sebelum meletakkan petikan langsung, tanda baca yang manakah lebih tepat; titik bertindih (:) atau koma bertindih (;)? contohnya; Triandis menjelaskan, dalam budaya kolektif berlakunya beberapa tingkah laku berikut: atau ; “Kolektivisme bermaksud penekanan yang lebih besar kepada (a) pandangan, keperluan, dan matlamat dalam kumpulan berbanding dari diri . | Berdasarkan buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda baca yang lebih tepat bagi contoh ayat yang diberikan ialah tanda titik bertindih (:). Salah satu fungsi tanda titik bertindih adalah untuk memperkenalkan atau menambah keterangan. Contohnya seperti yang berikut: i. Prinsip hidup saya senang sahaja: Tekun dan ikhlas. ii. Ketika saya bercuti, saudara hendaklah melaksanakan kerja yang berikut: Sunting manuskrip saya hingga siap. Uruskan semua ilustrasinya.
| Lain-lain | 06.01.2022 |
Soalan saya berkaitan tanda bacaan. Antara waris yang terlibat ialah: Atau; ( titik bertindih : atau koma bertindih; selepas iaitu? a. Datuk terdindig oleh bapa si mati. b. Nenek sebelah ibu. c...., Soalan saya juga adakah rincian tersebut perlukan tanda noktah, atau koma atau tidak perlu? | Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan Buku Gaya Dewan, terbitan DBP, terdapat 17 tanda baca yang telah digunakan dengan mantap,iaitu tanda koma(,), tanda noktah(.), tanda pisah (-), tanda sempang(-), tanda ellipsis (...), tanda titik bertindih (:), tanda koma bertitik (;), tanda soal (?), tanda seru (!), tanda kurung dan kelompok ({[( )]}), tanda kurung (( )), tanda kurung siku ([ ]), tanda kurung dakap ({ }), tanda petik (" "), tanda petik tunggal (' '), tanda garis miring (/) dan tanda penyingkat ('). Setiap simbol/tanda baca ada fungsinya. Tanda titik bertindih (:) digunakan seperti yang berikut: (1) pada akhir suatu penyataan apabila diikuti (a) rangkaian atau pemerian, atau (b) penjelasan. Contohnya: (a) Yang kita perlukan sekarang ialah barang-barang yang berikut: kertas, dakwat dan pen. (b) Ketua: Abdullah Salleh Hari : Isnin (2) di antara jilid atau nombor dengan halaman, (ii) di antara bab dengan ayat dalam kitab-kitab, atau (iii) di antara judul dengan anak judul. (3) Digunakan dalam teks drama sesudah kata yang menunjukkan pelaku dalam percakapan. Contohnya: Ibu: “Bawa bungkusan ini, Mir!” Tanda koma bertitik (;) digunakan untuk (1) memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara. Contohnya: Malam makin larut; kamu belum selesai juga. (2) memisahkan ayat yang setara dalam suatu ayat majmuk sebagai pengganti kata penghubung. Contohnya: Ayah menyiapkan kertas kerjanya, ibu sibuk memasak di dapur; adik menghafal nama pahlawan nasional; saya sendiri asyik mendengar siaran pilihan pendengar. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang tanda baca, saudara boleh merujuk Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan Buku Gaya Dewan, terbitan DBP. | Tatabahasa | 24.04.2023 |
"Double Boiler" ialah Periuk Berlapis. Jadi, apakah istilah yang boleh diterima untuk 'double boiled" atau 'double boiling"? Bolehkah "Dididih Berlapis/Bertindih" atau "Pendidihan Berlapis/Bertindih" diterima? Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "double boiled" atau "double boiling" ialah didihan berlapis. | Istilah | 29.03.2017 |
Saya Abdulhakim Domolo,saya sedang belajar Bahasa Melayu dasar di Universiti Fatoni.Saya ingin bertanya DPB.Apakah maksud bertindih. Terimakasih. | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, bertindih bermaksud 1. bersusun yang satu di atas yang lain, berlapis-lapis: beberapa fail tersusun bertindih-tindih di atas gerobok; 2. berasak-asak, berdekat-dekat, rapat-rapat (penuh sesak): berkampunglah segala isi negeri, sekalian itu habislah ia berkampung penuh sesak, bertindih-tindih; 3. mencakupi atau meliputi aspek-aspek dan sebagainya yang sama atau serupa;. Tuan bolehlah melayari www.prpm.dbp.gov.my bagi carian makna perkataan. | Tatabahasa | 08.09.2016 |
