitar, ekonomi, sosial dan budaya. Cadangan daripada pihak tuan amat dialu-alukan. Terima kasih. | Cadangan : Melestarikan Kerangka Reka Bentuk Program Pendidikan Berterusan (Berorientasikan Teknikal). | Lain-lain | 29.02.2008 |
salam sejahtera, mohon semakan tatabahasa untuk cadangan tajuk berikut: KERANGKA PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL BERTERUSAN (BERORIENTASIKAN PEMBANGUNAN LESTARI) | Cadangan pembetulan : 1. Kerangka Program Pendidikan Teknik dan Vokasional yang Berterusan(Berorientasikan Pembangunan Lestari) 2. Kerangka Program Berterusan bagi Pendidikan Teknik dan Vokasional (Berorientasikan Pembangunan Lestari) | Tatabahasa | 11.03.2008 |
adakah wujud frasa penambahbaikan bertingkat? adakah lebih tepat jika menggunakan penambahbaikan berterusan? tq | Istilah penambahbaikan bertingkat tidak ada dalam pangkalan data DBP. Penambahbaikan berterusan lebih sesuai digunakan. | Istilah | 09.02.2011 |
Cuaca panas terik yang sedang dialami sekarang dijangka berterusan sampai ke bulan Ogos. Ayat ini mengandungi kesalahan. Apakah kesalahannya? Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah: Cuaca panas terik yang sedang dialami sekarang dijangka berterusan hingga bulan Ogos. | Tatabahasa | 17.02.2012 |
Pilihan mana yang betul dalam kurungan? 1. Perlawanan bola sepak itu berterusan (hingga ke/hingga) masa tambahan. 2. Kampung itu diselubungi air (oleh sebab/kerana) hujan lebat. 3. (Kempen mencegah jenayah/kempen pencegahan jenayah) itu akan berlangsung selama dua bulan. | 1. Perlawanan bola sepak itu berterusan hingga/ke masa tambahan. 2. Kampung itu diselubungi air oleh sebab/kerana hujan lebat. 3. Kempen mencegah jenayah itu akan berlangsung selama dua bulan. | Tatabahasa | 08.10.2012 |
(a) Tidak harus membuat sesuatu yang boleh dianggap menjadi nuisance of persistence annoyance kepada anggota-anggota Koperasi; | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan nuisance ialah gangguan. Persistence annoyance ialah kegusaran berterusan. Oleh yang demikian padanan bahasa Melayu bagi rangkai kata tersebut ialah gangguan kegusaran berterusan. | Istilah | 12.06.2008 |
sejauh manakah perancangan taraf bahasa melayu yang dilaksanakan oleh dewan bahasa dan pustaka | Perancangan taraf bahasa Melayu yg dilaksanakan oleh DBP memang banyak dan berterusan. Untuk menjawab soalan ini sdr perlu membaca atau mendapatkan bahan mengenainya di Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Sdr bolehlah mendapatkan buku Citra yg membincangkan kemajuan yg telah dicapai oleh DBP dan perancangan berterusan yang selanjutnya. Terima kasih. | Lain-lain | 20.09.2008 |
Bolehkan imbuhan "me-" digunakan berterusan dalam satu ayat seperti "Ketua kumpulan memutuskan menggunakan cara pertama."? Adakah "memutuskan menggunakan" betul dalam ayat tersebut? Sekian, terima kasih. | Memutuskan ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek/ayat komplemen/pelengkap untuk menyempurnakan ayat. Dalam contoh ayat yang diberi memutuskan dan menggunakan, kedua-duanya ialah kata kerja transitif dan tidak boleh hadir beriringan dalam ayat. | Tatabahasa | 10.01.2012 |
KAIZEN | (RAHSIA PEMBANGUNAN JEPUN) PENINGKATAN YANG BERTERUSAN | Istilah | 29.10.2010 |
Pengesahan tatabahasa bagi tajuk program yang ingin dibangunkan. TAJUK: PROGRAM PENDIDIKAN BERTERUSAN LESTARI | Cadangan tajuk : (i). Program Melestarikan Pendidikan; (ii). Program Pendidikan Lestari. Lestari bermaksud tidak berubah, kekal dan tetap. | Tatabahasa | 20.02.2008 |