Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ting.kah] | برتيڠکه

Definisi : 1. melakukan perbuatan yg ganjil-ganjil (buruk dll): monyet jenis ini suka ~; 2. berbuat tidak wajar (yg bukan-bukan), berlaku ganjil: jangan kau ~ terhadapku kerana aku bukan anak kecil lagi; ~ laku berbuat berbagai-bagai laku, berlaku; 3. = bertingkahan tidak sekata (seimbang, se-haluan) dgn, tidak sama nadanya dsb (dgn): memanglah ganjil dan sumbang kalau gong atau gendang ~ dgn dram. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ting.kah] | برتيڠکه

Definisi : 1 berbuat hal yg ganjil-ganjil, buruk dll: Anaknya yg kecil selalu juga ~. 2 berlaku atau berbuat yg bukan-bukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tingkah (kata nama)
Bersinonim dengan ragam, kerenah, olah, canda;,
Kata Terbitan : tingkah laku, bertingkah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Makna Peribahasa: (1) Cicak Makan Kapur (2) Belanda Kesiangan. Yang mana Satu betul bagi singkatan Yang Berhormat. YB. atau Y.B.?

1. Peribahasa cicak makan kapur bermaksud 'Beroleh malu dalam suatu majlis kerana kesalahan sendiri'.

2. Peribahasa belanda kesiangan bermaksud 'Orang yang bertingkah laku seperti orang putih'.

3. Ejaan/singkatan yang betul ialah YB

Tatabahasa27.01.2011

Kembali ke atas