Salam, bilakah tanda baca koma bertindih ( ; ) dalam ayat digunakan. Tolong beri contoh. terima kasih. | Tanda koma bertindih (;) digunakan seperti yang berikut: 1. Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. Contohnya - Membaca menambahkan ilmu; berfikir mempertajam akal;... 2. Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, malah, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnya dan sebaliknya. 3. Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. Contohnya, Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang... 4. Memisahkan klausa yang bersiri, berlainan kategori, terutama jika bahagian-bahagian keterangannya dipisahkan oleh koma. Contohnya, Kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera; diucapkan.... | Lain-lain | 30.10.2010 |
Saya nak tanya, dalam ayat Bahasa Melayu, selepas titik bertindih, perlu huruf besar atau kecil: Contoh: Namakan fungsi hormon berikut: (a) aldosteron @ Aldosteron (b) testosteron @ Testosteron | Selepas noktah bertindih, huruf di pangkal kata hendaklah ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 29.08.2019 |
Saya Hafiza Samae sadang belajar di Universiti Fatoni selatan Thailand.Ingin bertanya DBP. Apakah maksud ayat bertindih? Terima kasih | Selamat petang: Tidak ada istilah "Ayat Bertindih". Yang ada istilah "Ayat Majmuk" yang membawa maksud ayat besar yang terdiri daripada dua ayat kecil atau lebih. Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 498. | Tatabahasa | 22.09.2016 |
Soalan no.1 Tuan, selepas titik bertindih, adakah maklumat selepas itu mesti dimulakan dengan huruf besar? Contoh: Calon seharusnya dapat: (a) Mentakrifkan hadith marfu‘, mawquf, dan maqtu‘; (b) Mengemukakan pendapat ulama tentang hukum beramal dengan hadith marfu‘, mawquf, dan maqtu‘. Soalan no.2 Bagaimana dengan tanda baca pada setiap poin. Perlu diletak tanda noktah atau koma bertitik? | Penggunaan huruf besar pada setiap permulaan ayat (i), (ii) dan (iii) yang menggunakan tanda titik bertindih (:) adalah untuk menunjukkan keterangan yang boleh berdiri sendiri. Jika saudara menggunakan tanda koma bertitik (;) perlulah menggunakan huruf kecil pada setiap permulaan ayat (i), (ii) dan (iii) kerana ayat tersebut merupakan satu kesatuan. Ringkasnya, penggunaan huruf besar atau huruf kecil pada permulaaan ayat yang menggunakan (i), (ii) dan (iii) bergantung pada penggunaan tanda titik bertindih (:) ataupun tanda koma bertitik (;). Jika saudara menggunakan tanda titik bertindih (:), maka permulaan ayat perlu menggunakan huruf besar. Jika menggunakan tanda koma bertitik (;) perlu menggunakan huruf kecil pada permulaaan ayat. | Tatabahasa | 28.02.2013 |
Saya Wae-naimah Kuweakama sedang belajar Bahasa Melayu Dasar di Universiti Fatoni Selatan Thailand. ingin bertanya DBP. Apakah maksud ayat bertindih. Terimakasih | Selamat petang: Tidak ada istilah "Ayat Bertindih". Yang ada istilah "Ayat Majmuk" yang membawa maksud ayat besar yang terdiri daripada dua ayat kecil atau lebih. Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 498. | Tatabahasa | 22.09.2016 |
1. Yang manakah betul? ( Saya sekeluarga / Saya dan keluarga berkelah di pantai Morib. 2. Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk mangkuk yang disusun bertindih-tindih? | 1. Kedua-duanya betul. 2. Timbun, iaitu sesuatu yang disusun bertindih-tindih. | Tatabahasa | 13.02.2012 |