Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ti.ga] | برتيݢ

Definisi : berjumlah tiga kesemuanya, tiga sekawan: mereka beriring berkawan-kawan, berdua, ~ dan beramai-ramai seiring; mereka tinggal ~ beranak di pondok itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ti.ga] | برتيݢ

Definisi : sekelompok tiga banyaknya; tiga jumlahnya: Mereka ~ beranak tinggal di pondok itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertiga

Puisi
 

Layang emas terbang bertiga,
     Mari hinggap di pohon kelapa;
Kapal emas sauh suasa,
     Abang nak minta jadi nakhoda.


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Selepas itu, mereka bertiga diiring keluar dari/daripada kawasan sekolah. 2) Dia turun dari/daripada motor dan mendapatkan kawannya. 3) "Apa kamu buat pada/kepada dia?" 4) Namun, Adrul terlebih dahulu keluar dari/daripada pejabat. 5) "Saya dari/daripada sekolah khas." 6) Adrul segera keluar dari/daripada bilik air.

Berikut ialah jawapan bagi soalan saudara:

1) Selepas itu, mereka bertiga diiring keluar dari kawasan sekolah.

2) Dia turun dari motor dan mendapatkan kawannya.

3) "Apa kamu buat pada dia?"

4) Namun, Adrul terlebih dahulu keluar dari pejabat.

5) "Saya dari sekolah khas."

6) Adrul segera keluar dari bilik air.

Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa.

Tatabahasa14.11.2011
Apakah jawapan yang paling sesuai untuk soalan berikut? Mengapa? Polis berjaya memberkas _________ perompak bank itu. A) tiga B) ketiga-tiga C) ketiga D) bertiga Terima kasih.Polis berjaya memberkas ketiga-tiga perompak bank itu.Tatabahasa19.07.2012

Kembali ke atas